Hari ini Encik Bos yang hensem (asal Bos je mesti hensem :D) telah menawarkan sesuatu yang susah nak dijawab. Persoalannya panjang berjela la tapi secara makhluk halusnya, maksudnya lebih kurang gini saja:
Kau nak karier ke keluarga?
Kalau lah beliau menawarkan benda semacam ni tahun lepas, atau 2 tahun lepas, tanpa ragu2 saya akan jawab “KELUARGA”. Tapi di tahun yang gemilang ini, agak ragu2 jugak untuk memberi jawapan muktamad.
Saya terdiam buat beberapa ketika.
Saya kena pikir dalam2 duluh.
Kerana ape? Sebab saya kerja untuk keluarga. Saya ni bukan tahap pandai macam dewata raya atau kaya macam Yap Kwan Seng (Entah sapa Yap Kwan Seng tu tapi sebab hari2 lalu Jalan Yap Kwan Seng, saja2 je nak includekan nama beliau dalam cerita ini) atau banyak masa terluang untuk bekerja secara seronok2 dan mengisi masa lapang. Secara kasarnya saya bekerja untuk meningkatkan kecekapan dan secara kasarnya untuk duitlah. Duit untuk apa? Untuk menyara keluarga.
Secara makronya, keluarga adalah objek terpenting kerana asas saya berkerja adalah untuk menyara kehidupan mereka. Walaupun sebenarnya saya cuma supporting actress saja (breadwinner yg utama haruslah sang suami) tapi tanpa peranan saya memang sakit jugak si breadwinner tersebut. Tapi secara mikronya, untuk terus bekerja, haruslah pandai buat kerja. Kalau kta jadi bos pun, mesti nak pekerja yang pandai, bukan yang mengabihkan boreh ajo. Tak payah jadi bos kompeni besar ke apa, jadi bos pada Bibik dah cukup. Bayangkan kalau Bibik anda yang diberi gaji 500 tu buat kerja cikai2, takde ke rasa nak baling penyapu ke muka dia?
So semuanya ada interconnection. Keluarga-kerjaya-komitmen dalam kerja.
Sekarang ini ada syarikat mula mengamalkan konsep yang digunapakai oleh kompeni GE (General Electric). Six Sigma dah lama, yang latest ni implementation of 10% bottom yang diberi rating paling teruk. Bole cari mana2 buku pasal GE untuk tau sistem ni dengan lebih lanjut. Menurut sumber saya di GE, saban tahun, ada beberapa kerat makhluk GE akan dipecat selepas menerima rating yang paling teruk beberapa kali. Tapi kemudiannya mereka2 ni boleh pulak buka kompeni sendiri/jadi CEO kompeni lain. Kenapa? Bukan sebab kena khianat, tapi betapa terernya makhluk2 GE tu sampaikan yang kena pecat sebab tak perform pun boleh jadi CEO kat tempat lain.
Ntahlah saya pun tak tahu betul ke tak, dah orang GE tu cakap gitu, betul la agaknya kan.
So nak tak nak tak boleh kerja sambil lewa. Nak kene rating teruk lalu tak dapat increment dan bonus? Atau nak kene pecat? Kalau dah kena mana2 di atas tu, apa pulak jadi pada famili? Nak-nak pula kalau yang kena tu sole breadwinner. Kalau memang betul2 competent macam orang GE tu tak apa, bole pegi tempat lain. Tapi kalau memang dah stok2 yang patut-dah-lama-kena-pecat-tapi-tak-pecat2-sebab-bos-kesian, agak2 sape yang nak amik kerja?
Melainkan kerja yang selalu ada shortage macam cikgu, doktor.. kemungkinan nak kena sack mungkin almost zero. Tapi employee dalam bidang2 berkait rapat dengan ekonomi ni tak boleh tolong lah kan. Economic down, pakat kena retrench ramai2. Economic boom, mula la shortage sana sini.
Ada orang kata ” Kerja tak penting, duniawi je”.
Tak tau dari mana dia belajar tu. Kerja tu ibadah, dan amanah. Paling tak pun, kita dibayar upah untuk buat kerja. Kalau kerja tak seberapa tapi upah full, agak2 apa kebenda macam tu? Kalau taknak kerja, awal2 jangan kerja kan. Dah kerja, peganglah amanah. Orang bayar upah, bukan kerja volenteer.
Saya bukan work oriented punya orang. Tapi memandangkan saya pun bekerja makan gaji je, tak bolehlah keja main2 kan. Kuasa bukan kat tangan kita. Paling2 pun kalau kena apa2, buat demo or report ke TB3… Tapi takde la dapat ape2 pon…
Jadi saya masih memikirkan untuk menerima tawaran Boss itu… (Tapi macam kena terima saja. Fikirkan lah macamana 5-6 tahun lagi bila kawan2 semua dah naik pangkat tapi kita masih level budak2 baru masuk. Tak boleh blah kan).
Pintu rezeki sentiasa terbuka tapi kena timbang juga nak masuk ikut pintu yang mana.
Leave a Reply