Bila tiba musim luruh, kuih2 bulan dipamerkan di serata kedai. Saya sangat terliur untuk merasa barang sebijik dua 😀 Pertama kali mendengar tentang kuih bulan ialah semasa saya membaca buku cerita kanak2 tentang perayaan kuih bulan, berbelas tahun nan lalu. Tapi saya tak pernah merasanya sehinggalah saya tinggal serumah dengan 2 orang amoi, Penny & Yin Ping semasa di universiti. Mereka berdua adalah vegetarian dan selalu membelikan berkongsi makanan untuk dengan kami, terutama bila ke pasar malam.
Mula2 kami menerima tawaran mereka untuk makan bersama, agak was-was juga, ye lah saya ni lagi lah, tak pernah ada kawan selain Melayu kan. Agaknya bila tengok muka kami semacam, mereka menjelaskan “Kami beli kat kedai Melayu lah”.
Semasa mereka memberi kuih bulan pun saya was-was juga nak makan. Maklumlah saya tak pernah makan kuih bulan ma… Ntah apa ingredient dia pun mana saya tahu kan. Dulu Ba Kut Teh tu saya ingatkan teh herba ke ape, sampaila saya tanya Wai Yan, dia cakap “pig intestine” Hah, tak ke haru kalau saya saja2 nak pergi try Ba Kut Teh tanpa usul periksa kan. Tapi tokei kedai tu mesti halau saya la kan hehehe. Macam kata Mei Mei dalam Upin & Ipin “Ta bulih ta bulih! Nanti lu punya Tuhan marah!”.
Lalu mereka menerangkan serba sedikit tentang kuih bulan dan logo halal Jakim pada peketnya tu dah cukup meyakinkan.
Maka setiap tahun saya mendapat kuih bulan, masa di uni.
Tapi mereka kata kuih bulan halal mahal sikit. Dan tak ramai yang keluarkan kuih bulan halal. Mungkin susah nak apply dari Jakim. Tapi saya tak kisah sebab bukan saya yang beli hahaha.
Sampailah sekarang, setiap tahun saya teringin makan kuih bulan tapi sebab saya kedekut harganya sebijik dekat RM20, saya rasa takpelah, sekadar jamu mata sudah. Lagipun saya tak tahu mana satu yang halal atau tak sebab Penny dan Yin Ping tak ada di sini. Huhu.. Hari2 tengok katalog kuih bulan di rumah pun jadilah, sampai boleh hafal perasa2 yang ada.
Satu hari Abiy bawa balik satu kotak yang bertulis ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’.
Saya ingatkan kurma ke, kuih raya ke…
Rupanya….
Wahlaweh!
Seksinya dia…
Syruppppp (jilat bibir)
Aduh sedapnya dia rasa mint!
Ia di-pack dalam kotak Selamat Hari Raya OK! Sejak bila kuih bulan jadi kuih raya, saya pun tak tahu. Mungkin sejak 1Malaysia kot. Tapi OK apa.. maruku pun dah lama jadi kuih raya apa… Bagusla kalau kuih bulan jadi kuih raya juga. Barula 1Malaysia 🙂 Saya pun bole makan kuih bulan tiap2 tahun 😀
Kuih bulan yang Abiy beli ni adalah keluaran syarikita Bumiputera, Citra Purnama Sdn Bhd. Jadi orang Islam yang nak merasa kuih bulan tak payah ragu2 lagi, sekarang bole dapatkan keluaran Citra Purmana ni. Sama je mahalnya sedapnya!
Saya juga suka kuih bakul, yang masa kecil2 dulu selalu ada masa perayaan Tahun Baru Cina. Ayah saya beli dari pengusaha Melayu. Memang sedap sangat! Saya selalu makan sikit.. sikit.. sikit.. je takut habis 😛 Dah lama tak makan kuih bakul. Ayah saya pun dah tak beli. Eh, agaknya dia ada beli tapi saya aje yang tak balik masa cuti CNY 😀
Kita orang Islam kena jaga bab halal haram, especially makanan yang jadi darah daging. Daging yang tumbuh dari makanan yang haram, api nerakalah jawabnya. Kalau yang ada anak2 dan diberi makanan yang tak halal, kesianlah mereka kene tanggung jadi keras hati, nakal melampau dan sebagainya. Makan benda tak halal juga jadi punca kepada doa tak dimakbul.
Yang halal tu bukan semata2 bab makanan je, tapi jugak punca rezeki kita. Kalau kita rompak orang kemudian beli nasi (makanan halal) untuk keluarga, puncanya tetap dari perbuatan haram.
Dan walaupun yang kita makan tu adalah ayam, tapi kalau ayam mati tak disembelih, ia akan jadi haram.
Tapi ia bukan penghalang untuk kita merasai makanan pelbagai kaum di negara kita dan bangsa di dunia. Selagi ia mematuhi kehendak syarak, tak kiralah makanan ape pun, semua boleh dimakan.
Leave a Reply