Kami jarang tonton Cerekarama tapi bila tengok teaser Dalil Cinta ni, terasa macam best untuk difollow (oh, Fahrin Ahmadku dah pergik!). Kebetulan kami balik rumah Tok Ma.
Cerita ni lain dari yang lain.
Mengisahkan sepasang remaja yang berchenta bagai nak rak. Si perempuan, Nisa (lakonan Sharifah Amani) masih belajar while si lelaki, Zareef (lakonan Fahrin Ahmad, aww~) seorang mekanik.
Gadis kota yang moden, Nisa langsung tak tahu buat kerja rumah. First time pegi rumah mak Zareef dah tipu2 cakap dia masak walhal suruh akak gerai ikan yang masak. Wah, memang tak boleh blah budak ni!
OK ringkas cerita, derang mintak kahwin, parents izinkan, so dalam keadaan gila2 remaja tu kahwinla.. Memangle byk insiden kantoi tak tau masak, tak kemas rumah, etc.
Finally dah tak tahan sangat derang berpisah. Yela mana tahan beb balik umah harapkan isteri sediakan ape2 tapi dia plak kena kemas rumah masak megi segala..
Tapi biasalah akhirnya happy ending, si istri insaf, mula belajar urus rumahtangga dgn mak mentua.
Pengajaran:
– kita mak kenala galakkan anak2 tolong2 buat keje rumah dr kecik. Biorla tak ikut standad kita pun, utk latihan drg gak. Dh beso kang tak tau wat keje umah kte gk susah.
– anak2 remaja ni pantaula aktiviti derang. Nak becinta ke apa, biarle berpada. Ni apa kes mak ayah tak kisah anak bergomol2 depan rumah dgn bukan mahram.
– kahwin muda bagus tapi pastikan BERSEDIA!
– jgn ingat kawin tu senang nak love2 je ok! Besar tanggungjawab.
– mak bapak memang tak patut sibuk hal anak2 yg dah kawin tp memang patut bantu supaya rumahtangga anak2 kita aman seadanya.
– suami kena bijak tangani kepala isteri yang tak berapa betul.
– jangan tipu mak bapak.
Tak larat nak taip dah pkai henpon ni! Tp apepun mmg best!
Leave a Reply