Di kampung, Tok Ayah telah menunjukkan kami peta dari JKR yang memberitahu jalan alternatif ke Kuala Lumpur tanpa perlu melalui bandar Raub dan Bentong. Oh, itulah seteruk kejadian bila travel KL-KB-KL, tatkala peak hour boleh stranded dekat sejam dalam bandar aje.
Jalan alternatif ni melalui Felda Sungai Ruan, kalau dari KB simpang masuknya selepas Sekolah Menengah Sains Raja Abdullah (SEMESTA), just right after sekolah tu, simpang kiri ke arah Temerloh. Kemudian follow je jalannya, melalui felda2 seperti Lembah Krau, Mempaga, sg Sertik dan masuk ke highway Karak melalui Kg Cinta Manis. Sampai Mempaga dah Ada signboard ‘Jalan alternatif ke Kuala Lumpur’.
Tak adalah dekat pun sebenarnya, took us dalam sejam dengan kelajuan 100 kmh, tapi memang berguna untuk lari Dari kesesakan di bandar Bentong dan Raub. Kalau time banyak kereta dan peak hour memang boleh pakai sangat2.
Jalannya lalu ladang kelapa sawit aje. Malam2 maybe tak berapa sesuai kot, sebab tak banyak rumah dan kemudahan awam macam steseni minyak pun tak Ada.
Kalau Dari KL, di highway Karak tu jangan exit Bentong tapi terus ke Kg Chinta Manis.
Leave a Reply