Ramai yang dah alaminya… Blog yang kita tulis sekian lama, sekali dah tak wujud, kerana di-delete oleh blogging service provider. So, apa yang anda buat? Buat blog baru? Atau hantar email kepada mereka menanyakan sebabnya?
OK, sebelum itu saya nak kongsikan extract dari T&C Blogger.com tentang blog-blog berlambangkan blogspot yang mereka boleh delete:
(1) Adult Content (Porno) – Blogger benarkan buat blog porno tapi kena mark blog sebagai ‘Adult’ dalam settings. Tapi tak boleh link-kan blog tu ke website porn.
(2) Child pornography: We will terminate the accounts of any user we find publishing or distributing child pornography. We will also report that user to the authorities – Haaahhhhaaa siap nak report tu OK so jgn suka2 hati.
(3) Paedophilia – jangan tulis blog yang menggalakkan orang terangsang nafsu terhadap budak2.
(4) Hate Speech – Boleh nak tulis apa saja tapi jangan cross the border misalnya berbau perkauman.
(5) Crude Content – tak ada tulis apa2 tapi gambar2 mangsa kena tembak je.
(6) Violence – jangan tulis blog bersifat ugutan
(7) Copyright – Google sangat jaga bab copyright ni. Sebab tu jenis copy-paste artikel orang boleh menjatuhkan ranking.
(8) Personal and confidential information – Misalnya letak nombor kad kredit orang lain.
(9) Impersonating others – sekali baca macam Najwa Latif, tapi sekali rupanya Latif Borgiba.
(10) Illegal activities – jual beli dadah di blog? Memang cari pasal.
(11) Spam – Misalnya takde isi tapi penuh dengan iklan semata2
(12) Malware and viruses: Sengaja buat blog nak ‘kongsi virus’.
12 perkara di atas, terang2 dah Blogger.com ada hak nak delete.
Tapi kalau tak buat benda di atas? Macamana kalau kena delete jugak? Well, consider:
– isi yang kita tulis dalam blog
– gambar yang kita upload
– loyal reader yang kita ada
Layak ke kita nak dok diam saja?
Untuk pengguna Blogger.com, anda sebenarnya boleh restore blog yang kena suspend dengan diorang ni. Samada blog kena delete, atau kena lock. Macamana?
Mula2 submit blog URL kepada Blogger.com KLIK SINI UNTUK SUBMIT URL
Lepas tu tulis report kepada Blogger untuk membuat rayuan agar penutupan blog kita ditarik balik KLIK UNTUK TULIS REPORT KEPADA BLOGGER.COM
Sebelum tu sila baca Terms & Condition Blogger.com betul2. Then follow up lah, harap2 dapat baliklah blog tu. Dapat balik ke? Saya takde pengalaman.. Sejak pindah dari blogger.com ke Hafiy Hosting, blog2 lama tu ada je lagi.
OK, kenapa pula title entry ni Blogger Saman Friendster ?
Ini adalah kerana blog kawan saya yang bertapak di Friendster telah di-remove tanpa sebarang notis, tiada violation T&C (entahlah, T&C yang lama diorang dah buang sejak berpindah milik kepada company Malaysia).
Walaupun bloghosting itu FREE, tapi mereka tak boleh suka2 hati delete blog orang. Dan… Apa yang jadi pada content dan gambar2 semua tu? Siapa boleh jamin tiada penyelewengan? Apa kalau kita tumpang rumah orang, tuan rumah boleh buat sesuka hati?
Saman? Ya, kawan saya pemilik blog asiahaj.blog.friendster.com bersama dengan peguamnya kini.. Beliau sudah berhubung dengan pihak Friendster tapi tiada jawapan yang kukuh hingga kini. Malang juga sebab tak ada undang2 yang melindungi blogger. Cybersecurity… Guidelines je lah tapi dalam kes macam ni blogger kena tunduk sebab platform free?
Anda macamana? Yang blog pernah kena delete? Adakah anda fikir apa yang kami fikir?
Sila LIKE & SHARE kalau anda rasa pembelaan terhadap penulis blog adalah wajar.
Leave a Reply