Krew Majalah NUR terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan membuat bengkel tudung pada hari Family Day nanti. So saya dengan Kay ada appointment dengan SIs Eizan (editor NUR) dan sis Masyi (wartawan NUR) untuk discuss hal2 berkaitan dengan bengkel tu.
Pejabat KKSB letaknya di Shah Alam. Senang je nak cari (pakai GPS gak hahaha) dari Federal Highway, exit Persiaran Selangor selepas kilang Carlsberg, dan ia kat tepi jalan after the second round about je.
Agak jakun jugak masuk ofis diorang ni sebab mana la biasa mak pegi tempat publisher gini hehe. Tu pun tersilap nak tanye “Kak Eizan” pegi cakap “Kak Nur” sampai receptionist tu pelik saper pulak Kak Nur ni hehehe.
The discussion was held kat bilik meeting kecik kat tepi lobi ofis KKSB tu. Kak Eizan & Kak Masyi sangatlah peramah. Harusla kan.. kata wartawan…. Banyak yang yang diorang tanye tentang Bling Lustre, apa maksud Bling Lustre? 😀
tengah sibuk bincang
Kami explain pada diorang tentang Scriptory Box, iaitu training centre kami. Apa istimewanya Scriptory Box ni?
Kami menyediakan program2 enhancement untuk sekeluarga, yang mana target kami ialah seisi keluarga. Pusat kami ialah berkonsepkan cosy home, yang mana kat kelas tu adalah macam rumah. Takde kerusi2 tersusun, takde meja2 taking notes… suasana yang ada ialah macam dalam rumah. Kelas2 yang dijalankan berkonsepkan santai.
Antara program2 yang dah kami jadualkan ialah Art Photography Class bersama Adinang, Basic SLR Class bersama Nizam, Parent-Kids Craft anjuran Sara-Luna (SaraLuna in Scriptory Box? Kenapa? Tak percaya??), dan banyak lagi! Basic Blogging bersama Mommy Lyna? Ahaks. Kelas untuk Mommy Cash? Ahaks.
Kami juga menyediakan platform kepada mereka2 yang baru nak bertapak dalam dunia perniagaan, (online and offline) yang nak buat kelas macam kelas menjahit ke, baking class ke,seminar ke, etc… dengan harga yang mampu milik. Cewah.
Kami juga sedang draft modul untuk program keusahawanan ‘grooming the entrepreneur’ untuk mereka2 yang betul2 serius untuk memulakan perniagaan tapi tak tahu macamana nak mula… Kami sediakan pakej2 yang bersesuaian bermula dari basic package hingga ke premium package yang bakal membawa para peserta ke China untuk tujuan perniagaan. Isn’t that great??! Cos program ni bukan je ajar basic cemana nak setup business tapi siap show how to do the business and siap bawak ke kilang lagi 🙂
Wait ya bakal entrepreneur!
Kak Eizan dengan Kak Masyi pun macam tertarik dengan program Scriptory Box ni.. wink2 😀
Alhamdulillah kami telah mendapat offer untuk mengiklankan produk kami dalam Nur (free? Mana bole.. takde free lunch okeh, tapi Family Day ni free :D). Pssst Nur akan buka ruangan baru untuk para peniaga online! Yeahuuu!
Masa borak2 tu keluarlah cerita tentang si budak Fahry yang penah masuk Mingguan Wanita, Rapi & nanti akan keluar kat Pa&Ma. Kak Eizan kata “Wah, dah famous rupanya kat sini (Karangkraf)” hihihi. Tapi tu mungkin boleh regard as ‘tumpang tuah anak’. Nanti mak dia sendiri pulak yang masuk Majalah Nur dek sebab usaha sendiri, aci tak 😀
Sedar tak sedar dah jam 1130 hrs. Terpaksalah beransur, derang pun kena sambung kerja ofis, dan Kay pulak anaknya si Aisy dah tunggu dalam kereta bersama Dad-nya. Anak2 saya sedang aman bahagia di taska..
Berita baik! Pihak majalah Nur bermurah hati nak sponsor 100 naskhah Majalah Nur dan E-Baca untuk Family Day nanti. Alhamdulillah. Murah rezeki siapa yang datang.
Kay pun dah pass kepada saya sample doorgift tajaan Maybelline. Maybelline sponsor barangan dari salah sebuah produk di bawah syarikatnya, Loreal. So sesiapa yang datang Family Day nanti (the first 100 yang register online), banyaklah collect hadiah pintu ye 😀
saja letak gambar blur biar jadi suprise muka kami2 😀
Leave a Reply