Kematian Allahyarham Ustaz Asri yang mengejut memang mengejutkan semua orang.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, arwah Ustaz Asri rebah semasa sedang mengerjakan program Syahadah di RTM pada jam 10.30am tanggal 13 Ogos 2009 ni. Beliau dah mula rasa tak sihat tapi digagahkan juga untuk program tersebut. Ternyata begitulah caranya beliau dipanggil pulang. Tengok di Buletin Utama malam tu, bagaimana beliau ‘disambut’ oleh rakan2 dan diusung ke dalam ambulan untuk dibawa ke Hospital Pantai, di mana beliau disahkan meninggal dunia.
Serta merta terkenang kepada Arwah Yasmin Ahmad dan Micheal Jackson, serta mendiang Teoh Beng Hock, yang juga mati secara mengejut. Tiba2 diberitakan sudah tiada. Bagaimana perasaan keluarga mereka? Orang2 yang mereka cintai? Tambahan pula mereka2 itu ada tugas dan peristiwa penting yang menanti… Yasmin Ahmad dengan projek barunya, Micheal Jackson dengan tournya, Teoh Beng Hock dengan majlis perkahwinannya…
Terkenang Arwah Tok Pa… Ramadhan ni genaplah setahun Tok Pa pergi dalam bulan Islam. Dan dalam tahun Masihi, permegiannya jatuh pada hari raya kedua. Semoga raya Tok Ma tak suram tahun ni…
Tok Pa pergi lepas 7 bulan berlawan dengan penyakit lukaemia yang dihidapinya. Masa mula2 dapat rawatan dengan doktor, arwah diberitahu ada masa 6 bulan aja lagi untuk hidup.
Arwah memang bertuah, at least dapat bersedia. Macamana ya perasaan kalau kita tahu yang kita akan mati?
Bagaimana dengan kita? Macamana kalau malam ni malam yang terakhir kita dipanggil manusia? Esok ntah naik pangkat jadi Arwah XXX ke?
Tambah2 dalam musim H1N1 sekarang ni… walaupun Kementerian Kesihatan kata belum darurat lagi.. tapi dia cuma kata BELUM, bukan TAK AKAN. Ramai doo takut dengan H1N1 ni, melebihi dari takut pada Tuhan. Tersebar emel ke sana sini tentang doa untuk menghindar H1N1. Tapi, kalau Tuhan kata “kau akan mati sebab eksiden”, apa la gunanya hindar H1N1 tu kan? Kot2 tiba2 kena serangan jantung pulak kan? Mungkin kena hafal semua doa2 untuk macam2 jenis penyakit pulak.
Tapi memang menakutkan H1N1 ni. Agaknya sekarang hantu jin setan semua kena bungkus baju balik kampung sebab orang semua lagi takut pada H1N1 daripada diorang. Elok jugala nak masuk Ramadhan kan, memang masanya untuk para mereka itu bungkus kain baju 😀
Hmmm.. seketika rasa tersentuh. Macamana kalau saya pergi tanpa sempat membuat persediaan, bukan saja dari segi rohani tapi jugak fizikal keduniaan ni.
- Tak sempat wasiatkan harta nanti anak2 saya bergaduh berebut harta, pecah belah adik beradik. Last2 diorang lagi sibuk berebut harta daripada doakan mak bapak diorang. – Nauzubillahi min zalik.
- Tak tinggalkan apa2 untuk jadi pengalir pahala saya kat sana. Selain doa anak soleh, 2 benda yang jadi bekalan, ilmu bermanfaat dan sedekah jariah. Mana dia ilmu manfaat yang saya curah? Merapu ada lah.
- Tak didik anak2 jadi anak soleh yang boleh mendoakan saya kelak.
- Tak sempat merasa rumah besar, kereta besar, duit kepuk2, ada jet peribadi.
Perkara di atas tu memang terjadi, bukan saya reka2. Mayat mak/bapak belum ditanam lagi, adik beradik dah asah parang nakkan harta. Ape punye perangai kan. Kalau harta tu ada 15 bilion berbaloi la jugak putus sedara. Tapi nak kutuk lebih2 tak boleh jugak, mak ayah saya masih ada. Siapa tahu hukum karma berbalik pada saya. Mengata orang nanti kena batang hidung sendiri. Semoga Allah tak jadikan saya macam tu. Harta mak ayah saya cuma sekangkang kera saja. Kera mengangkang pun lagi besar agaknya.
Bercakap soal harta ni, ayah saya penah cakap “Kalau ayah takde, ayah taknak tinggal apa2 kat korang, pandai2 la korang cari sendiri. Kalau ada yang tertinggal seketul dua, pandai2la bahagi. Kut ada yang rebut2 nanti ayah bangun balik rumah setelkan” Horor sungguh lawak ayahku huhuhu.
Hmm.. mengenang pemergian Ustaz Asri, Yasmin Ahmad, Micheal Jackson dan Teoh Beng Hock (orang lain pun ramai mati mengejut tapi abaikan sebab mereka tak famous), menjadikan saya terfikir “Di mana saya akan mati nanti?” Semoga Allah memelihara kaki saya dari pergi/melintas ke tempat bukan2. Semoga kita semua dimatikan dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran yang baik).
Pesan Saidina Ali “Beribadatlah kamu seolah2 kamu akan mati esok, dan bekerjalah kamu seolah2 kamu akan hidup 1000 tahun lagi”
Leave a Reply