saya terbaca di satu ruangan luahan hati di majalah.. berkenaan rintihan seorang ibu yang dikurniakan anak cacat (direct jelah malas nak berbasa basi OK tak). cacat tang mana tu tak pasti tapi kesimpulannya, ibu muda berkenaan:
– tertekan dengan keadaan anaknya
– disisihkan oleh keluarga suami kerana jolokan “pembawa sial” (tah ape2 kan?)
– berasa rendah diri kerana melahirkan anak yang cacat
– berasa tidak sempurna
kalaulah saya berpeluang bercakap2 dengannya, saya Akan cakap begini pada dia:
“Kita ibu adalah sumber kekuatan bagi anak2 tak Kira anak kita tu bagaimana pun rupanya. tidak Ada sial atau tidak, dalam Hal ini, mereka yang menuduh puan pembawa sial itu sebenarnya yang macam shial. so Naper puan nak tension2 dengan diorang?
kita ibu kena kuat untuk anak kita, jangan pulak kita yang stress sebab Ada anak macam dia… kalau Mak dia pun tak boleh terima dia, macamana dunia nak terima dia?
tengok keliling, ramai OKU yang berjaya lebih Dari orang biasa yang sempurna fizikalnya. lagipun, apa gunanya cukup fizikal tapi perangai tak ikut lunas2 agama? Ada tangan, mencuri… ada kaki pegi tempat maksiat, Ada lidah memburukkan orang, Ada otak tak pandai guna… etc. tak apelah anak kita cacat fizikal sikit je, tapi banyak kelebihan dia, provided kita rangsang dia baik2.
tak sempurna? Ada ke orang sempurna?”
Naluri saya sangat simpati pada ibu2 anak istimewa yang tak dapat terima hakikat, akibat tangggapan masyarakat. Kita ibu mesti proaktif, jangan terpengaruh dengan kata2 orang. kita mesti Ada pendirian sendiri terutama bila melibatkan anak2. we are the drivers! drivelah anak2 kita sebaiknya. ikut cakap orang, at the end of the day orang tu takkan bertanggungjawab pun, last nya kitaaa jugak. so why listen?
p/s: saya tak berapa gemar bila Fahry dikatakan ujian. ujian tu macam benda yg tak best (saya tak suka ujian & exam!) Fahry baby biasa je… cuma dia OKU.
Leave a Reply