Masjid Besar Paris (Grande Mosquée de Paris)

admin Avatar

Kami melawat Masjid Paris pada hari terakhir di Paris. Masjid ni terletak di 5th arr., di bahagian sebelah Timur dari Eiffel Tower.


Nak ke sini boleh naik Metro atau RER ke Place Monge.


Pada mulanya kami tersalah arah. Maklumlah, hujan lebat lepas tu berpandukan map je. Dalam map macam dekat tapi tak sampai2… Rupanya dah jauh terpesong T__T

Bila dah berpatah balik dan dah hampir give up barulah nampak petunjuk ke Masjid Besar Paris atau Grande Mosquée de Paris. Di sini saya ditegur oleh seorang makcik dalam Bahasa Perancis. Senyum aje lah 😀

Ini gambar ke tempat wuduk perempuan. Ada seorang wanita yang sedang berwuduk masa tu jadi tak ambil lah gambar tempat wuduknya.


Masa tu dah melepasi waktu solat, jadi tak ramai orang dalam masjid.

Masjid ni dibina selepas Perang Dunia Kedua oleh kerajaan Perancis sebagai membalas jasa tentera beragama Islam membantu mereka menentang Jerman (Ek enna, sekarang kemain kena tekan Islam kat sana).


Ada taman yang cantik


Tak melepaskan peluang bergambar di pintu masuk masjid, walaupun hujan lebat.


Alhamdulillah, tercapai juga nak bersolat di Masjid Paris. Rasa macam dah tak ada harapan dah. Rasa seronok bertemu umat2 Islam di sini walaupun bercakap bahasa berbeza tapi dalam solat kita menggunakan bahasa universal Islam – Bahasa Arab 🙂

Barangsiapa yang melawat Paris, jangan lupa jengah masjidnya ya 🙂 Dapat juga tahiyatul masjid di Kota Paris, bukan shopping2 je tau.

Oh, perancangan-Nya untuk kami, hujan lebat sepanjang kami berada di Paris. Namun begitu jalan tetap on!

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysiase Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Masjid Besar Paris (Grande Mosquée de Paris)”

  1. Ramzi Avatar

    Tak menyangka seya, ternyata di sana ada masjid semegah ini padahal penduduknya didominasi oleh non Islam.

  2. ddfirdaus Avatar

    cantik betul masjid dan tamannye. Betul Lina jarang kite dengar orang buat review masjid di Paris. Eiffel tower je manjang..Anyway suka tau nama anak ketiga u pun Danny like my son Dhani..

  3. eliss Avatar

    tak sangka ada masjid yg indah kat sana…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge