Hehehe. Nengok orang lain dapat award ni, last2 ada jugak kiriman dari Aussie 😀
Ini datangnya dari Umi Hassan a.k.a Rizza or Kak Rizza. Saya suka berkawan dengan kakak2 ni sebab rasa saya MUDA! Har har har.
Dan lagi ia jugak diberi oleh Encik Zufa dan Encik Zuhaini (mintak maaflah saya suka address kaum hawa sebagai ‘encik’. Nampak comel – Ajasu mesti tak suka nih hwa hwa hwa)
5 Fakta Menarik Tentang Pemberi Award Ini:
*Kak Rizza*
- Beliau suka kepada sejenis objek bernama ‘food’. Bukan suka makan tapi suka masak macam2 jenis kek, beskut, pizza, dan sebagainya. Seronoknye lah kalo beliau jadi jiran saya sure hari-hari saya pegi rumah dia mintak try resepi baru 😀
- Beliau sangat kretif dalam mendidik dan mengajar anak tunggalnya (setakat ni), Encik Hassan. Kalau dia duk sebelah rumah saya pun saya hantar Hafiy & Fahry ke rumah dia jela. Kwang3x~
- Beliau suka menegur saya di YM dengan emoticon sebegini = ‘:D’
- Beliau seorang yang bersemangat hendak melihat anak Melayu berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan.
- Beliau nampak macam lemah lembut je tapi brutal sebenarnya. Muahaha. Jangan maraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!!!
*Zufa*
- Seorang yang misteri. Semisteri blognya yang misteri. Tiada yang tidak misteri padanya melainkan yang misteri-misteri sahaja.
- Di sebalik kemisteriannya, beliau adalah seorang isteri. Dan juga seorang ibu kepada seseorang yang bakal menerima isteri dalam tempoh 25 tahun lagi.
- Beliau tidak ragu-ragu untuk melampiaskan perasaan di dalam lubuk hatinya yang misteri di dalam blog yang paling koman sekali sehari diupdate.
- Seorang pekerja yang berdedikasi walaupun sering berasa terbuli oleh keadaan di tempat kerja beliau yang sungguh misteri.
- Walaupun beliau misteri, namun beliau mempunyai panca indera ke-18 yang bergerak secara misteri dan dapat membaca personaliti seseorang secara misteri melaui jampi serapah misterinya.
*Zuhaini*
- Seorang blogger tegar dan pengkomen yang tegar. Pegi mana2 blog mesti ada komen dia.
- Kipas-susah-mati Edward Cullen. Saya pun tatau tang mana hensemnya Edward Cullen tu. Saya berdoa beliau nanti mendapat menantu muka macam Edward Cullen supaya besok2 boleh tayang muka menantu kat blog. Itupun kalau beliau masih lagi berblog dan teknologi blog masih wujud. Miahaha.
- Dulu saya selalu confuse antara beliau dengan Salzahari. Dua2 pakai spek dan nama anak hampir2 sama. Alia dan Aliah. Huhu.
- Seorang yang prihatin dan suka membantu rakan-rakannya. Juga seorang kakak yang baik. *Terima kasih hadiah utk Hafiy Fahry tuhari 😀
- Beliau suka membuat giveaway di blognya. Saya masih menunggu hadiah giveaway #2 baru ni. Huahuahua~
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya:
- Saya mempunyai masalah split personality yang tidak diketahui oleh sesiapa. Mungkin sebab saya Gemini jadi benda tu dah semulajadi dalam darahku. Taoi mujur kedua2 personaliti adalah baik dan bersopan santun.
- Saya pernah menjadi seorang yang pemalas dan teruk. Saya berangan menjadi Nobita sebab ada Doraemon yang boleh digunakan untuk meminta apa2. Tapi akhirnya saya sedar bahawa kemalasan itu tiada membawa ke mana-mana lalu saya mengubah sedikit demi sedikit. Sekarang saya adalah sedikit rajin.
- Saya cantik. Saya pernah berasa hodoh tapi kemudian saya terasa insaf dan sedar bahawa perasaan begitu bermakna saya mencela salah satu ciptaan Allah Yang Maha Kuasa. Walaupun mangsa celaan itu adalah diri sendiri tapi saya tetap sesuatu ciptaan-Nya. Macam mana kalau saya lukis sesuatu kemudian sesuatu itu berkata “Cemana kau lukis aku ni buruk gila!” mesti saya rasa bengang. Jadi, lebih baik saya mengaku saya memang cantik.
- Saya tidak suka membaca buku fiksyen. Masa kecil2 memang saya hantu fiksyen sampai hampir semua buku di kedai Muda Osman saya suruh mak beli. Tapi bila dah dewasa ni saya jadi tidak suka. Mungkin kerana saya tidak suka kisah khayalan (Mengaku je la tak suka membaca!)
- Ayah saya pernah pesan “Semua benda dalam dunia ni cuma tanggapan yang dianggap benar oleh orang yang mempercayainya”. Jadi saya percaya kepada diri saya sendiri.
- Saya pernah berangan untuk menjadi seorang ‘consultant’ freelance. Saya pernah mencuba tapi gagal. Tapi saya akan terus mencuba sampailah saya berjaya (Mintak maafla pada guinea pigs ku).
- Saya ingin menjadi seorang yang berdikari, berwawasan dan berjaya di dunia dan akhirat.
- Saya pemalu orangnya.
- Saya nak buat banner utk gath MSK tapi kenapa grafiknya tak keluar kat PC ni?
- Birthday saya bulan depan.
Jadi award ini saya serahkan kepada:
- Salwa Ibukauthar yang lately rajin update blog.
- Kak N yang selalu menjadi tempatku mengadu masalah dan tidak masalah.
- Amlynyx yang … yang… yang… yang~~~~
- Hasnor yang kukenali suatu ketika dulu tapi dah lama tak jumpa. Sekarang sedang berbadan dua untuk kali kedua.
- Munirah MOT yang busy dengan photomama & diaper cakenya.
- Kak Yah yang sentiasa bercahaya cahaya.
- Kak SitiSifir yang banyak benda sungguh dalam blog beliau baca 5 tahun pun tak tentu habis.
- Kak Yong yang sentiasa positif dalam apa jua keadaan melanda!
- Kak Emma yang masih meminta sedikit masa…
- Supermummy yang memang amazing blogger, siap kasik award sendiri lagi untuk amazing blogger. Ataukah beliau terdisqualify?
- Salzahari yang sibuk benar nampak sekarang nih! Agaknya sebab kes H1N1 kat situ ke?
- Erynn. Sebagai penyuntik semangat untuk terus berblog secara serius.
Alamak, terlebih sudah! Sekian terima kasih.
***mtk maaf saya tak letak hyperlink sebab si kecik saya tak sihat, ni main tulis asal siap je..
Leave a Reply