Law of Attraction dalam CUCI The Movie

admin Avatar

Oh saya teringat Hasfa & the gang pegi Bintang nak tengok cerita Cuci, sekali orang kaunter tu tanye "THe Cleaner ke?" Kebetulan plak ada cerita The Cleaner tu 😛 Cerita Melayu adalah lambat tiba di Miri 😀

Saya suka cerita Cuci ni, yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki and the gang : Awie, Hans Isaac & AC Mizal. Cerita ni biasa je la.. tentang perjuangan 4 sahabat (ke sepupu? ke adik beradik? apo2 je lah) dalam perjuangan dalam karier cuci mencuci mereka. Tak kisah sangat tentang jalan cerita dia, tapi saya paling suka part ending.

Biasanya kalo cerita2 movie ni, ending dia mesti hero menang. Lembik cemana pun mesti menang punye lah. Bodoh cemana pun mesti menang jugak akhirnya. Lagi2 la kalau cerita Hindustan. Walaupun heronya adalah seorang budak kecik umur 3 bulan pun mesti menang jugak.

Tapi dalam Cuci, akhirnya mereka tak menang pun contest tu.

Tapi, ada offer lain yang datang 🙂

Macam tu la.. barula agak realiti sikit. Dalam hidup ni takde nyer kita akan selalu menang. Tapi, rezeki kut lain mesti datang. Law of attraction gitu.

Ni baru cerita yang kena dengan realiti masyarakat. Ini tak, kalau cerita ‘realiti’ tu mesti pasal rempit, bohsia, bohjan, rogol, seks bebas, bunuh,… ntah ape2.

Bercakap tentang Law of Attraction, sekarang saya percaya kalau kita pikir positif, positif things happen, kalau tak pun kena dgn apa yang kita nak, dapat serpih2 pun jadilah. Kalau fikir negatif, negatiflah yang datang, meskipun serpih2.

Masa sekolah dulu saya selalu fikir saya tak pandai, malas, nakal… hambik kau memang jadi tak pandai 😛 Menyesalnya. Kalau saya fikir saya pandai dan dapat 6 aggregat, mesti dah dapat kan. Ini cuma target under 10 agregat je. Dapatla cukup2 makan, 8 aggregat.

Masa kat U lagilah hampeh sebab saya target dapat second class upper je. OK, memang dapat cukup2 makan…

Sekarang? Oh saya segan nak share target dan goal2 dalam hidup saya. Cukup je la saya sorang je yang tahu. Bukan sebab takut tak jadi, tapi.. saya rasa tak perlu semua orang tahu apa goal saya. Cukupla kalau kata nak jadi orang berjaya dunia akhirat.

Sebenarnya law of attraction ni benda biasa je, diamalkan since dulu2, yang mana orang tua kata ‘cakap yang baik2 mesti jadi yang baik2’ atau ‘kata2 itu satu doa’, tapi nak kena orang Putih tulis buku jual jadi bestseller baru la kita rasa kagum dengan law of attraction, dan digunapakai dengan bangga LOL.

Alah, ape2 pun semuanya nak kena orang Putih dulu buat teori, tulis buku baru jalan. Ilmuan dulu2, dari kecik2 dah hafal Quran ilmu lain2 semua, takde orang kisah. Orang kata ‘dah memang terang hati’, ‘tak boleh samakan macam diorang’, whatever…. tapi bila Glenn Doman, Makoto Shichida & beberapa orang lain keluar dengan teori2 early education, baru semua terbukak mata. Tol tak?

admin Avatar

9 responses to “Law of Attraction dalam CUCI The Movie”

  1. m-i-o Avatar

    eh lyna, awak sebut glenn doman ni terus jari sy gatal2 nak komen tau 😛 sy penuntut original dia ni, jadi jangan sesapa nak kutuk dia. penat sy khatam semua buku dia tau. kahkahkah!

    ok. berbalik kpd entry awak. sy takmo komen pasal filem Cuci sebab sy hari2 mencuci maka sy letih la, nak taip perkataan cuci pun sy rasa macam nak muntah. hahaha.

    sy nak ckp pasal glenn doman. oh, memang sy minat habis la dengan dia ni. tp, sy rasa dia ada sedikit ketinggalan zaman. kalau dia kata kanak2 0-3 tahun ada absorbent mind (eh, ini montessori – lantakla – sama je sepupu sepapat tu), maka dlm Islam lebih hebat lagi. sehinggakan di mana kita bertemu bakal jodoh kita juga diambil kira – cthnya kalau kita pertama kali jumpa suami di kelab dangdut, maka paham2lah.

    yg kedua sy nak komen pasal law of attraction – haa, sy juga dh khatam buku ni maka siapa bangkang sy akan lawan. kahkahkah! ya, betul memang teori tarik-menarik ni kita memang sedia tahu sejak azali. senang cerita, pakai common sense saja. malangnya tiada buku-buku Islam yg direkodkan secara tersusun dan profesional dengan kulit buku yg menyebabkan isinya nampak lazat sehingga mencapai bestseller yg berada di pasaran. klo ada, tentulah sy beli.

    kesimpulannya, kita mesti ada NAMA baru org kenal kita. kahkahkah!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      saya pun ada NAMA tapi kenapa tak terkenal? wakakaka.

      oh daku tidak mengutuk mereka (aku hanya anak murid sambilan Glenn Doman saja), sekadar memberitahu yang kita ni tunggu orang putih compile buat buku tapi kita takde perintis. kita cuma tulis blog saja. wahahahha.

      sudah sudah jgn merapu lg.

      1. aidie Avatar

        ok per tulis blog..practice makes perfect. maybe bakat penulisan itu dimulakan dgn blog..mana tau 1 day akan kuar plak buku kann 😀
        .-= aidie´s last blog ..Masyarakat yang prihatin =-.

  2. sya Avatar

    memang betul lah lyna..
    sebab tu kena selalu fikir yang baik2 saje. bukan berangan, tapi bila fikir yang baik2, insyaAllah datang yang baik2…
    tapi, kalau setakat fikir je tanpa usaha.. tak guna juga. biarlah bersekli , fikir dan usaha.. 😀
    .-= sya´s last blog ..lebih baik tak tahu daripada tahu.. =-.

  3. temp. housewife Avatar

    setuju sgt2 dgn Lyna. sy dulu pun selalu juga target cukup2 mkn dan mmg selalu dpt kejayaan yg cukup2 mkn. haha.

  4. zety Avatar

    haha. sama la macam saya nak SPM dulu. target nak dapat bawah 10. sekali memang tepat2 dapat 10. patutnya target 6 aggregat la kan.
    .-= zety´s last blog ..ID @ Login Facebook Dapat RM100 – Rujuklah Di Sini =-.

  5. salzahari Avatar
    salzahari

    haha..betul2. i pun target tak tinggi dulu2 (skrg pun ada lagi kot) and mmg dpt lah apa ditarget tu (berjaya jgk) tapi x excel sbb tak aim high. sbb apa? sbb takut aim high, tak mampu dan bila kecundang, rasa jatuh habihs semangat mcm kaca berkecai..hehehe..ntah hape2 !

  6. mamadanish&arissa Avatar

    M-i-O,
    Saya dan lina,masing2 berjumpa hubby di University,sama fakulti pulak tu…waaaa..apakah prediction tu?
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Ingin Menjadi Pengedar =-.

  7. Malaysia Classifieds Avatar

    I like the movie…
    .-= Malaysia Classifieds´s last blog ..Clothes/Shoes/Bags: Ladies sliper, RM20 – Kuala-Lumpur, Malaysia =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge