Kumenangis Bukan Kerana Sedih

admin Avatar

Saya akui sekarang ni saya asyik rasa nak menangis saja bila tengok/terfikirkan Fahry. Bukan saya sedih, tidak2. Dan ia tiada kaitan dgn emosi terhadap ketidaksempurnaan beliau. Saya malah bangga memiliki anak seistimewanya.

Tapi yang menyayat hati saya ialah melihatkan kakinya yang semakin bengkok…. Fahry tiada jari pada kaki kirinya (ada tapi sangat kontot, tak sampai 1 ruas pun. Kaki kanan tu memang dah tak ada), jadi dia tak boleh berdiri/berjalan macam orang biasa. Jadi lain macam sebab tak ada jemari untuk mencengkam lantai bila dia berdiri. Jadinya dia bergantung pada bahagian tepi kakinya. Nampak macam clubfoot macam tu lah.

Kesan jangkamasa panjang, tulang belakangnya akan turut bengkok. Alahai anakku…

Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan splint.


Tapi belum dapat lagi splint yang sesuai dengan Fahry. Sekarang jumpa pembuat anggota palsu yang lebih dekat dengan rumah. Senang sikitlah. Harap-harap dapat selesaikan masalah Fahry.

Mungkin sampai bila2 Fahry kena bergantung kepada anggota palsu ni. Better for him-lah. Unless kaki dia tumbuh semula 😛

Syukurlah Fahry seorang anak yang sangat aktif dan berdikari. Jadi tak adalah sayu sangat bila tengok gelagat dia. Heh, bukan saja tak sayulah, sampai tahap bosan melayan soalan yang tak habis-habis. Sikit2 “Mommy…” sikit2 “Mommy…”.


Kaki kiri Fahry dah melecet sikit, sebab sebelum dapat kaki palsu yang baru haritu, dia jalan dengan lutut. Jadi, anggota dari lutut ke bawah tu bergeser dengan lantai dan melecet.

Masuk ni dah kaki Fahry yang ketiga, setiap tahun kena ditukar kerana Fahry makin membesar. Cuma kali ni yang ditukar cuma slotnya, tapak kaki masih guna yang lama.

Ahhh.. Lega sikit lepas meluahkan kat sini.

Jangan risau Fahry okey saja 😀

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “Kumenangis Bukan Kerana Sedih”

  1. AnaLyana Avatar

    sabar ye kak.. saya baru follow blog akak…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehe thanks Ana. Risau sebenanrnya 😛

  2. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    Fahry is a strong boy.. 🙂 i pun kagum dengan dia

  3. faezah Avatar
    faezah

    Kak lyna,dont worry too much.u know u hv done the best u can do.that’s y fahry sgt strong n active.he has the greatest mommy in the world.mmg sayu la tgk our children hv to go through all these things.but at least kita npk solutionnya:-).so worry no more k

  4. Mysupervitamins Avatar

    Sometimes meluahkan tu mmg membantu. Risau tak habis2x kan dengan anak-anak ini. Normal or special semua ada dugaan dan ujian dari kecil sampailah besar. Semoga Allah mempermudahkan ujian buat kita dan anak-anak.

  5. Fara Avatar

    Lyna,

    Be strong ok? Fahry kuat. Lyna kena lebih kuat.

  6. eliss Avatar

    Insya Allah dia tak apa-apa. Mommy ajer terlebey kalut kan 🙂 Luahan perasaan tu sebenarnya lebih melegakan.

  7. chekiyah Avatar

    Fahry tetap sempurna pd pandangan Allah kerana dia adalah sebaik-baik ciptaanNya. Tahniah kerana berjaya mengharunginya. Bukan semua orang boleh berlapang dada menerima anugerah istimewa mcm Fahry kan? Sumber pahala mommy tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge