Saya sebenarnya bukan peminat bolasepak, apa lagi pemain bola memang langsung saya tak kenal kecuali yang extra famous macam Farid Kamil ke, eh dia bukan pemain bola sepak hehe.
Tapi tahun ni saya rasa semangat nak tengok Piala Malaysia. Saya pernah tengok Piala Malaysia ni sekali je, tak silap masa darjah 3 kot. Masa tu Kedah lawan Selangor. Lepas tu memang tak ikut langsung, tapi pagi tadi baru saya tahu yang pasukan Kelantan berjaya ke peringkat akhir lawan Negeri Sembilan! Entah kenapa sentimen kenegerian ini terus teruja dengan begitu hebat. Sampaikan saya menitiskan airmata bila pasukan negeri saya akan bertarung untuk Piala Malaysia. Sungguh mengarut!
Saya terus follow perkembangannya …. Tak adala apa pun setakat tengok kat TV je. Kelantan dijangka menang tahun ni! Ikutkan Buletin Sukan TV3, 55% menjangkakan Squad Kijang akan menang ke atas Squad Jang!
Saya harap sempat tengok match esok. Saya harap pasukan Kelantan menang. Kenapa Kelantan kena menang?
1. Sebab ia negeri saya
2. Sebab saya jarang2 balik Kelantan
3. Sebab saya dah lebih setahun tak pegi bandar KB
4. Sebab Kelantan biso
5. Sebab saya akan happy kalau Kelantan menang
Hahaha smuanya bersifat peribadi. Namapaknya saya telah bersifat kenegerian. Tak adalah, cuma saya rasa rindu kat negeri asal saya tu. Bila ye nak ada highway? Cepat sikit sampai 🙂
Gomo Kelate Gomo! (kelakar gila lagu kat Radio Era)
Leave a Reply