Anak saya Danny, pelik sikitlah berbanding abang-abangnya. Mula memusingkan badan (meniarap) di usia 3 bulan, tapi tak bergerak ke depan gaya komando, sebaliknya ‘gaya ulat’.
Sampailah sekarang pun, dia dah belajar angkat badan nak merangkak, tapi kaki belakang diluruskan instead of bergerak dengan lutut. Masih ulat jadinya. Tapi ulat ulat pun, laju juga.
Sedang mengajar Danny duduk, tapi beliau lebih senang duduk dalam keadaan melutut, senang nak ber’ulat’ barangkali 🙂
Tapi walau macamanapun Danny ramai peminat, kerana sifatnya yang asyik senyum saja. Orang sembang dengan orang lain, dia yang senyum-senyum. Di rumah suka ‘memaksa’ saya membelekkan buku untuknya.
Alhamdulillah, dah 6 bulan usia Danny. Baru cuba-cuba rasa semi-solids. Abiy pun dah belikan container untuk bawa makanan Danny ke taska 🙂
Leave a Reply