Cramp atau kejang otot adalah perkara yang sangat menyakitkan. Hanya orang yang pernah mengalami saja tahu bagaimana seksanya bila otot kita mengalami kekejangan. Terutama kalau ibu-ibu mengandung, bila cramp kaki tu Allahu.. tak tahu nak cerita.
Apakah penyebab otot cramp terutama di kaki?
Ia adalah kerana otot yang over-stressed, atau kurang nutrisi untuk bekerja dengan baik. Biasanya orang akan alami kekejangan selepas bersenam dalam jangkasama yang lama, atau pun yang kurang nutrisi dalam diet.
Bagaimana nak atasi masalah kaki cramp?
1. Check postur dan kerangka. Kekejangan otot boleh juga disebabkan oleh masalah kerangka badan kita. Buat pemeriksaan dengan pakar tulang untuk memeriksa kalau-kalau ada saraf tersepit dan pemeriksaan postur.
2. Panaskan badan sebelum bersenam dan bernafas dengan baik. Sebab tu bila nak mulakan senaman ada kena buat tarik nafas dalam-dalam. Ia adalah satu latihan supaya seluruh badan kita mendapat oksigen yang cukup.
3. Kurangkan stress, tidur yang cukup, makan makan seimbang. Stress boleh menyebabkan kekejangan otot. Begitu juga jika anda mengalami kekurangan tidur. Kurangkan makan atau minum yang mengandungi stimulant seperti kopi & minuman ringan.
4. Kurangkan pengambilan garam & tingkatkan pengambilan air. Ambil garam berpada-pada dan kurangkan makanan yang mengandungi garam yang tinggi.
5. Dapatkan bekalan magnesium, potassium & kalsium. Cramp adalah disebabkan oleh ketidakmampuan otot kita untuk relaks. Ia disebabkan oleh kekurangan magnesium & potassium, yang bekerja dengan natrium & kalsium utk mengawal pengecutan otot. Jika salah satu dari mineral ni kurang, kita akan lebih terdedah kepada risiko cramp.
6. Pastikan cukup Vitamin B & D. Kesakitan otot berlaku bila sel tak dapat menghasilkan tenaga yang cukup dari glukos. Vitamin B sangat penting untuk proses ini. Begitu juga dengan vitamin D yang penting untuk otot berfungsi dengan baik.
Makanan Pilihan Terbaik:
1. Kekacang
2. Sayuran hijau
3. Bijirin penuh
4. Buah-buahan terutama pisang
5. Air masak
6. Ikan berlemak
Vitamin Pilihan:
1. OsteNutrix
2. B Complex
3. Omega Guard
NOTA PENTING : cramp otot juga boleh disebabkan oleh masalah neurologi. Sila dapatkan nasihat doktor.
Nak Order Shaklee? KLIK SINI
Leave a Reply