komen saya dalam MERAH
KUALA LUMPUR 10 Mac – Kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dijangka menurun secara mendadak pada tahun 2015 iaitu 2.05 kanak-kanak bagi seorang wanita berbanding 2.2 kanak-kanak pada 2007.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, hasil kajian kadar kesuburan pada kalangan wanita Malaysia dari 1995 hingga 2007 menunjukkan penurunan setiap tahun yang mengakibatkan penurunan kadar populasi penduduk negara ini.
Hasil kajian itu membuktikan kadar kesuburan pada 1995 yang mencatatkan 3.4 kanak-kanak bagi seorang wanita menurun kepada 2.9 pada tahun 2000 dan akhirnya 2.2 pada 2007, katanya pada sidang media Forum Konsultatif Siri 3, Kajian Pelan Strategik Kependudukan kedua, di sini hari ini.
"Wanita Malaysia mengalami penurunan tahap kesuburan setiap tahun dan tahap kesuburan wanita dalam kumpulan umur antara 15 dan 49 tahun merosot dengan pantas, dan ini boleh menjejaskan tahap populasi di negara kita pada masa depan,” katanya.
Menurut Aminah, punca utama masalah itu adalah sikap mereka yang lebih mengutamakan kerjaya dan terlepas daripada lingkungan umur yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga.
Mana taknye… kalo ambik degree tu, 24 tahun (average) baru habis belajar.. Pastu nak kena cari kerja lagi.. yang kena bantu family, bantu family dulu… pastu kumpul duit lagi, nak kahwin segala.. Tengok2 dah umur 30 tahun. Kalau yang dah ada calon boleh carry on nikah je, tapi kalau belum ada, kena ambil masa cari dulu. Tu belum masuk yang sambung Masters, PhD segala.
Pastu kalau lebih 35 tahun dah berisiko untuk mengandung & beranak.
Jadi sila jangan salahkan perempuan ye. Sila turunkan had umur wanita memasuki sekolah kepada 4 tahun. Nanti boleh grad umur 20 tahun. Sempat la nak kumpul duit, bantu family dulu.
Selain itu, terdapat juga golongan wanita mengamalkan trend tidak mahu berkahwin atau lebih berminat kepada gaya hidup yang bebas tanpa sebarang ikatan, katanya. – Bernama
Leave a Reply