Keju/Cheese Untuk Baby

admin Avatar

Cheese atau keju sebenarnya bagus untuk baby, seawal dia dah mula makan (Pediatrician US mencadangkan 8 bulan) boleh diperkenalkan. Ia bagus sebab mengandungi kalsium yang tinggi, vitamin A, D dan B12.

Walau bagaimanapun, untuk memilih cheese yang sesuai untuk baby, ibubapa kena tahu serba sedikit tentang cheese di pasaran, kerana di supermarket kita banyak cheese yang mengandungi bahan2 pengawet, garam, emulsifier, etc. yang tinggi dan tak sesuai untuk bayi. Contohnya, cheese yang slice2 dalam pek, 12 slice 1 pek tu, rasanya agak masin. Jadi memang ada banyak perisa tambahan dalam tu. Sebaiknya untuk baby di awal usia (belum setahun) diberi makanan yang ‘original’, tanpa pewarna dan perasa tambahan.

Cheese yang sesuai untuk baby ialah yang dipasteur, so that ia bebas dari bakteria. Untuk permulaan, sebagai introduction, bagus untuk kenalkan baby dengan Cottage Cheese dan Cream Cheese kerana teksturnya yang lembut. Bila baby dah boleh pegang dan kunyah, bleh kenalkan dengan Parmesan, mozarella dan cheddar.

Walau bagaimanapun, sebelum intro kepada cheese, kena tengok jugak family ada history alegik (elergi terhadap dairy products) atau tak. Cheese boleh trigger pada elergi bila kenalkan pada awal usia. Contohnya kalau ada history ekzema, tak payah kenalkan dulu dengan dairy products.

Kat Malaysia ni susah jugak nak cari cheese ‘sebenar’. As I said, kat supermarket banyak yang dah ditambah additive segala. Kalau kat Miri, saya tengok di GK Supermarket ada banyak plihan cheese ‘sebenar’, dan kalau di KL ni, di Cold Storage ada banyak. Memang pelik2 jenis cheesenya hehe 😀 Tempat lain pun ada juga, cuma saya suka Cold Storage sebab banyak choice.

cottage cheese

Contoh cottage cheese.

Anak-anak saya makan soft cheese ni bersama pasta kegemaran mereka.

Saya pula suka cheese yang slice2 tu, makan dengan roti or ratah macam tu je 😀

admin Avatar

15 responses to “Keju/Cheese Untuk Baby”

  1. Honey Avatar
    Honey

    Dah ler nak cari cheese susah … Nak pastikan lak kehalalan nyer … Ada cadangan brand ape yg sesuai untuk baby bawah 1 tahun ?
    .-= Honey´s last blog ..Takziah Buat Mangsa Gempa di Padang, Sumatera =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      as long as ada logo Halal JAKIM atau yg diakui JAKIM pada pek cheese tu, tak perlulah kita meraguinya kan. melainkan kalau ada logo halal yg diragui/tak ada logo halal langsung, wajarlah utk kita meninggalkan product tu.

      rasanya kita tak perlu ragui kerja pihak jakim jika bersumberkan email2 berantai. nanti jd fitnah pula. tol tak?

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        ohh ye, saya pernah terbaca ttg cheese local yg diusahakan penguasaha Islam tp tak ingat pula brand nya. mungkin ada yg boleh ingatkan..

        1. Jebon Avatar
          Jebon

          Tak salah saya Tjacheez, buatan malaysia kilang ka sah alam tu kan. http://www.dqisra.com website nya.

  2. nadnye Avatar

    kat JJ pun banyak choice juga… dah mula introduce makan cheese nie sejak umur 10 bulan.. mmg Sarah suka sangat pasta cheese mcm abg sulung dia..:)
    .-= nadnye´s last blog ..Nur Kasih.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cheese mmg sedap kan. rs mcm omputeh gituuu hihi

  3. eliss Avatar

    alahai..eliss lom kenalkan my nuha dengan cheeze lagikk..nanti laa try…
    .-= eliss´s last blog ..Bata Oh Bata Batak =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mesti nuha suka. cubela!

  4. afrinabatrisyia Avatar

    > Ooooo, I luv cheese very much!Even makan cmtu je @ pun mkn dgn roti, pastu letak salad+tomato..bubuh chili sauce cket..pergh..mmg yummy!
    > But for my lil daughter, me xstart lg bg makan cheese…tp, mende lain sume dia “sebat”..kdg2 bg biskut, dia gget byk sgt, sampai tercekik jd nya…sibbaik la me ade kat sebelah dia…kalo xde, xtau la…Hishhh….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      me too! kdg2 macam tu je spread cheese atas roti yumyumyum!

  5. aidie Avatar
    aidie

    cuba share resipi pasta cheese 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh boleh jom kita pakat share!

  6. yumyum Avatar

    thanks lyna for reminding me about cold storage, punyaalaaa merata searching for cottage cheese, complain2 carrefour alamanda takde, tak teringat langsung kat cold storage di seberang. hahaha

    thanks again. let get cheezyyy!

  7. Pa'a Wawa Avatar

    ler…lupe pulak letak linknya…=p

    Keju Halal buatan Malaysia..
    http://kejuhalal.blogspot.com/

  8. yaati Avatar

    keju buatan malaysia nie saya dah penah cuba..cream cheese..tapi bagi saya agak kureng la..ms tu nak buat marble cheese cake..papu pun blh la cuba dulu..mgkn seleran masing2..dealer tu kata dia buat kek jadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge