Menjaga Anak Istimewa – Bukan Salah Ibu Mengandung

admin Avatar

saya terbaca di satu ruangan luahan hati di majalah.. berkenaan rintihan seorang ibu yang dikurniakan anak cacat (direct jelah malas nak berbasa basi OK tak). cacat tang mana tu tak pasti tapi kesimpulannya, ibu muda berkenaan:
– tertekan dengan keadaan anaknya
– disisihkan oleh keluarga suami kerana jolokan “pembawa sial” (tah ape2 kan?)
– berasa rendah diri kerana melahirkan anak yang cacat
– berasa tidak sempurna

kalaulah saya berpeluang bercakap2 dengannya, saya Akan cakap begini pada dia:

“Kita ibu adalah sumber kekuatan bagi anak2 tak Kira anak kita tu bagaimana pun rupanya. tidak Ada sial atau tidak, dalam Hal ini, mereka yang menuduh puan pembawa sial itu sebenarnya yang macam shial. so Naper puan nak tension2 dengan diorang?

kita ibu kena kuat untuk anak kita, jangan pulak kita yang stress sebab Ada anak macam dia… kalau Mak dia pun tak boleh terima dia, macamana dunia nak terima dia?

tengok keliling, ramai OKU yang berjaya lebih Dari orang biasa yang sempurna fizikalnya. lagipun, apa gunanya cukup fizikal tapi perangai tak ikut lunas2 agama? Ada tangan, mencuri… ada kaki pegi tempat maksiat, Ada lidah memburukkan orang, Ada otak tak pandai guna… etc. tak apelah anak kita cacat fizikal sikit je, tapi banyak kelebihan dia, provided kita rangsang dia baik2.

tak sempurna? Ada ke orang sempurna?”

Naluri saya sangat simpati pada ibu2 anak istimewa yang tak dapat terima hakikat, akibat tangggapan masyarakat. Kita ibu mesti proaktif, jangan terpengaruh dengan kata2 orang. kita mesti Ada pendirian sendiri terutama bila melibatkan anak2. we are the drivers! drivelah anak2 kita sebaiknya. ikut cakap orang, at the end of the day orang tu takkan bertanggungjawab pun, last nya kitaaa jugak. so why listen?

p/s: saya tak berapa gemar bila Fahry dikatakan ujian. ujian tu macam benda yg tak best (saya tak suka ujian & exam!) Fahry baby biasa je… cuma dia OKU.

admin Avatar

26 responses to “Menjaga Anak Istimewa – Bukan Salah Ibu Mengandung”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya rasa, ibu-ibu yang ada anak OKU kena join society, mingle dengan ibu-ibu yang ada anak yang serupa. Boleh sharing info, experience, feeling, advice, etc. Sebab ada kalangan ibu yang tough and positive macam Along Lyna. Tapi sebenarnya ramai macam ibu yang merintih kat atas tu, tertekan dengan orang sekeliling, surrounding dan lain-lain. Hanya orang yang benar-benar in that shoes yang boleh faham dan menjiwainya.

    Apa kata Along initiate satu society untuk anak-anak ABS? Saya kenal a few big names yang dah jadi somebody today, mereka juga suffered from ABS, but it never becomes a hindrance to be successful like others, in fact better than other normal people pun.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Purple bus =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      True2. Ramai ibu yg rasa depress & lack of support. But the thing is, tak tau kat mana nak cari support tu.

      Start a society? Wahah! Big thingy!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Watashiwa anataga sukides

  2. sitisifir10 Avatar

    Tidak ALLAH jadikan sesuatu itu sia2….

    sekian harap maklum

    >x gitu macik lina??
    .-= sitisifir10´s last blog ..Bizzkizz Collection – Contest 2010 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Gitu gitu 😀

  3. ummu_abdullah Avatar

    memang ada ibu yang macam tu… sedih dengan keadaan anak. Apa agaknya perasaan anak tu kan?

    Anak pemberi rezeki, jaga dan didiklah dengan baik, OKU ke, tak OKU ke, semua akan kembali kepada Allah.

    Tahniah akak sebab sangat kuat! nama pun super… tapi yang supernya adalah kids nya… eheh

  4. Mrs Imran Avatar

    fahry sangat comel ok 🙂 i terharu tengok dia yang happy jer. i rasa you sesuai jadi contoh ibu kepada baby OKU.

    muahsss muahsss sayang fahry 🙂

  5. Mrs Imran Avatar

    fahry sangat comel ok 🙂 i terharu tengok dia yang happy jer. i rasa you sesuai jadi contoh ibu kepada baby OKU.

    muahsss muahsss sayang fahry 🙂
    .-= Mrs Imran´s last blog ..Jemputan Aqiqah Darwis Ichiro =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry happy baby! Even kat taska pun cikgu cakap Fahry the most ceria one 😀

  6. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Celebrate the diffence, tak gitu Nul?
    “…aaaku bukanla superman, aaaaku juga bisa nangis…”

  7. Ealyie Avatar

    u’re supermom lah Lyna!! 😀
    .-= Ealyie´s last blog ..PETUA MEMILIH SAHABAT =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aaaaaaku bukanlH supermannn aaaaaku juga bisa nangisssz

  8. salzahari Avatar
    salzahari

    Tak semua org boleh sentiasa positif menerima keadaan diri/ ujian (Lyna tak suka ujian sbb mcm negatif? tp saya suka)..Sbb apa saya kata ujian bkn semestinya Negatif.

    Saya rasa saya hilang arwah Ain dulu, kemudian lambat dpt Aliah adalah mungkin satu pembalasan atas dosa2 kami tp saya terima juga sbg ujian dan positively saya take it sbb ia meningkatkan iman dan kesabaran kami suami isteri malah support each other time ni dpt dilihat (bkn dari ujian2 biasa spt shot budget bulan2 dsb.).

    Even time saya dapat Aliah,kwn saya yg sama kehilangan tak dpt terima kseronokan saya dan bagaimana saya boleh overcome kehilangan arwah Ain…Sejak dari itu, saya sedar kita tak sama. Tak semua org boleh cepat tough/ kuat dan tabah mcm kita. Tempoh masa yg diambil masing2 utk bangkit semula tu tak sama!

    So kita kena bantu kwn2 gini…Teruskan bersama mereka,bg semangat dan tjukkan jalan utk positif. Kdg2 org gini, dia dah takleh terima dah kita kata apa (dlm hati dia mungkin akan bantah, “Alah, anak ko sakit sikit je..Apalah sgt nak banding dgn aku? ” takpun “Ko takpela, semua co. support” takpun “Ko takpela, mengandung jgk..” dsb.).

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bukan tak suka ujian Sal, tapi tak suka Fahry dianggap as ujian. He’s a gift from God not a test 😀

      1. salzahari Avatar
        salzahari

        yaa..betul…tapi mmg pun anak2 itu ujian hasil pembacaan saya dari Mendidik Anak2 Cara Islam/ Rasulullah s.a.w (tak ingat) sbb dgn anak Allah menguji sama ada kita sabar, terabaikah ibadat kita sibuk sgt jaga anak..mcm, dgn anak adakah semakin dekat atau semakin jauh kita dgn Allah.

        mcm kalau org tade anak, tp dia nak anak sgt…kalau dia kuat iman, insyallah dia akan berusaha dgn cara diredhai dan selebihnya tawakkal. kalau yg takde iman, silap2 dia dok kata Allah tak adil laah dsb !

        maksud saya gitu……….

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          betul Sal, mmg anak2 tu ujian.

          tapi dalam mata masyarakat marhaen macam kita ni, spesifikalli kes Fahry, contohnya bila kita happy dapat baby, orang kata “Sabarla ye.. ujian utk awak”.. haaa camtula maksud saya. kita happy shud everyone pun happy la kan kan kan.

          dalam cerita di atas tu tiada kena mengena dgn sifat anak2 sebagai apa atau apa, specifically on Fahry 🙂

  9. UmmiKhayra Avatar

    Yooo… situasi lyna tu lebih kurang dengan situasi cousin belah husband saya.. Cousin husband tu memang tabah and memang sanggup jaga anak dia. Anak dia tak boleh bangun and tak boleh uruskan diri sendiri. SHe’s really tough walaupun suami dia dah tinggalkan dia sebab family suami tu cakap dia yang punca dapat anak macam tu.. Memang s*** la diorg tu… Huhuhuhuhu
    .-= UmmiKhayra´s last blog ..~ Saya Nak Tanya, Cara Bagaimanakah Untuk Berforum? ~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Arghhhh tak dapat terima! Laki tu Lupe ke ank tu Dari benih dia???????

      1. UmmiKhayra Avatar

        suami itu dan keluarga suami itu,tak bleh terima yang anak/cucu diorg OKU. Siap cakap lagi keturunan diorg tak macam tu.. sedih kn tak ngaku ank… :((

  10. Zety Avatar

    Takde anak/orang yang bawak sial. Anak tu kan anugerah Allah. Saya memang kesian betul dengan orang yang berpendirian orang ni bawak sial, orang tu bawak sial. Harap-harap tuhan berilah hidayah kat dia.

    Oh sangatlah setuju kalau Lyna start a society. Sure boleh punya! 🙂
    .-= Zety´s last blog ..Atas. Mama, atas. Tuu! Tuu! =-.

  11. tunfrida Avatar
    tunfrida

    saya setuju dgn pendapat Asiah Abd. Jalil diatas.

    Mommy Lyna, you adalah satu sumber kekuatan org2 yg mengharungi situasi sama. i’m thankful i found you dan berpeluang membaca setiap tulisan you, here!

  12. mamanoa Avatar

    even bukan diri sendiri yang mengalami situasi camni, tp still mengeleng paler dengan perangai ibu yg xpernah bersyukur..Allah da bg anak adalah satu rahmat yg xternilai..even anak tu cacat..tp still darah daging kiter…n thats d’ best for us!! Allah da amanatkan pada kita..
    org lain sikit punyer susa nk dapat seorang anak..tp yg da dapt kengkadang xpernah bersyukur..sesilap buang lg anak tu..
    so sad n angry wit this KAUM!!
    .-= mamanoa´s last blog ..KENNY ROGERS!!! N9!!! APO CITO…. =-.

  13. Intan Avatar

    Setiap anak sempurna atau tidak…semuanya adalah “cantik & perfect”. Tak perlu mencaci atau menuduh salah sesiapa pon…yg penting anak itu memerlukan kasih sayang ibu & ayah nya utk membesar. Kalo ibu & ayah nya sendiri malu dengan keadaan nya…emmm…yg penting itu adalah benih kita yg patut kita jaga dan pelihara “pinjamam” dari-Nya dengan baik.
    .-= Intan´s last blog ..Lancer Club Konvoi Trip-Part 3 =-.

  14. mama ain Avatar
    mama ain

    rasa teringin nak joint ..i juga ada seorang anak status OKU ….tapi dia cuma memegang kad bewarna kuning means learning difficulty..tp kdg2 tak dapat handle diri sendiri..dia tetap ke sekolah biasa atas arahan ppd..masalah mula muncul bila dia selalu hilang di sekolah kerana tak tahu balik ke kelas.. sistem di sekolah selalu tukar dr bilik muzik ke bilik bahasa arab …cikgu tidak memberi kerjasama..selalu bila ke sekolah anak i menangis ketakutan sbb hilang arah… so sad tak ada tempat nak share perasaan. harap korang kat blog ni sudi memberi kekuatan dan semangat. …

  15. juanita Avatar

    fahry is superkids 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge