maka tamatlah riwayat encik Mac. bangkai beliau masih Ada di bawah meja, mungkin akan diuruskan mengikut Cara terhormat dalam sedikit masa lagi.
saya membawanya ke Klinik Dr Machine. technician itu memberitahu,
“ni dah rosak takleh repair, beli baru jela”
“serious????”
“100% serious. dah berkarat circuit dia ni kena air. IC pun dah kaput.o Apple tak cover tau kalau kena air”
“kalau I nak tuka motherboard tu berapa kena?”
“dalam 4 ribu”
“haaa?? camtu okeylah saya bawak balik jela”
“lenkali kalo tumpah air lagi bukak bateri dia. ni pun kalau mula2 kena you bukak semua kasi jemur mungkin boleh diselamatkan”
“hmmm mana saya nak tau… hmmm taknak cover ke? baru je beli nih”
“kalau tak berkarat dalam ni saya bole repair tapi ni dah tak vole buat ape laaa. Apple tak cover kalo kena air or pecah”
“okla so tolong check harddisk OK lagi tak”
“OK, FOC”
tak lama jodoh saya dengan en mac. selepas pemergian beliau baru saya tahu cara nak right click! apebende ntah.
maka usha2lah laptop baru.. macbook lagi? Sony ke? Dell? HP?
review Dari Brader Diego: “Sony mahal Dan stylo, Dell mahal tapi buruk, HP murah Dan stylo”.
Review Dari Raja “MacBook ko beli Le 3 tahun lagi. mahal tuuu”
bagi saya yang penting ialah after sale service. kalau jahanam senang nak anta repair. (tapi kalo dah kena air tu bye bye ajelaaaah) so far pengalaman dengan Dell & Apple sangat bagus. Acerina adalah blacklist sebab pengalaman buruk selama bersama dengan beliau dulu.
MacBook ke PC balik eh? (enggan berterusan di henpon ini tak bole function macam komputer riba).
anybody wanna share laptop review? (sambil mengorek apa yang ada dalam tabung ayam).
Leave a Reply