Saya akui sekarang ni saya asyik rasa nak menangis saja bila tengok/terfikirkan Fahry. Bukan saya sedih, tidak2. Dan ia tiada kaitan dgn emosi terhadap ketidaksempurnaan beliau. Saya malah bangga memiliki anak seistimewanya.
Tapi yang menyayat hati saya ialah melihatkan kakinya yang semakin bengkok…. Fahry tiada jari pada kaki kirinya (ada tapi sangat kontot, tak sampai 1 ruas pun. Kaki kanan tu memang dah tak ada), jadi dia tak boleh berdiri/berjalan macam orang biasa. Jadi lain macam sebab tak ada jemari untuk mencengkam lantai bila dia berdiri. Jadinya dia bergantung pada bahagian tepi kakinya. Nampak macam clubfoot macam tu lah.
Kesan jangkamasa panjang, tulang belakangnya akan turut bengkok. Alahai anakku…
Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan splint.
Tapi belum dapat lagi splint yang sesuai dengan Fahry. Sekarang jumpa pembuat anggota palsu yang lebih dekat dengan rumah. Senang sikitlah. Harap-harap dapat selesaikan masalah Fahry.
Mungkin sampai bila2 Fahry kena bergantung kepada anggota palsu ni. Better for him-lah. Unless kaki dia tumbuh semula 😛
Syukurlah Fahry seorang anak yang sangat aktif dan berdikari. Jadi tak adalah sayu sangat bila tengok gelagat dia. Heh, bukan saja tak sayulah, sampai tahap bosan melayan soalan yang tak habis-habis. Sikit2 “Mommy…” sikit2 “Mommy…”.
Kaki kiri Fahry dah melecet sikit, sebab sebelum dapat kaki palsu yang baru haritu, dia jalan dengan lutut. Jadi, anggota dari lutut ke bawah tu bergeser dengan lantai dan melecet.
Masuk ni dah kaki Fahry yang ketiga, setiap tahun kena ditukar kerana Fahry makin membesar. Cuma kali ni yang ditukar cuma slotnya, tapak kaki masih guna yang lama.
Ahhh.. Lega sikit lepas meluahkan kat sini.
Jangan risau Fahry okey saja 😀
Leave a Reply