Tekejut tengok orang2 berkopiah hitan+lilit putih (pakaian berkabung) tayang2 kad manila di TV tadi. Apakah? Demo apakah itu?
Rupanya demo suarakan kekecewaan kerana ada blogger yang menulis entry menghina Almarhum Sultan Iskandar. Entrynya memang mengguris lah bagi anak jati Johor (agaknye lah).
Orang kata dulu2 kalau kerabat di Raja dihina, akan terkena tulah. Zaman sekarang tulah tidak berbisa lagi. Mungkin sebab rakyat pun kurang mengenal raja2 sebab sibuk hafal lirik lagu (nak masuk AF gamaknya, ke jangan lupa lirik). Saya kenal sultan saya dgn anak2 dgn kerabat Baginda lagi okeh!
Blog mana? Dah delete pun blognya. Atau dah tukar URL kot. Usah diingat2 benda yang mengaibkan semua pihak. Dari blog2 yg mengulas isu ni, banyak komen yang gunakan perkataan kesat which makes the other side pun 2×5 je kekdahnya.
Sekarang banyak benda terjadi which is dunno hasil dari apa… Keterbukaan? Kebebasan bersuara? .. Pembakaran surau dan gereja.. Menghina sultan (yang dah mangkat).. Atau mungkin isu2 ni sengaja disensasikan supaya kita lupa tentang harga gula yang dah naik dan skim subsidi petrol baru yang bakal dilancarkan Mei ini. Hahaha.
Leave a Reply