Pengalaman Mengandung Yang Berbeza

admin Avatar

Saya sedang mengandungkan cinta hati kami yang ketiga. Selepas mengalami pengalaman sickness-tak-hengat-4-bulan-tak-makan-nasi dengan anak pertama, dan mengandung-sebulan-sekali-naik-kapal-terbang & ‘mengandung ekspress’ anak kedua, yang ketiga ni berbeza sungguh dengan abang-abangnya.

Saya tidak mengalami morning sickness, sampaikan kadang2 saya terfikir “Aku ni mengandung ke tidak sebenarnya?” kwang kwang kwang. Tapi ultrasound mengesahkan la memang ada baby & perut pun dan maju ke hadapan.

Disebabkan tiada morning sickness atau sakit mengandung tu, saya jadi aktif sampai siap boleh berlari2 lari. Dr Seri Suniza kata mungkin anugerah untuk saya, saya kan ada special child. Jadi Allah berikan kemudahan. Syukur Alhamdulillah.

Namun semasa check-up pranatal untuk minggu ke-13, beliau ada bertanya saya “You pernah ada bleeding tak?”. Saya kata tak pernah.

Ini adalah kerana plasenta berada di bawah (hampir atau menyentuh pintu serviks) dan ada sekumpulan darah di belakangnya, dan mungkin menyebabkan saya mengalami pendarahan. Oh thanks God tak pernah mengalaminya. Dr Seri minta saya hati2, jangan lasak2 dan elakkan kerja2 berat. Gabra jugak nih.

Walau bagaimanapun kedudukan plasenta pada awal kehamilan bukan perkara serius kerana ia boleh berubah-ubah. Melainkan apabila sudah memasuki minggu ke-28, plasenta masih berada di bawah, ia dikira placenta previa. Placenta previa type III dan IV memang ditakuti kerana plasenta menutup jalan lahir yang mendatangkan pelbagai risiko. Cesarean la jawabnya… Semoga kami selamat dan tak sampai ke tahap plasenta previa mana2 tahap pun, ameen.

Anak ketiga ni saya sangat sensitif dan emosional. Mudah benar stress. Nak review report projek pun stress sampai rasa hari tu jugak nak tender resignation letter. Mudah kecil hati, terutama bila Abiy usik2. Dia memang suka mengusik, biasanya memang tak ambil kisah pun, tapi kali ni sampai menangis2 saya dibuatnya.

Saya juga jadi penggemar makanan pedas, sehinggakan yang suami dan mentua saya (orang Johor yang suka makan pedas2) kata pedas pun saya rasa “eh takdelah pedas sangat”. Asyik teringin laksa Penang saja. Yang masam pun suka juga. Balik kampung itu hari asyik makan buah kendodong cicah garam. Yang manis2 jadi kureng sikit.

Saya jadi tak boleh makan makanan yang sama banyak2. Kalau makanan lain-lain, berpinggan2 pun tak apa. Pagi2 biasanya saya sarapan 2 pinggan hidangan yang berbeza. Kalau tak rasa lapar aje. Nasi pun tak berapa nak lalu, kecuali kalau ada budu. Kalau boleh hari2 saya nak makan nasi ulam budu dengan ikan kering saja, tapi memandangkan saya ada suami yang perlu dijaga perutnya, takkanlah hari2 nak mengadap itu.

Abiy kata anak ni mungkin perempuan, sebab saya ‘lain’. Emo semacam saja. Cakap sikit nak marah2. Biasa saya cool saja tapi sekarang asyik marah2 saja kerjanya. Mujurlah suami saya memahami. Ameen, semoga dikurniakan anak perempuan pula. Saya tak kisah pun sebenarnya, asalkan sihat, selamat, sempurna, cukup sifat, cukup bulan… dan comel hehehe.

admin Avatar

12 responses to “Pengalaman Mengandung Yang Berbeza”

  1. suealeen Avatar

    akak ni anak lelaki ke pompuan ke masa preggy tak de kelainan. aktif selalu. mual ada tapi tak teruk. semua sama ~ suka sental bilik air. bab makan pun susah nak detect, Mastura suka makan pizza & roti (wheat based), Adam suka makan kambing, Syafiah suka makan mee udang. tapi ada satu makanan suka sangat makan time preggy ketiga-tiganya ~ jagung & suka makan kari kat kedai mamak! emosi maintain.

    jiran sebelah akak ni placenta previa la. baru bersalin kembar sebelum raya. c-sect. hopefully kita-kita ni tak de la pengalaman begini. biar lahir normal je.

  2. sya Avatar

    hmm, sama lah…
    mengandung anak pertama dengan anak kedua ni berbeza..
    yang pertama rilek je, siap boleh bawak budak softball lagik.
    yang kedua ni, mabuknya kemain…
    beza2 kan?
    baru lah rasa semua pengalaman mengandung.. takde lah best je sepanjang masa… 😛

  3. sz|m.s.s Avatar

    heheee…
    saya pun anak #2 pre-term baby..maka doa utk #3 ni pun lebih kurang sama la… “semoga baby cukup bulan …”

  4. Aini Avatar

    Salam kak…tahniah dengan bakal baby baru.Moga akk dan baby inside sihat2 selalu.Tumpang gembira dengan berita ni.

    Menag pengalamn mengandung ank 1st,2nd mmg berbeza2…saya siap buat catatan utk ank2…kenangn masa depan.

    Jaga diri akk baik2 yea.

  5. Wan Anie Avatar

    tahniah mommylyna, take care…. jaga diri elok2

  6. masayu Avatar
    masayu

    eh, mcm sama pula situasinya

    kak mas pun tak ada langsung muntah atau mual dua bulan pertama je, lepas tu aktif ke sana ke mari.. ingatkan baru 4 bulan rupenya dah nak masuk 7 bulan,,,, punye lah sibuk, sampai lupa nk mengira berapa usia kandungan…beberapa minggu sudah baru check-up, o rupenya dah 26 minggu

    tak terasa perut dah fasa ke-3… la ni baru rasa perut semakin penuh…

    apapun tahniah ya

  7. zety zainal Avatar

    sis,mmg nmpknye baper kali preknen pon akan mengalami pglmn berbeza2..hehe,klulah kalini ur bb gegel siaplaaaa soppingggg,hahaha

  8. lydzar Avatar

    take care lyna..sama la kita, perut dh kedepan.

    pastu saje2 buat terkejut ‘eh kenapa ngn perut aku ni besar semacam ni’ hahahha

  9. QueeNin Murni Avatar
    QueeNin Murni

    tahniah! agak ketinggalan keretapi disini.. hehehehe!
    semoga semuanya selamat.. amin..

  10. mama amir n iman Avatar
    mama amir n iman

    girl kot nie…

  11. da Avatar
    da

    anak2 saya 3 orang yang samanya..semua lahir lambat doktor kena paksa suruh keluar 😛

  12. salzahari Avatar
    salzahari

    insyallah…ikut simptom tu mcm girl 😉 Ameen……………..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge