HHH (Triple H?) adalah seorang ibu muda yang mempunyai seorang bayi lelaki bernama YYY. Walaupun berkerjaya namun HHH amat menyokong penyusuan ibu malah beliau menyusui YYY secara eksklusif sejak YYY lahir lagi. Malah HHH telah bersumpah untuk tidak memberikan Susu Formula (FM) kepada YYY.
Ditakdirkan HHH mengandung lagi semasa YYY berumur 4 bulan. Sewaktu kandungannya berusia 2 bulan, susu HHH berkurangan dengan mendadak. HHH amat susah hati. Beliau melakukan macam-macam agar susunya banyak kembali termasuk mengambil herba yang dikatakan membahayakan kandungan.
Namun, usahanya tidak berjaya. Hormon mengandung dan kekurangan direct feeding (kerana HHH bekerja jadi dia akan pam di waktu siang) menyebabkan susunya semakin kering.
HHH akhirnya tiba di persimpangan. Namun, disebabkan ‘sumpah setia’nya terhadap BF, HHH tidak akan sekali-kali memberi FM kepada YYY. Pada mulanya dia memberi YYY susu segar DachLeddey. YYY muntah2 dan naik ruam bintik2. Sekali lagi HHH resah. Lalu dia mengubah diet YYY yang baru mula diperkenalkan makanan pejal tanpa minum susu di waktu siang.
Walaupun kasihan namum HHH bangga kerana anaknya tetap tidak diberi FM.
What do you think about the above story?
Jangan terkejut kerana ia benar2 berlaku.
Seperti yang pernah saya tulis dalam entry BM vs. FM ni, jika bercakap tentang susu gantian (substitution milk) untuk bayi di bawah umur setahun, saya masih memilih susu formula. Kenapa? Kerana ia adalah susu yang diformulasi untuk bayi. Susu lembu (segar yang dipasteur) mengandungi kandungan elektrolit yang tinggi, menyebabkan buah pinggang bayi terpaksa bekerja lebih kuat. Tentunya ini tidak sesuai untuk bayi di bawah umur setahun, apa lagi di bawah umur 6 bulan untuk memaksa organnya yang masih lembut bekerja lebih daripada biasa.
Apa lagi bila bayi tidak diberi susu langsung, atau diberi minuman lain seperti glukos, ribena, oren, sirap, etc., hanya semata-mata ibunya ‘mengharamkan’ walau setitik susu formula masuk ke dalam badan anaknya.
Sebelum saya disalah tafsir (maklum aje lah, ada yang cop saya ni fanatik BF :P), saya bukan pro-susu formula, ataupun dah tak fanatik BF… tapi saya kasihan pada bayi yang bila ibunya dah tak dapek nak menyusu, sama ada sebab mengandung lagi, sakit, terrlalu sibuk atau apa jua sebab menjadikan si ibu tak boleh nak BF lagi… anak kecil tu diberi minum macam2, asalkan bukan FM.
Banyak penyelesaian sebenarnya kalau kita mencari. Ramai ibu yang susunya melimpah2 sampai tak muat freezer. Mungkin boleh kawtim dengan ibu tu. Tapi biasnaya susah juga, sebab ia berkait dengan susur galur salasilah. Bila dah minum susu, jadilah anak susuan. Sebenarnya tak ada masalah pun, cuma sesetengah orang silap faham konsep anak susuan ni. Dia ingat anak susuan ni jadi macam anak sendiri… kena bertanggungjawab, jaga, bagi nafkah, harta, etc. Itu yang ramai taknak jadi ibu/bapa susuan. Sebenarnya tidak.. anak susuan cuma menjadi ‘anak’ dari segi hukum mahram saja. Dia tak ada hak untuk penjagaan kita, harta kita, nafkah kita… cuma kalau kita nak bagi tu, dapatla pahala kat kita 🙂
Berbalik pada cerita susu, bagi saya susu ni tetap satu keperluan (walaupun saya bukan selalu minum susu). Walaupun kita rasa ‘tak apa, anak saya bole dapat kalsium dari sumber lain’ tapi anak yang sedang membesar tu perlukan zat yang terkandung dalam segelas susu. Terutama bagi bayi di bawah usia setahun, sistem badan mereka masih serasi dengan susu. Kalau pun kita tak mampu nak BF lagi, usahlah sekat hak anak kita untuk menyusu. Kita pun tahu Islam menyarankan seorang anak disusukan selama 2 tahun untuk melengkapkan penyusuan.
Dan bila kata ‘susui anak sampai 2 tahun’, bukan bermakna kalau kita tak mampu nak BF sebelum anak kita 2 tahun, jangan bagi dia susu lain. Itu adalah ayat motivasi supaya BF anak dan penerangan bahawa anak kecil sampai sekurang-kurangnya usia 2 tahun memerlukan susu yang sesuai buat mereka (susu ibu, tentunya! tapi kalau ‘tak mampu’, paham2la jangan la kasi anak air oren) dan selepas 2 tahun mereka tetap memerlukan susu, tapi masa ni perut mereka dah sesuai untuk menerima susu lembu (susu segar, UHT, etc.).
Seperti kata Mommy Luna “Konsep penyusuan susu ibu sebenarnya adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat seawal usia 1 tahun”, yang saya, Mommy Lyna ubah sikit menjadi ‘Konsep penyusuan ibu adalah pembelajaran tentang makanan berkhasiat dan segala yang terbaik untuk bayi kita sejak dari lahir lagi’. Ye lah, saya menyusukan anak2 saya (tandem nurse until now). Sejak ada mereka ni lah saya jaga makanan saya, pastikan seimbang, ambil supplement segala. Kalau bukan sebab mereka memang saya hari2 boleh makan cikedis. Sekarang ni jaraaaaaang sangat makan cikedis. Kalau makan pun yang orang berikan, atau Pringles yang Abiy beli di Brunei.
Sepatutnya, bila kita dah menyusui (tak menyusu pun sama lah, nama pun ibu), kita boleh fikirkan dan geledah info tentang apa yang terbaik untuk anak kita. Bagi anak2 di atas usia 2 tahun, tak apelah kita nak kasi dia susu apa-apa, susu lembu, susu kambing, susu kuda, susu unta… sebab dia pun dah cukup besar dan boleh macam2. Tumbesaran dia dah tak bergantung pada susu sangat pun, walau bagaimanapun dia tetap perlukan khasiat2 terkandung dalam susu.
Namun, bagi bayi di bawah usia setahun, usahlah dinafikan hak mereka untuk menyusu. Yang pertama ibu mestilah menyusuinya dengan susu badan sendiri, namun jika tak boleh, berikanlah susu yang sesuai. Yang penting, berikan dia susu, bukan minuman2 lain walaupun sumbernya ialah dari bahan asli seperi buah-buahan. Memang tak ada ibu yang sampai hati lihat bayinya minum susu ‘benda lain’, tapi… fikirkan apakah kemudaratan sekiranya bayi diberi minuman lain atas sebab ‘pengharaman’ yang kita lakukan. Jika ada 2 benda yang mudarat tapi terpaksa buat, pilihlah yang kurang mudarat.
Kadang2 BF atau tak BF ni adalah satu “pride” bagi sesetengah ibu. Mungkin terasa jatuh maruah bila tidak dapat menyusu anak atas sebab2 tertentu dan beri anak FM. Bagi saya, saya berbangga kerana saya dah memberikan sesuatu yang terbaik untuk anak saya.
Kenapa kita boleh pula benarkan anak kecil kita menggongong coklat, gula2, cikedis, aiskrim… ?
Leave a Reply