Pil perancang ni sangat berkaitan dengan orang2 yang dah berumahtangga dan cuba mengawal populasi anak. Ada banyak sebab orang merancang keluarga, tapi kalau “nak rancang jumlah anak sebab takut tak cukup duit nak tanggung” itu tak boleh ya.
“Dan janganlah kalian membunuh anak-anak kalian krn takut miskin. Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kalian (Al-Isra:31)
OK apa kata kita kenali macamana pil perancang bekerja..
Dengan kata lain, pil perancang bertindak menjadikan telur (ovum) tidak matang dan menghalang ovulasi, dan juga menebalkan mukus pada serviks, lalu menjadikan sperma sukar nak mendekati ovum.
Ya, itulah mekanisma pil perancang terhadap wanita.
Sebenarnya ada pil perancang lelaki, tugasnya untuk menghentikan pengeluaran sperma.
Tapi akhirnya jadi gajah putih sebab tak sesuai untuk digunapakai, kerana:
– sistem reproduktif wanita ada cycle dia. Tiap2 bulan perempuan period, telur hanya keluar sebulan sekali, etc. Tapi orang lelaki hari2 produce sperma. Penat hari2 nak kena ‘matikan’ sperma.
– orang perempuan bila berhenti ambil pil, boleh pregnant semula, tapi lelaki biasanya mandul terus! T___T
Akhirnya pil perancang lelaki diharamkan oleh WHO sebab kesannya sangat dahsyat bagi diri seorang lelaki 😐
Leave a Reply