Emily Cerekarama TV3 21 Ogos 2010

admin Avatar

Emily dalam Slot Cerekarama TV 3 dibintangi oleh Adi Putra sebagai Uria dan Nabila Huda sebagai Emily.

SINOPSIS:

Mengisahkan Uria yang menerima wasiat teman baiknya lakonan Jehan miskin agar menjaga adiknya Emily yang baru berumur 18 tahun sekiranya beliau tiada lagi di dunia, dengan mengambilnya sebagai isteri.

Emily dan Uria bernikah tanpa rasa cinta dan berjanji untuk bercerai selepas 6 bulan berkahwin. Sementelah Emily sanggup mengahwini Uria kerana tidak mahu tinggal dengan pakciknya.

Emily mengenakan pelbagai syarat sepanjang pernikahan mereka termasuk tidur berasingan, Uria perlu membuat kerja rumah dan berjanji menceraikannya selepas 6 bulan. Emily pula meneruskan kehidupannya sebagai remaja yang suka main muzik dan sebagainya.

Pelbagai situasi berlaku dalam rumahtangga yang tak macam rumahtangga tu. Akhinya sekian lama ia membawa kepada bibit cemburu di hati Emily tetapi tidak mahu mengakuinya, begitu juga dengan Uria yang jatuh hati dengan Emily. tapi keduanya tidak mengaku bahawa masing2 dah ada perasaan, walhal ia dah disedari oleh makcik Uria, Ruby lakonan Natasha Hudson.

Akhirnya masa 6 bulan berlalu. Emily berubah dari seorang remaja yang kurang ajar menjadi lebih bersopan dan menunaikan solat jemaah dengan Uria. Mereka menjalani makan malam terakhir sebelum Emily meninggalkan rumah dan memutuskan untuk putuskan hubungan mereka……

Esok pagi ada tercegat depan rumah dan balik semula so happy ending.

KOMEN SAYA:

Sejak2 ramai bercakap tentang Emily saya sebagai pengkritik drama Melayu ada sedikit keterujaan untuk menonton sama memandangkan saya tak sempat tengok trailer. Maklumlah, sibuk tak ingat dunia (sebab duk ingat akhirat je 🙂 ). Bila tengok starting drama Emily ni saya dah dapat agak dah jalan cerita & ending cemana. Harus ada yang beri wasiat, meninggal, kahwin dalam keadaan tak suka then last2 bahagia happily ever after. Maka tepatlah ramalan ku 🙂

Drama ringan yang ada unsur2 lawak especially bila tengok rupa Adi Putra yang serius tapi dialog kelakar, oh itu memang lawak.  Well cerita tipikal lah, cuma mungkin olahan dia agak berbeza sikit tapi storyline, dari awal sampai ending dah boleh agak.

Namun, sebagai pengkritik memang kena ada kritikan membina (Ehhh macamla Erma Fatima baca blog kau!)

  1. Institusi perkahwinan dibina atas dasar nak bercerai selepas 6 bulan? Mudah kan. Tak hairanlah kahwin cerai memang dah jadi perkara biasa sekarang. kalau lah itu yang disuap, itulah yang dimakan. Bukan selepas sebulan lafaz “I cerai you lah”, tapi belum akad nikah lagi dah plan nak cerai lepas 6 bulan.
  2. Masih dalam institusi perkahwinan.. peranan suami dan isteri. Kita kena ingat kita ni hamba Allah, tanggungjawab kita bukan saja kepada sesama makhluk tapi pada Allah juga. Allah dah tetapkan tanggungjawab suami sekian2, tanggungjawab isteri sekian2… bukan sahaja menzalimi each other bila tak memenuhi tanggungjawab, tapi juga menolak apa yang telah ditetapkan-Nya.
  3. Wasiat wajib ikut ke? Elehh.. wasiat bapak/atok/abang sibuk nak ikut. Wasiat Nabi, berapa kerat je yang ikut? Ntah2 ramai yang tak tahu pun wasiat Nabi 🙂 Untuk rekod, Nabi SAW telah berwasiat dalam khutbah terakhirnya, antaranya menyebut bahawa manusia hendaklah berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, nescaya tak akan sesat selama2nya…. Kita? Nak berpegang kepada al-Quran.. pegang kitab al-Quran pun jarang 🙂 (Jarang pegang kitab tapi baca kut iPhone tu lain cerita).
  4. Suami dibuli isteri? Isteri buli suami?

Itu saja kot. Benda kecik2 kire lain lah. Biasalah, nama pun cerita Melayu.

Tapi apa-apa pun a drama is still a drama. Mana yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan. Adik2 yang nak kahwin tu jangan pulak awal2 dah decide nak cerai lepas berapa bulan berapa bulan… adoyai.

admin Avatar

7 responses to “Emily Cerekarama TV3 21 Ogos 2010”

  1. knv Avatar
    knv

    uria? pelik nya nama tu. nasib baik ejaan bukan urea hihihihihih 😛

  2. mila Avatar

    rumah tempat berlakon tu mmg superb la..rasanya dah 2-3 drama melayu before guna rumah tu n ada yg plot crita yg lebih kurang, serius..ada haritu, nor khiriyah ke haper pelakon dia, kawan soami dia dtg umah nk kacau dia jugak..oo..kolam renang dlm rumah..best toi
    .-= mila´s last blog ..Salleh Gregor Samsa Lawat Saya =-.

  3. Ummi Hanie Avatar

    me tergolak2 tgk lakonan nabila huda..

    i admit mmg suka tgk dia brlakon,dgn suaranya mcm tu..:)

    yup,a very nice house! nk kata classic idak juge..
    .-= Ummi Hanie´s last blog ..Hidup Seorang Blogger =-.

  4. sitisifir10 Avatar

    Satu nk komen pasal wasiat…mcm dlm epilog syurga cinta tu wasiat org ni kawin dgn org tu sungguh tak sesuai… dalam realiti wujud ke ek benda ni?? i mean Perdana Menteri suruh anak Menteri A kawin anak Menteri B time dah nazak?? sedangkan A dgn B tutakde kaitan pon…tp suruh kawin..rasa2 tak sahla wasiat lagu tu…

    plus..kalau kawin dan niat nak bercerai pun rasa mcm tak sah je nikah ke lagu mana ek??? kene tya ustat niii
    .-= sitisifir10´s last blog ..Jemput Masuk Giveaway Daku =-.

  5. nana Avatar
    nana

    sgt x best laaa citer tu… sgt ntah pape!!!

  6. nad Avatar
    nad

    whuhu..korang tahu tak ape lagu tema drama emily nie…
    mcm minat lak..hehehe

  7. peace no war Avatar
    peace no war

    ya allah!!! punyalah romantik..kot kot tgk last last uria tersentuh punggung emily haha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge