Pengalaman Umrah-Ziarah-Istanbul – PART 4

Setelah berada di Mekah selama 5 hari dan menggemukkan badan (semoga pahala juga gemuk!), kami menamatkan kembara umrah & ziarah Kota Mekah kami untuk meneruskan ibadah jaulah melihat kebesaran Allah ke Turki pula. Di Mekah, alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna, semoga ibadah umrah kami juga diterima oleh Allah dengan sempurna. Berat hati nak meninggalkan Kota Mekah, kota yang penuh barakah, dinaungi malaikat, tidak disinggahi dajjal dan terdapat batu syurga di tanahnya. Bumi … [Read more...]

Pengalaman Umrah-Ziarah-Istanbul – PART 3

OK kita sambung perjalanan. Setelah melawat tempat2 bersejarah di Madinah, termasuk 'melontar uwang' di pasar kurma dan kedai2 menjual abaya T___T ziarah widak sebagai tanda selamat tinggal kepada Rasulullah. Menurut salah seorang jemaah kami, kenapakah bandar Madinah dan Masjid Nabawi begitu istimewa, kerana dikatakan Rasulullah sebenarnya 'masih ada'. Walaupun Baginda sudah wafat namun di hati penduduk Madinah, Rasulullah 'masih ada'. Kerana itu cinta dan kasih kepada Rasulullah tertumpah di … [Read more...]

Pengalaman Umrah-Ziarah-Istanbul – PART 2

Kami tiba di Hotel Oberoi pada waktu petang. Hotel ni memang sangat dekat dengan Masjid Nabawi, berapa langkah je dah sampai. Dan sangat dekat dengan pintu pagar serta pintu masuk jemaah wanita. Tapi sayangnya saya terlepas beberapa waktu solat jemaah dan ziarah ke Makam Rasulullah.. itulah kisah yang saya nak ceritakan. Gara-gara tertidur sepanjang perjalanan ke Doha, saya cuma dapat mengepam susu di airport Doha. Di tempat duduk-duduk sambil tunggu penerbangan seterusnya. Akhirnya saya telah … [Read more...]

Pengalaman Umrah-Ziarah-Istanbul – PART 1

Siapa ada pernah dengar tentang 3 panggilan Allah kepada hamba-Nya? OK saya ringkaskan saja.. Allah memanggil kita dengan 3 panggilan: (1) Azan (2) Umrah/Haji (3) Kematian Panggilan pertama kita jawab dengan solat. Panggilan kedua kita jawab dengan berihram dan lafaz "Labbaikallahumma labbaik.." Panggilan ketiga kita dah tak boleh jawab dengan lisan. Alhamdulillah, saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjawab panggilan-Nya yang kedua. Panggilan kedua ni dia special sikit, tak macam … [Read more...]

Pengalaman Umrah – Ziarah – Istanbul

Beberapa minggu yang lepas, blog saya ni ada masalah, tanpa saya menyedarinya. Ini kerana saya berada di Tanah Suci ketika itu. Alhamdulillah, akhirnya tercapai hajat saya untuk membawa suami menjalankan ibadah umrah, menziarahi Rasulullah & para sahabat, serta mengunjungi antara tempat penting dalam sejarah Islam yakni Istanbul atau nama lamanya Kota Konstantinopel. Insya-Allah saya akan berkongsi pengalaman saya bersama pembaca My Super Kids. Semoga pengajaran buat saya dan kita semua juga … [Read more...]