Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun

admin Avatar

komen saya dalam MERAH

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada tahun 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil kajian kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.

Hasil kajian itu membuktikan kadar kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada tahun 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007, katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini hari ini.

"Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan wanita dalam kumpulan umur antara 15 dan 49 tahun merosot dengan pantas, dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan,” katanya.

Menurut Aminah, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Mana taknye… kalo ambik degree tu, 24 tahun (average) baru habis belajar.. Pastu nak kena cari kerja lagi.. yang kena bantu family, bantu family dulu… pastu kumpul duit lagi, nak kahwin segala.. Tengok2 dah umur 30 tahun. Kalau yang dah ada calon boleh carry on nikah je, tapi kalau belum ada, kena ambil masa cari dulu. Tu belum masuk yang sambung Masters, PhD segala.

Pastu kalau lebih 35 tahun dah berisiko untuk mengandung & beranak.

Jadi sila jangan salahkan perempuan ye. Sila turunkan had umur wanita memasuki sekolah kepada 4 tahun. Nanti boleh grad umur 20 tahun. Sempat la nak kumpul duit, bantu family dulu.

Selain itu, terdapat juga golongan wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup yang bebas tanpa sebarang ikatan, katanya. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0310&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_23.htm\

admin Avatar

21 responses to “Kadar kesuburan wanita Malaysia dijangka menurun”

  1. Mama-Miya Avatar

    jgn lupa gak faktor “dunia kapitalis” yg supress ladies dari nak jd mom. bukan wanita suka2 nak pentingkan kerjaya. kita nak la ada financial stability sebelum ada anak. branak bukan for the sake of branak. bukan nak fill in quota aje….nak la anak kita tu dpt best life & education support dr kita, kan?

    kalo life is simple like zaman dolu2, gerenti most of us dah ada atleast 3-4kids by age 24 kan?
    .-= Mama-Miya´s last blog ..HOW TO MULTIPLY YOUR BABY’S INTELLIGENCE? (Part 1) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ooh yesss. kalo financial tak stabil, mula la ‘saya terpaksa jadi dotdotdot utk menyara anak’. hmm…

  2. Nur Avatar

    statistik tu bley percaya ke?
    i believe, persekitaran da berubah..
    dedulu mak2 x kerja, bleylaa anak ramai. jaga senirik maaaa…
    la ni kalu ada anak ramai, kerut dahi nk byr pengasuh..
    kalu x kerja, x cukup duit pulak..
    .-= Nur´s last blog ..Obesiti di Kalangan Kanak-Kanak.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      dulu2 ayam bela sdr, sayur tanam sendiri
      sekarang ni rumah dah tinggi2, tanah pun takde nak bela ayam

      tol tak kak?
      😉

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kita keje sbb kena keje bkn saja nk pangkat gaji besar ke cane kak?

  3. mama emma® Avatar

    balik2 nak salahkan pompuan… mencik!!!

    org xnak bsalin ramai sbb byk faktor la…
    – mesia la nie dah x selamat mcm dulu.. dulu mana penah dgr cite org selamba masuk sekolah then swing besi kat bebudak..
    -cost of living pun tinggi mgunung!! kerajaan suruh ‘belilah brgan buatan mesia’. tp cuba check rumah depa, perabot rumah, kalau kayu sure kayu jati dr indon.. tlg jwb benda nie leh x?

    eh, relevan ke komen akak dgn topic entry nie?
    .-= mama emma®´s last blog ..-IRRITATING POP-UP!- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sy plak jd heran Datuk Aminah ni lelaki ke pompuan?

      1. aidie Avatar

        Cuba tny Datuk Aminah ada brp org anak? Hihi.. I think article ni berat sebelah. Bkn pompuan je yg sibuk nk keje lelaki pun sama. Satu lg ramai gak lelaki yg kurang berkualiti utk dijadikan suami..so xsalahkan lelaki.. Topic yg debatable 🙂
        .-= aidie´s last blog ..My safety first? =-.

        1. mama emma® Avatar

          YES!!!!!!!!!!!!!!!!!

          lelaki zaman sekarang susah nak jumpa yg bkualiti!!!!!!!!!
          .-= mama emma®´s last blog ..-DAH BERSALIN DAH…- =-.

  4. Shareen Avatar

    Work environment kat Malaysia ni yang kurang family oriented, janganlah pulak nak salahkan golongan ibu2 bekerja. Ish ish. Sangat limited pejabat yang actually ada siapkan day care for staff yang ada anak kecil. Working hours pun tak flexible, takleh work from home. And for BF mommies, tak sumer opis ada tempat yg selesa dan ber-privacy untuk pump. Tumpang surau atau pantry ah jawabnya.

    Cost of living? Toksahlah citer. Kat KL ni poverty line is 3K. Adeh!
    .-= Shareen´s last blog ..Dear Me, =-.

    1. yong Avatar

      ermm…saya termasuk dlm golongan miskin rupanya…
      .-= yong´s last blog ..Wajah Rahsia Hati =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Saya kaya budi bahasa

  5. lina Avatar
    lina

    Salam perkenalan ..

    Saye suka baca entry kat sini …dahlama tapi tak penah meninggalkan komen ..

    berbalik topik di atas , mana leh nak compare ngan environment dulu n skang ..
    kalau skang , nak beranak ramai ..katakan 3 org kalau dah ber3 , antar pengasuh ke taska ..dah bape tuh blom tolak tambah sekolahnye lagi etc ..
    Apepepun si ibu kena keluar bekerja utk memastikan cukup income , bukannye sebab mementingkan kerjaya …huh …

  6. temp. housewife Avatar

    setuju dgn pendpt yg lain. skrg sblm nak ada anak dah fikir cukup tak nak sara anak. pasal tunggu habis belajar sampai degree tu pun satu, lps tu mmg ramai pula yg tangguh sampai habis Master dgn phd. Dah wanita zaman skrg nak kejar ilmu, mmg tak salah pun.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Lagipun kalo kawin tak kerja org kata perabis duit laki. Eh? Hehe. Tidak2, bukan saya yg kata!

  7. knv Avatar
    knv

    hmm.. dunia pun dah tunggang terbalik! lebih pentingkan kerjaya? ahahahahaha! jgn buat lawak pn aminah 😛

  8. MommaMia Avatar

    Me stuju – tak patut salahkan pompuan.
    cadangan turunkan had umur wanita memasuki sekolah kepada 4 tahun tuh cam sian plak kat budak2 gal-gal. patut budak2 lelaki pun kene skali… huhu baru balance.
    .-= MommaMia´s last blog .." Nur Dayana Insyirah 1st Birthday Giveaway" =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Pompuan patut masuk sekolah awal, br dpt grad awal, kawin awal, beranak ramai2.

      Lelaki tak payah. Derang umur 80tahun pun boleh kalau nak.

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Tp piki2 bhya jgk umur muda skelas boy yg tua.harasment plak :p

  9. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Salam lina (eh samala nama kita)

    Dia kena intebiu kot wanita2 yg belum nikah or belum beranak,adakah sebab utamakan karier ke sebab ape. Kan? Kan?

  10. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Agaknya beliau menyesali tindakannya mementingkan kerjaya sampai jd ketua.. . Ops!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge