New Vitamin Bible

admin Avatar

Saya sebenarnya seorang muka buku juga (boleh tahanlah). Saya mempunyai habit buruk iaitu suka melihat dan membeli buku (Ops!). Of course la membacanya 🙂

Kali ni saya nak kongsikan buku favourite saya berkenaan makanan kesihatan/supplement.


Buku ni dihadiahkan oleh suami saya masa saya mula2 menceburkan diri dalam bisnes Shaklee.. Katanya dia taknak saja jadi penjual vitamin/supplement yang semata2 tahu menjual saja. Sekurang-kurangnya saya tahu apa benda yang saya jual dan kongsikan dengan customer saya.

Buku ini diterbitkan pada 1979, bagi saya satu rujukan yang cukup lengkap tentang nutrisi.

Saya sangat suka dengan sejarah penulisnya, Dr. Earl Mindell…

Mulanya Dr Mindell ni buka farmasi dengan 2 orang kawannya. Sebagai ahli farmasi, Dr Mindell banyak pengetahuan tentang ubat-ubatan, tak banyak (mungkin tak percaya) tentang vitamin. Kisahnya bila dalam masa kerja diorang yang sangat sibuk (15 jam sehari), dia sorang je yang selalu kepenatan, yang kawan2nya lagi tu OK saja.

Lalu Dr Mindell bertanyalah apakah rahsia mereka tak nampak penat macam dia. Tahu apa rahsianya? Bukan hantu raya, tapi – VITAMIN!

Ya, supplemen membantu kawannya terus bertenaga, dan dari situ Dr Mindell mula mengkaji dan mendapati kita semua PERLUKAN VITAMIN.

Kenapa?

1- kita makan bahan makanan yang sudah diproses seperti tepung, gula, beras, kacang, etc ===> semua tu dah hilang value nutrisinya.
2- kita makanan makanan luar ===> proses memasak, apa lagi yg dipanaskan berulangkali menghilangkan khasiat vitamin
3- kita terdedah kepada pencemaran ===> jerebu? Habuk? You name it.
4- stress!
Dan sebagainya.

Dr Mindell juga mencadangkan vitamin dan mineral yg diperlukan oleh individu tertentu cthnya nak pregnant ke, ahl sukan ke, executives ke, budak2 dsb.

Bukan itu je, beliau juga mengetengahkan macamana kita nak dapatkan khasiat vitamin dari makanan kita.. Macamana cara masak yang terbaik. Misalnya carrot, blueberry tu lebih baik dimasak etc.

Dan helloo… Siapa kata kalau makan vitamin dah tak perlu jaga pemakanan? Atau lebih teruk lagi tak perlu makan? Hmm…

Kepada korang2 (eceh, korang2) yang health freak, pengamal vitamin, dan juga yang skeptikal terhadap vitamin, bacala buku ni. Memang tak rugi sebab ia sangat BEST! Daripada korang dengar apa kata mereka yang anti-supplement, cuba buka minda dapatkan sikit pengetahuan & lepas tu nilaikan sendiri 🙂

Murah je sebiji dalam RM37 macam tu.. Kat Kinokuniya ada. Husband saya beli di Popular.

Untuk pengetahuan, saya ada beberapa lagi buku menarik tentang supplement dan makanan kesihatan ni. Nanti saya buat review ringkas buku lain pula.

Dan satu saya nak pesan, kalau nak ambil supplement, pilihlah yang SEMULAJADI.

Tagged in :

admin Avatar

2 responses to “New Vitamin Bible”

  1. NUR Avatar

    rajin baca buku!

  2. Tuty Rahiza Avatar

    yea..sudah mendapatkannya..skang membaca sambil mengepam..memang sangat best…

    buku ni ade keluar dalam i-sihat bulan Januari 2012…recommended book.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge