Daun alfalfa yang dikeringkan telah dijadikan bagi mengubati pelbagai penyakit berkaitan salur pencernaan, dan pelbagai penyakit lain, serta menambahkan susu badan sejak berzaman lalu di Amerika.
Daun alfalfa mengandungi saponin yang berguna dalam mencegah penyerapan kolesterol oleh tubuh. Alfalfa juga mengandungi klorofil, protin, potassium, kalsium, magnesium, sterol, flavon dan isoflavon. Secara amnya alfalfa adalah untuk ‘mencuci’ tubuh, mengurangkan sakit urat & arthitis, menaikkan selera dan menambahkan susu badan. Alfalfa juga berguna untuk masalah kewanitaan.
Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit lupus (SLE), dan mereka yang elergi kepada alfalfa akan mengalami beberapa simptom seperti cirit-birit, ruam, sembab dan sakit perut. Penghidap anemia tidak boleh mengambil alfalfa dalam kuantiti yg banyak kerana saponin boleh merosakkan sel darah merah.
Pengambilan alfalfa dengan herba lain seboleh2nya dihentikan kerana bimbang ada interaksi yang memberi kesan kepada tubuh.
Hubungi saya di sauberlina[at]gmail.con.
Leave a Reply