Sejak mengandung anak ketiga ni, saya sering mengalami ‘angin’. Silap makan sikit, angin. Mula lah nak sendawa tak berhenti. Dari awal mengandung lagi doktor asyik beri ubat angin saja (doktor GP, kalo gynae saya tak beri) termasuk charcoal, ubat gastrik dan gaviscon. Saya tak pernah makan pun, kecuali gaviscon sekali sebab tak tahan sangat. Peppermint-ginger pun saya tak berani nak ambil, walaupun ia selamat untuk pregnancy.
Bagi menyelesaikan masalah saya ni maka saya dapatkan khidmat nasihat yang lebih baik iaitu menjauhi makanan yang boleh contribute kepada masalah angin.
Masalah angin biasanya disebabkan oleh sulfur berlebihan dalam makanan yang diambil. Sulfur adalah mineral yang penting dalam penghasilan cecair hempedu, untuk kuku dan rambut yang cantik dan untuk pengaliran darah. Namun, sulfur yang banyak boleh mendatangkan masalah angin pula.
Secara amnya, makanan yang mengandungi banyak sulfur dan boleh menyebabkan angin ialah:
- Tumbuhan berongga seperti kangkung (batang kangkung), labu dan sebagainya.
- Tumbuhan ubi seperti kentang, carrot.
- Daging.
- Kobis, kobis bunga, asparagus.
- Kekacang.
Oleh itu saya perlu banyak makan ikan dan sayur berdaun.
Mengambil makanan yang tersenarai di atas, alamatnya tak senang duduklah seharian.
Belum bersalin lagi dah kena pantang macam-macam 😉
Leave a Reply