Blog Teman Wanita @ Girlfriend Khairul Fahmie Popular Mendadak

admin Avatar

Saya rasa saya dah cukup dewasa (tua) untuk mengikuti perkembangan dunia remaja ni. Selepas Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 Lepas Menang Lawan Indonesia, saya dah tak ada tindakan lanjutan untuk mengenali siapa Khairul Fahmie, Safee, Norshahrul Idlan, dan sebagainya, secara peribadi. Walaupun ramai yang menghantar email ‘forward’ tentang siapa teman wanita a.k.a. girlfriend Khairul Fahmie yang popular itu, saya tak kisahlah.

Tapi bila adik ipar saya datang ke rumah dan menunjukkan blog kepunyaan Elia (teman wanita Khairul Fahmie), saya rasa teruja pula. Bukan apa, tulisannya sungguh tulus tentang pengalamannya, perasaannya dan Khairul Fahmie sendiri. Yang paling best bila beliau tiba-tiba popular mengalahkah artis.

Dipetik dari blog beliau (blognya http://jejariruncing.blogspot.com)

teman wanita khairul fahmie

Mungkin lepas ni boleh pakat usha pemain bola sepak kebangsaan (atau negeri) pula, mana tahu boleh tumpang glamour 🙂

Menurut akhbar, nama-nama isteri dan teman wanita pemain bola sepak kebangsaan ni menjadi sebutan ramai sejak kejayaan besar tersebut, hinggakan diumpamakan sebagai WAGs (wives and girlfriends) bintang bola sepak England. Wah, lepas ni ada lah yang bakal jadi David Beckham Malaysia atau Christiano Ronaldo Malaysia. Bukan saja lincah di padang tapi jugak aktif dalam bidang modelling (dan gossip?).

Pesanan Dato’ Seri Najib kepada pemain pasukan kita

Tahniah dan terima kasih kepada skuad negara atas kemenangan ini kerana ia secara tidak langsung menebus kekecewaan skuad 1996. Bukan mudah untuk mencapai tahap seperti ini. Cuma ingatan saya selepas ini jangan mula lupa diri, sebaliknya teruskan kecemerlangan ini untuk tempoh yang lebih lama kerana peluang barisan muda yang ada ketika ini cukup cerah pada masa depan.

Begitulah kehidupan, bila kita hebat, kita akan disanjung. Sampai orang-orang keliling kita pun akan merasa tempiasnya. Bila kita biasa-biasa, mungkin ada yang sanjung, dan ramai yang tidak. Bila kita tak hebat langsung, nak kata sanjung tu jauh, kena hina tu mungkin ya.

Apa-apa pun kita cuma manusia. Orang kata hidup umpama roda, bila kita berada di bawah, bukan mustahil kita akan naik ke atas jua. Bila kita sudah di atas, tak pelik kalau tiba-tiba kita jatuh ke bawah. Tapi setiap kenaikan atau kejatuhan tu ada hikmah tersendiri.

Mana tahu blogger yang rasa tak popular/tak famous tiba2 dapat durian runtuh macam Elia kan 😉

Selamat meneruskan penulisan blog di tahun baru!

Tagged in :

admin Avatar

8 responses to “Blog Teman Wanita @ Girlfriend Khairul Fahmie Popular Mendadak”

  1. Ummi Hanie Avatar

    nk suruh hubby main bola sepak pasni..apa macm? keh3x…
    takmolah..nnti kena rebut plak…tak rela you … ;p

  2. aanie Avatar

    mungkin kena train hubby kite main bola sampai femes…nanti ramai la yg akan cari blog x femes kita ni…hehe..blh gitu??

  3. Lisa Hz Avatar

    serious.. lisa pn salah sorang yg menjengah blog gf KFCM jumaat lps. haha. lps jenguk tu tetibe gelak sesorang.. ape bende lah aku buat hari ni.. mcm xde keje sgt je.. haha =D

  4. ayuarjuna Avatar

    silalah kutuk saya…saya kenal elia dulu sebab dia pamos (ramai yg canang url blog die) baru saya tahu saper itu fahmi….huhu

  5. nanak Avatar

    hubby main bola takat pskpps je..takpelah..ekekekeee

  6. fid Avatar

    hihihihihi…..tuah manusia kan……

  7. Asiah Abd Jalil Avatar

    Tak mau la pemain bola sepak! Depa tak tutup aurat! Aci tak? 🙂

  8. cik tiniey Avatar

    best jgk jd gf@wife org terkenal ni…hihihi

    de pro n kontra nye jgk..kn mommy?;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge