12 tahun lalu, saya dan kawan2 menonton filem Final Destination di bilik asrama. Malam tu saya ada latihan silat menggunakan pisau. Gagal total! Trauma dengan scene Final Destination tu, terbayang2 yang mati kena tusuk pisau. Natijahnya ilmu persilatan tak sampai peringkat pro, gara2 fobia senjata tajam!
Tapi tak serik2 nak tengok juga FD 2, FD 3, FD 4 tak sempat, now husband ajak tengok Final Destination 5.
Filem ni juara carta filem paling horror, lebih horror dari filem2 hantu Indon dan hantu Thailand. Dia punya ‘cara mati’ sikit punya real dan sangatlah GILA.
haHa, mungkin tu la sebabnya ia menjuarai carta filem horror, sebab terasa kematian ‘terlalu dekat’. Hehe, insaf sekejap bila terkenang ‘macam tu pun boleh mati?’. Seminggu tu mengamalkan segala safety first, siap gas dapur periksa 2-3 kali make sure tak bocor 😀
Kepada yang tak pernah tengok filem Final Destination, ia adalah tentang sekumpulan orang yang sepatutnya mati dalam satu insiden, tapi survive kerana salah seorang dalam kumpulan tu mengalami ‘vision’ yang mana dia boleh nampak kejadian yang bakal berlaku yg meragut nyawa diorang. So, bila kawan ni dah ada vision, dia bertindak utk selamatkan semua orang.
Then, kononnya sebab dah ditakdirkan mati tapi tak mati, maut tu terus mengejar diorang one by one, dalam pelbagai kejadian yang SANGAT HORRIBLE! Huwaaa nak termuntah kalau ingat balik.
Until dapat solve-kan riddle untuk menghentikan buruan maut tu.
Final Destination 5, sama je lah macam yang lain2 tu, horrible gilos. Tapi yang paling best ada yang involve dengan LASIK! Membuatkan ku fikir 5-6 kali untuk LASIK 😛 har har har, bukan takut mati, tapi the way they showed how LASIK procedure could make you lost your sight and life,….. kalau doktor tinggalkan bilik tu uhuhuhu.
And, menarik lagi, FD 5 ni ada connection dengan FD yang mula2 dulu.
Secara konsepnya filem ni memangler merapu, tapi kalau nak cari filem ‘leisure’ yang boleh membuat tekak loya dan rasa nak terkeluar biji mata & isi perut boleh lah tengok. Ngee~~~ uweekkkk!
Leave a Reply