Itinerary 6 Hari di South Island New Zealand

admin Avatar

Alhamdulillah, selepas 2 tahun kami repeat South Island. Kali ni bersama anak-anak dan mentua pula. 

Dari Kuala Lumpur kami menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS ada buat offer half price masa ni) ke Sydney. Dari Sydney kami menaiki pesawat Air New Zealand terus ke Queenstown. Air New Zealand ni terkenal dengan video safety briefing diorang.
 
 Kami mengambil penerbangan awal pagi (6.40 pagi waktu Sydney) supaya boleh sampai awal di Queenstown. Kami tiba di Queenstown kira2 jam 12.30 tengah hari waktu New Zeaaland. Dan ini adalah ringkasan itinerary kami sepanjang 6 hari berada di sana.
 

Dah nampak pemandangan ni maknanya dah nak sampai Queenstown

 HARI 1
 
 Tiba di Queenstown kami disambut dengan bunga-bunga sakura (cherry blossoms) yang mekar berkembang. Ya, di sini juga ada sakura persis di Jepun. Berkembang kira-kira 2 minggu di permulaan musim bunga.
 

Kami menyewa sebuah van memandangkan bilangan ahli yang ramai. Kami ke bandar Queenstown dulu untuk menikmati makan tengah hari di kedai halal Turkish Kebab. Harga kebab di sini kira2 NZD13 untuk satu hidangan termasuk nasi.

 

Pekan Queenstown

Selepas itu kami terus bertolak ke Te Anau yang terletak kira-kira 200km dari Queenstown. Kami menginap di Te Anau Kiwi Holiday Park, menghadap Tasik Te Anau yang terbentang luas.

Pemandangan Tasik Te Anau dari tingkap unit kami

Te Anau adalah persinggahan untuk ke Milford Sound, fiords yang mesti-pergi di South Island. Disebabkan jaraknya sangat jauh dari Queenstown, biasanya mereka yang nak ke Milford Sound akan transit dan bermalam di Te Anau.
Kami menyewa sebuah motel 2 bilik dengan harga NZD225 satu malam di Holiday Park ini. Biasanya kami gemar menginap di holiday park kerana ia menyediakan fasiliti yang lengkap termasuk padang permainan untuk anak-anak.
 
 Untuk penyediaan makan malam, kami berhabis di supermarket Fresh Choice yang dibuka sehingga jam 9 malam. Kami memang tak bawa bekalan kerana malas nak berlama-lama di kastam.

Maklumlah sudah penat terbang, anak-anak mula buat perangai… Nak cepat-cepat aje. Lagipun barang basah bukan boleh bawa pun.
 

Pasaraya Fresh Choice

Malam itu kami cuma berehat setelah penat perjalanan.
 
 HARI 2
 
 Kami bercadang untuk ke Milford Sound pada awal pagi. Sayangnya terlewat bangun. Maklumlah waktu New Zealand awal 4 jam dari waktu Malaysia. Sana dah jam 6 pagi, di KL baru jam 2 pagi.
 
 Disebabkan itu, kami keluar selepas siap bersarapan dan tapau nasi untuk makan tengahari terus. Jam 9.30 pagi baru boleh bertolak.
 
 Perjalanan ke Milford Sound mengambil masa kira-kira 2 jam setengah dengan kelajuan perlahan. Maklumlah bawa van gedabak, berat. Kalau keluar awal boleh tengok permukaan rumput tepi jalan yang diselimuti ais. Masa kami keluar, ais dah mula mencair.
 

Perjalanan ke Queenstown

Tiba di Milford Sound kira-kira jam 12.30 tengah hari. Syukurlah sempat dapat cruise Jucy Maiden of Milford untuk pelayaran jam 12.45 tengah hari. 

Terus masuk dalam dan duduk di bahagian paling atas. Sejuknya tak payah cakap. Masing2 pun memang dah bersiap dengan baju winter.
 

Mommy, Danny & Tok Ma

Kapal ni ada 3 tingkat. Tingkat bawah ada kantin. Tingkat 1 ada kafe. Tingkat atas open air. 

Kami dari tingkat atas, kemudian turun ke tingkat 1 sebab sejuk sangat. (Kapal ni tingkat2nya dipanggil dek, tapi yg kenal main deck je (paling atas) yang lain tu tak tau dipanggil apa.
Kami diberi air panas percuma untuk bancuh teh sendiri. Hehe. Memang syok, ulang2 bancuh teh.
 
Lepas sejam, kami balik semula ke pengkalan Milford Sound. Ambil kereta dan bergerak pula menuju ke Queenstown. Milford Sound ni cuma ada 1 jalan sehala je dari Te Anau, tak tembus ke mana-mana. Jadi, nak taknak kena patah balik ke Te Anau sejauh 120km.
 

Road trip di New Zealand takkan bosan sebab pemandangan cantik sangat!
Sempat menyinggah makan tengahari kat mana ntah ni

Kami tiba di Queenstown dalam jam 6.30 petang camtu. Check-in Queenstown Lakeview Holiday Park. Holiday Park ni best sangat! Boleh parkir kereta situ je & jalan kaki ke bandar & Skyline Luge.

Hello again Queenstown! Pemandangan dari depan unit kami

Di Queenstown ada satu supermarket yg dibuka dari jam 7 pagi hingga tengah malam. Jarang kat sini ada benda macam ni. Biasanya jam 6 dah tutup.

Memang syiok shopping barang dapur malam2, tak payah nak berkejar-kejar. Kalau tak tu memang berkejar la jawabnya.
 
 HARI 3
 
 Selepas bersarapan, kami bersiap untuk main salji di Remarkable Ski Area. Nak sampai ke tempat ni kena mendaki (dengan kereta) kira2 15km. Sikit punya mencabarlah perjalanannya… Maklumlah panjat bukit. Jalan pula separuh darinya tak berturap. Mujur tak ada ais atau grit.
 
 Kat ski area ni bukan tempat yang bagus untuk main snow… Ramai orang main ski je. Tak luas sangat pun kawasannya. Budak2 duk sibuk complaint “Tak best la tempat ni. Kecik sangat. Switzerland best, luas”. Hehe, apa nak buat… 
 

Tempat kecik, orang ramai. Bercukurlah nak…

Balik dari Remarkable, kami jalan2 di sekitar bandar Queenstown. Bandar kecil, jalan kaki je boleh habis satu bandar. Sejuk mencucuk, terutama di area yang menghadap Tasik Wakatipu.
 

Nak makan kebab tapi tak jadi sebab fikir2, mahal lah pulak. Lebih baik masak je. Jadi kami balik masak dan dinner di motel.
 
 HARI 4
 
Pagi-pagi dah check out dah keluar ke Wanaka, kira2 sejam dari Queenstown ikut jalan bukit. Nak bawa budak-budak ke Puzzling World Wanaka. 

Singgah sebentar di bandar Wanaka yang terletak di pinggir Tasik Wanaka. Cantik sangat Wanaka ni. Tapi tak boleh singgah lama…
 

Tasik Wanaka
Budak2 bila bergambar macam2 pesen

Habis je melayan anak-anak di Puzzling World, kami bergerak ke Franz Josef. Franz Josef ni agak jauh juga, dalam 3 jam setengah perjalanan. Cuaca baik jadi banyak tempat menyinggah. Masa kami ke sana dulu, sepanjang jalan hujan lebat.

 Kami singgah di Fox Glacier… Nak sampai ke viewing point dia kena jalan dan mendaki lebih 5km pegi-balik. Fox Glacier tak secantik Franz Josef Glacier dari bawah. Kalau glacier hike kat situ baru best.

Di Fox Glacier
 
 

Lepas tu kami terus ke penginapan ni Rainforest Retreat Franz Josef. Walk in je. Mujur ada unit pilihan iaitu Tree House!

Unit ni takleh parking kereta depan pintu. Kena lalu jambatan kecik dulu sebelum sampai. Tapi sangat best! Luas dan lengkap dengan mesin basuh dan dryer.

Jambatan comel nak ke unit kami tu

HARI 5
 

Hari ni…. Hari Raya Aidiladha. Kali kedua beraya di New Zealand 😀

Sarapan, check out & ke Kiwi Discovery Centre yang terletak seberang jalan je dengan Rainforest. Franz Josef ni bandar kecil je. Pusing2 tempat sama.
 

Kiwi Discovery Centre

Lepas bawa budak2 tengok Burung kiwi, shopping sikit sebanyak dan singgah di Franz Josef Glacier pulak. Dah nampak sangat glasier ni makin mengecut… Alahai…
Kemudian kami bergerak semula ke Queenstown. Lalu jalan jauh sikit, ikut Cromwell dan singgah Arrowtown. Arrowtown ni bandar historic, dibuka semasa zaman2 penempatan awal mat saleh di South Island.
 

Arrowtown

Kami tiba di Queenstown dah malam… Check in semula di Lakeview Holiday Park. Malam tu memang penat. Semua tidur awal.

Here again!

 HARI 6
 
 Hari terakhir di New Zealand. Lepas check out dan beli tiket luge di kaunter tu juga, kami ke Skyline Luge & Gondola. Jalan kali je dari holiday park.
 
 Dari bawah, tukar voucher, then naik cable car ke atas bukit tu. Ambil helmet dan naik chairlift pulak untuk luge ride!

Ready boys?

Anak-anak ni memang kaki luge. Dah habis luge Skyline kawasan timur ni depa conquer… Sentosa, Rotorua, Queenstown… Tinggal Kanada je belum. Harap2 sempat rasa yang di Kanada pula. Luge paling best kat Queenstown ni lah. Scenery dia… Superb!

Best sangat trek sini

Masa ni tengah mengandungkan Irene 2 bulan lebih. Tak kira nak main juga!
 
 Siap je main luge, turun bawah, makan tengahari dan terus bertolak ke airport. Cuaca pun dah bertukar dari cerah ke mendung. Seolah-olah melambai kami pulang ke tanahair.
 
 Jam 4.50 petang, kami bertolak dari Queenstown ke Sydney dengan pesawat Virgin Australia. 

Sehari di Sydney, jalan-jalan duluuu

Bye bye New Zealand! Jumpa lagi 5 tahun!
 

 TIPS RINGKAS KE QUEENSTOWN:
 
 Kenderaan :
 
 1) Sewa kereta atau motorhome kalau nak jalan jauh-jauh. Tapi ada area restricted untuk motorhome. Maksudnya kalau jadi apa-apa insurans tak cover.
 
 2) Kalau travel solo atau berdua, boleh cuba hitchhike!
 
 Internet:
 
 1) rate internet di New Zealand SANGAT MAHAL. Sewa mifi dari tanah air lebih berbaloi. Travel Recommended memang recommended!
 
 2) Holiday parks mengenakan bayaran untuk guna wifi. No free wifi yar.
 
 Makanan:
 
 1) Satu hidangan kebab wrap dalam NZD8, dengan nasi NZD18.
 
 2) NZD18 boleh beli stok beras, telur dan bahan mentah untuk makan sehari di supermarket untuk sekeluarga.
 
 Solat :
 
 1) Bandar-bandar macam Queenstown & yg lagi kecil darinya memang tak ada lah kalau nak cari surau.
 
 2) South Island ada banyak tempat piknik dan tempat rehat… Boleh solat atas rumput je. Bersih!
 
 Pakaian :
 
 1) Musim bunga cuaca sejuk dan selalu hujan. Jadi bawalah pakaian yang bersesuaian.
 
 Aktiviti :
 
 1) Queenstown sangat kaya dengan aktiviti. Macam2 benda tersedia untuk seisi family. Dari yang paling ringan kepada yang paling extreme.
 
 Musim sakura:
 
 1) Bermula minggu kedua bulan September dan berlangsung selama 2 minggu.
 
 Enjoy Queenstown!
 
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Itinerary 6 Hari di South Island New Zealand”

  1. azirafakmal Avatar
    azirafakmal

    Best 👍👍👍👍

  2. emalin mohd Avatar

    Baca pun dah best belum pergi lagi

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    best baca, kalau ada gambar lagi cun

  4. mirah Avatar

    Ya bacapun dah rasa seronok. Nak tengok gambar pula please… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge