Saya boleh dikatakan kaki online shopping. Senang shopping online ni, tengok2, belek2, bayar2, pastu dapat terus ke tangan 🙂
Ramai orang takut nak beli online, sebab takut kena tipu. Memang, itu memang risikonya. Sebab tu kena hati2, siasat dulu dan beli hanya di kedai yang dipercayai. Biasanya saya beli di kedai-kedai online yang dah pernah ada orang beli. Senang je nak check, pegi ke forum2 yang mana orang borak2 pasal shopping online, mesti diorang akan sebut, "beli ni kat kedai A, etc.". So dah proven kedai tu memang deliver barang dia.
Lepas tu, hubungi tuan kedai tu untuk maklumat lanjut. Sebelum membeli di mana2 kedai online untuk kali pertama, saya akan hubungi pemiliknya untuk khidmat nasihat, supaya pembelian kita berbaloi. Contohnya semasa hendak mendapatkan bengkung moden dari bengkungmoden.com, saya menghubungi Kak Fazidah yang ramah orangnya untuk mendapatkan saiz yang sesuai dengan saya.
Saya rasa adalah penting langkah menghubungi tuan kedai terlebih dahulu, supaya kita tak tersalah beli. Sebagai pengguna kita ada hak untuk dapat maklumat yang betul2 dan puas hati dengan pembelian kita. Memang ada orang yang terus main beli, then bila sampai rupanya benda tu tak seperti yang disangka.
Saya pernah juga beli flashcard untuk anak saya di ibaby.my, sebuah website berbahasa Cina. Disebabkan saya tak tahu langsung bahasa Cina ni, saya minta pemiliknya translatekan untuk saya. 🙂
Tapi jangan tak tahu, ada jugak pemilik ‘online store’ yang menipu pelanggan. Duit dah bayar tapi barang tak sampai-sampai. Oleh itu kita kena berhati-hati. Beberapa langkah yang mungkin berguna:
– Pastikan online store tersebut wujud, bukan cakap atas angin semata-mata.
– Pastikan pemilik online store tersebut adalah juga pemilik akaun bank untuk sebarang urusan pembayaran.
– Pastikan anda tahu lokasi pemilik kedai tersebut beserta nombor telefonnya.
– Dapatkan tracking ID/sebarang bukti penghantaran sekiranya pesanan dikirim melalui pos/kurier.
Pembelian secara online memang menjimatkan dan time saving. Tak perlu nak pergi ke kedai lagi, cuma duduk di depan PC aje.
Tapi bahaya juga kalau dah jadi addiction. Hari2 kerja shopping kat online, sedar2 baki dalam bank dah tinggal RM10! Sebab itulah, sebelum shopping online, pastikan:
– Survery harga di kedai2 online yang menawarkan barang/perkhidmatan yang sama untuk pembelian berbaloi.
– Buat senarai barang dan harga barang-barang yang sepatutnya kita beli SAHAJA.
– Beli hanya barang-barang yang perlu.
Sebelum membuat pembelian, pastikan anda membaca syarat2 yang dikenakan, terutama untuk barang rosak/expired. Kalau tak ada tertulis, dapatkan kepastian dari pemilik kedai terlebih dahulu.
Setakat ini saya memang puas hati dengan pembelian online saya. Banyak juga barang yang saya dapatkan secara online seperti buku, barangan bayi (saya masih ingat membeli losyen Bud’s untuk Fahry, minyak Habbatussauda’, barangan menyusu dan banyak lagi. Dan saya baru je order nursing bra dari Modern Mum 😉
Leave a Reply