Bila Harus Memilih Antara Kerjaya Dan Keluarga

admin Avatar

Hari ini Encik Bos yang hensem (asal Bos je mesti hensem :D) telah menawarkan sesuatu yang susah nak dijawab. Persoalannya panjang berjela la tapi secara makhluk halusnya, maksudnya lebih kurang gini saja:

Kau nak karier ke keluarga?

Kalau lah beliau menawarkan benda semacam ni tahun lepas, atau 2 tahun lepas, tanpa ragu2 saya akan jawab “KELUARGA”. Tapi di tahun yang gemilang ini, agak ragu2 jugak untuk memberi jawapan muktamad.

Saya terdiam buat beberapa ketika.

Saya kena pikir dalam2 duluh.

Kerana ape? Sebab saya kerja untuk keluarga. Saya ni bukan tahap pandai macam dewata raya atau kaya macam Yap Kwan Seng (Entah sapa Yap Kwan Seng tu tapi sebab hari2 lalu Jalan Yap Kwan Seng, saja2 je nak includekan nama beliau dalam cerita ini) atau banyak masa terluang untuk bekerja secara seronok2 dan mengisi masa lapang. Secara kasarnya saya bekerja untuk meningkatkan kecekapan dan secara kasarnya untuk duitlah. Duit untuk apa? Untuk menyara keluarga.

Secara makronya, keluarga adalah objek terpenting kerana asas saya berkerja adalah untuk menyara kehidupan mereka. Walaupun sebenarnya saya cuma supporting actress saja (breadwinner yg utama haruslah sang suami) tapi tanpa peranan saya  memang sakit jugak si breadwinner tersebut. Tapi secara mikronya, untuk terus bekerja, haruslah pandai buat kerja. Kalau kta jadi bos pun, mesti nak pekerja yang pandai, bukan yang mengabihkan boreh ajo. Tak payah jadi bos kompeni besar ke apa, jadi bos pada Bibik dah cukup. Bayangkan kalau Bibik anda yang diberi gaji 500 tu buat kerja cikai2, takde ke rasa nak baling penyapu ke muka dia?

So semuanya ada interconnection. Keluarga-kerjaya-komitmen dalam kerja.

Sekarang ini ada syarikat mula mengamalkan konsep yang digunapakai oleh kompeni GE (General Electric). Six Sigma dah lama, yang latest ni implementation of 10% bottom yang diberi rating paling teruk. Bole cari mana2 buku pasal GE untuk tau sistem ni dengan lebih lanjut. Menurut sumber saya di GE, saban tahun, ada beberapa kerat makhluk GE akan dipecat selepas menerima rating yang paling teruk beberapa kali. Tapi kemudiannya mereka2 ni boleh pulak buka kompeni sendiri/jadi CEO kompeni lain. Kenapa? Bukan sebab kena khianat, tapi betapa terernya makhluk2 GE tu sampaikan yang kena pecat sebab tak perform pun boleh jadi CEO kat tempat lain.

Ntahlah saya pun tak tahu betul ke tak, dah orang GE tu cakap gitu, betul la agaknya kan.

So nak tak nak tak boleh kerja sambil lewa. Nak kene rating teruk lalu tak dapat increment dan bonus? Atau nak kene pecat? Kalau dah kena mana2 di atas tu, apa pulak jadi pada famili? Nak-nak pula kalau yang kena tu sole breadwinner. Kalau memang betul2 competent macam orang GE tu tak apa, bole pegi tempat lain. Tapi kalau memang dah stok2 yang patut-dah-lama-kena-pecat-tapi-tak-pecat2-sebab-bos-kesian, agak2 sape yang nak amik kerja?

Melainkan kerja yang selalu ada shortage macam cikgu, doktor.. kemungkinan nak kena sack mungkin almost zero. Tapi employee dalam bidang2 berkait rapat dengan ekonomi ni tak boleh tolong lah kan. Economic down, pakat kena retrench ramai2. Economic boom, mula la shortage sana sini.

Ada orang kata ” Kerja tak penting, duniawi je”.

Tak tau dari mana dia belajar tu. Kerja tu ibadah, dan amanah. Paling tak pun, kita dibayar upah untuk buat kerja. Kalau kerja tak seberapa tapi upah full, agak2 apa kebenda macam tu? Kalau taknak kerja, awal2 jangan kerja kan. Dah kerja, peganglah amanah. Orang bayar upah, bukan kerja volenteer.

Saya bukan work oriented punya orang. Tapi memandangkan saya pun bekerja makan gaji je, tak bolehlah keja main2 kan. Kuasa bukan kat tangan kita. Paling2 pun kalau kena apa2, buat demo or report ke TB3… Tapi takde la dapat ape2 pon…

Jadi saya masih memikirkan untuk menerima tawaran Boss itu… (Tapi macam kena terima saja. Fikirkan lah macamana 5-6 tahun lagi bila kawan2 semua dah naik pangkat tapi kita masih level budak2 baru masuk. Tak boleh blah kan).

Pintu rezeki sentiasa terbuka tapi kena timbang juga nak masuk ikut pintu yang mana.

Tagged in :

admin Avatar

30 responses to “Bila Harus Memilih Antara Kerjaya Dan Keluarga”

  1. nadnye Avatar

    Sama la kita, bila ada sesuatu berlaku dan kene buat keputusan camnie, susah juga, nak telan mati mak nak luah mati anak…. Berdoa dan mengharap pada NYA agar keputusan yang dibuat sekarang nie adalah terbaik
    .-= nadnye´s last blog ..Fadhilat Puasa Enam.. =-.

  2. izzah Avatar

    Kadang-kadang kalau fikir..memang nak duduk rumah saje..jaga anak dan nampak anak besar depan mata..tp bila fikir balik..anak juga perlu duit utk membesar..zah pernah susah dan zah tak mahu anak zah merasa kesusahan itu..sebab itu zah keje kak..

    p/s:ni nak kena kursus 3 minggu..aduhai hati…sedih nya hati
    .-= izzah´s last blog ..Lagi buat saya senyum… =-.

  3. ainerza Avatar

    dalam keadaan sekarang kedua-duanya sama penting…dah x boleh nak pilih…yg penting kita kena la pandai membahagikannya sama rata agar kita x kecundang…wallalaaahhhh
    .-= ainerza´s last blog ..Bila baca…Pop kuiz =-.

  4. salzahari Avatar
    salzahari

    kenapa boss u tetiba tanya begitu? tp kena fikir jugaklaa…i rasa u masih competent and he shouldn’t ask that question too early.baru je u masuk 2 days, nnti tanya la bila dah 1-2 months!

    kebanyakan kita memang kerja utk support husband…kalau kita x keja, kesian husband budget tight. dilemma betul !!

  5. littlemama Avatar

    lyna, soalan cepumas bagi mak-mak budak nih..

    kerja ke.. family ke?

    before ada anak me pilih kerja.. sebab tu tak kisah balik sampai tengah malam, kena hantar training oversea berbulan2, buat keje ofis kat rumah… sampai mimpi pun semua pasal keje… (mimpi ngeri la tu) ha..ha..ha

    lepas ada anak.. of course family! pulak tu dapat boss (Korean) yg selalu cakap ‘family comes first’… hoh.. apa lagi.. me pun pegang la apa dia ckp…

    pukul 5 sharp cabut dah! mana ada stay lebih pukul 5… kalau ada keje yg urgent me rela sambung kat rumah lepas izzah tido.. nasib la company ni sistem dia globally online.. so boleh connect ke sistem ofis di mana-mana… alhamdulillah!

    hubby ada kata why not me apply keje jadik manager ke/CFO ke.. tapi me tak nak… lebih rela pangkat tak glamer asal me boleh balik pukul 5.. kalo dah keje big pangkat kena la comitted dan tunjuk contoh kat org bawahan.. takkan minta staff keje overtime tapi boss pkl 5 sharp cabut? takkan nak tolak bila big boss suruh out-station to represent him? nama pun pangkat besar…ha..ha

    for me, family first… the rest can wait.
    .-= littlemama´s last blog ..Apa Rasanya Menang Contest? =-.

    1. neeza79 Avatar
      neeza79

      saya sangat sokong.. sebab tu bile org lain berebut nak exam ptk, nak apply hlp, nak naik pangkat.. i just take my own sweet time while sipping my cup of tea.. for me, big pangkat come with big responsiblity..

      biar jela my abang yang kejar itu semua lagipon dah jd tanggungjawab dia pon.. me cukupla sekadar menolong serba sedikit – paling utama anak-anak dan rumahtangga (itu memang tanggungjawab me)..
      .-= neeza79´s last blog ..Kasih sayang bukan duit =-.

  6. Ms Lola Avatar

    my boss tak hensem. dah le tak hensem, takde attraction langsung! camne nak bahagia keja macam ni? 😛
    .-= Ms Lola´s last blog ..Rasa Nak Makan Ini =-.

    1. mama shmontel Avatar

      ROTFLMAO!!!
      sgt menarik comment ni. i suka! hahaha
      .-= mama shmontel´s last blog ..Pregnancy massage =-.

  7. nadiea Avatar

    saya setuju laaa dgn little mama… kdg2 terpikir, aku ni taknak keje kat comp beso… dpt gaji beso… dpt bonus byk… hehehe… tp bila dipikirkan betapa flexible nyer my company skrg, i rather would stay here wlwpun bergaji kecik yet dpt menampung perbelanjaan family… kalo nak dicomparekan dgn kwn2 lain keje smpi mlm2.. w/end pun ade kene dtg opis… sedihnyer!!!
    .-= nadiea´s last blog ..~@~ Selamat Hari Raya ~@~ =-.

  8. LeeN Avatar

    satu persoalan yang terlalu banyak timbul dalam benak wanita yang mementingkan keluarga… 🙂 tak semua antara kita punya banyak pilihan kan. setiap org ada perkara yang perlu diambil kira kerana target kita pada suatu2 masa adalah berlainan. erm, take your time to think it through k… setiap masalah mesti ada jalan keluar. Allah akan guide kita sebaiknya InsyaAllah… gambatte mommy…
    .-= LeeN´s last blog ..one picky-eater in the house to deal with =-.

  9. mamamiya Avatar

    mothering is good & fun, but that should not deprive a mother from having a career too kan?

    kalau lah kita dpt work with a company yg appreciate work-life balance, mmg aman dunia ni.
    .-= mamamiya´s last blog ..Mama-Miya Bangra Session!! =-.

  10. Hanz Avatar

    just wanna share my situation…

    masa single-mingle dulu, konon nak jadi corporate woman (bukan keparat) tapi once ader anak, minat nak keje menurun…me ni ada bad habit, i can’t stick keje routine for long, jenis cepat boring, so job-hopping happen to me slalu last time, so i was thinking jadi cikgu tadika best, coz hari2 lain2, kena creative & approach kena different coz every day new lesson..i was happy with teaching way back then & i’m gonna get back to this track (part-time jer) soon..& been thinking jadi professional trainer but this one needs paper qualification yang lagi ‘grand’

    if money & hidup selesa is not an issue, i rather work part-time or freelance so i get to be with family more…family comes first to me & i’m working towards WAHM so that I’ll get both. But some WAHM pun agak busy but at least the kids is right in front of your eyes.

    Naik pangkat is not an issue or something to look forward in my current ‘majikan’, the increment & bonus matters, surrounding takder nak ber-politik, staff ciput2 so we all here happy & we work very hard..
    .-= Hanz´s last blog ..Babywearing : Getting to know types of Carriers =-.

  11. zuhaini Avatar

    errr.. BOS hensem tu bos di opis ke bos di rumah..? hihi..

    anyway, kena buat checklist.. kira dulu kalau quit kerja, mampu ke tak.. sebab kita kan dah ada anak.. nak maintain kehidupan sekarang ni tanpa pekerjaan tetap mmg payah sikit.. huhu 🙁
    .-= zuhaini´s last blog ..Yeay! Gaji sudah masuk!!!! =-.

  12. huda Avatar

    this is what happened to me bler dh jd mummy. after 6mth keje i got married and after that trus pregnant. at 1st mmg ader fikir tuk jd career women however, bler dh ader anak ni, mmg i keje takat nk support mr hubby jer. lebih2 mmg mls.

    kl ikutkn my work ni, i kna pg offshore, kena outstation, kena attend meeting, tp after ader bb ni,passion tuk sume tue faded sbb sume tue kna tinggalkan anak kt umh..

    baik keje biaser2 je dr tinggalkan anak kt umh..
    .-= huda´s last blog ..My 3rd year celebrating birthday with Mr Hubby =-.

  13. nadiea Avatar

    saya setujulaa dgn neeza79 & hanz… bila dah ada family nie… mmg pikir utk family jer… tak kesah dah nak kejo psl naik pangkat nie.. biorlaa laki kita jerr yg kejo! haha kita ni asal dah dpt comp yg paham situasi kita… it’s good enough! asal tiap bulan ada gaji… and ujung tahun ader bonus… and setahun skali ade comp trip… and ade selalu buat jamuan opis makan2.. ok dahh laa tu!

    mommy lyna might consider this… ur comp bagi benefits the best i think for their staff… mana mampu org lain nak anto anak masuk prince court even kene high fever kan? alhamdulillah dpt keje kat situ… my best friends ade 2org kat sana… pun dah ade family&anak… still maintain keje kat sana eventhough teruk kene keje smpi mlm2 and smpt tgk anak tido jer… sbb benefits kat sana… hebat! yg sorg tu awal tahun aritu deliver twin kat prince court… of coursela cover by ofis!
    .-= nadiea´s last blog ..~@~ Selamat Hari Raya ~@~ =-.

  14. baizurah Avatar

    mommy lyna, saya jugak tengah dilema ni keluarga dan kerjaya, huwaaaaaa. tak tahu camna nak buat pilihan terbaik coz in my case kerjaya dan keluarga berada di negeri yang berbeza sob sob
    .-= baizurah´s last blog ..Kerjaya vs. Keluarga =-.

  15. silbiabigail Avatar

    bila benti tmpat keje, org kt opis cuma ingat kita seminggu dua je.
    tp klu kita hilang dr klompok kluarga, slamanya kita dlm ingatan.

  16. suealeen Avatar

    dah 2 tahun malah nak masuk 3 tahun dah daku ni menjadi SAHM, lyna. mula rasa cam takleh go dengan satu sumber saja. dah la akak ni jenis workaholic. masa kerja balik 11 malam tanpa rungutan because I just love my job. tapi entahlah eikkk…. Allah works in mysterious way. ada je sumber rezeki lain Dia bagi tanpa diduga.

    bukan tak pernah cari kerja. asal cari kerja je shunt Syafiah broke down. tak sedap la kan… nak pulak kerja kat tempat baru. bila ibu dia jaga dia sendiri, alhamdulillah sekang ni dah nak masuk 9 bulan, shunt dalam keadaan baik. so akak faham² sendirilah antara kehendak diri, dan kuasa dan kehendak Yang Maha Esa.

    perkara rezeki ni kita sebagai hamba kena yakin sebenar-benar yakin. kalo tak yakin, camne Allah nak bagi sebab kita sendiri tak yakin pada Dia?
    .-= suealeen´s last blog ..Rezeki tanpa diduga… =-.

    1. suealeen Avatar

      akak tak mampu memilih ok… signal dah diberi… unless I’ve another business…
      .-= suealeen´s last blog ..Rezeki tanpa diduga… =-.

  17. jiji Avatar

    Pernah dapat soalan macam tuh.

    I jawab “Saya kerja utk keluarga, keluarga come first”

    Dia jawab okeh.

    Kesannya.
    I dapat cuti TANPA potongan gaji walopon cuti dah burst tahap -ve 20 hari.

  18. mamadanish&arissa Avatar

    Adakah kena pilih between technical skill group ataupun non-technical?–ada kena mengena ke ngan kenapa soalan itu diajukan..pandai je aku merapu..

    Btw..i keje kat jln yap kwan seng tau..hahaha..
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Eumora =-.

  19. suri Avatar
    suri

    knp neh kak?
    bos minta akak resign atau tukar ke tempat lain yg lebih baik?
    sabar kay..
    su harap semua berjalan dgn lancar…
    akak ada hafiy n fahry..
    dan ada family yg menyokong..
    serta kawan2 dalam blog..

    salute dgn korang2 semua yg pentingkan keluarga…

  20. kentank91 Avatar
    kentank91

    cuba r wat solat istikarah…mintak tolong daripada pencipta kita..
    dia lebih mngetauhi mana yang lebih baik untuk kita..
    mungkin lepas dah naik pangkat nanti, kehidupan lagi teruk??..
    sape tau apa akan jadi pada hari mendatang..
    kita sekadar merancang tapi ALLAH yang menentukan..
    .-= kentank91´s last blog ..Macam mana mereka beraya ae?? =-.

  21. Nic Avatar
    Nic

    Nic pula, nic rasa nic keje bukan sahaja utk bantu suami tapi sebab I juz love my work…. kekeke.. Dan dgn harapan, keluarga pun tak tertinggal.. Of course utamakan keluarga, tp kerja pun kejar jugakk u..
    cuma bersyukur dapat partner yg boleh complement kat mana yang nic kurang in term of family matters.. macam contoh, bila nic outstation, dia sanggup jaga anak or ikut sekali, tp bila anak down.. gue jugakklaaa yang kena cuti…

  22. NNE Avatar

    Lina, adakah soalan itu berkenaan rumours vss tu? Kalau ada detail, tolong email akak ek..tengah unpaid leave ni.
    .-= NNE´s last blog ..Day 12 : Car boot lagi =-.

  23. mama shmontel Avatar

    Balance between both would be just nice.
    Tension2 dgn kerja di office, sure akan look forward utk balik rumah & sangat2la appreciate the family time.
    Tension2 dgn hal2 di rmh (spt tak laratnya laaaa nak kemas rumah! hehe), sekurang2nya pagi esok bangun boleh cabut lari pergi office (& sekali-sekala merehatkan minda dengan bahan2 menarik di internet *oops*!)
    Always have to remind myself utk bersyukur 🙂
    Good luck to you!
    .-= mama shmontel´s last blog ..Pregnancy massage =-.

  24. DNNA Avatar

    wahhhhh …

    six sigma.
    tempat kerjaku baru nak bertatih-tatih belajar pasal six sigma, lean concept etc etc etc …
    fenin …
    .-= DNNA´s last blog ..Bakal Angkasawan Malaysia =-.

  25. aidie Avatar
    aidie

    saya lg suka kalau bos kat rumah yang handsome..huhu..kalau boss kat offc handsome bonus la..cuci mata hari2..tapi kalau takat handsome je..tap tk best tkde pekdahnye jugak

    family vs career? what makes u happy. some ppl tk kejar career..ada job yg OK, dpt gaji pun dah happy.. tapi kalau nk kejar career, make sure kita and org keliling (i.e family)pun happy. kalau tak happy, tkde maknanye ber’career’

  26. Azlin Azhar Avatar
    Azlin Azhar

    Along, buat istikharah. I’ve been in the situation before. Dok pikir how to quit, sebab we think financially we couldn’t survive with only hubby’s income. Dok pikir camne nak settlekan hutang Myvi tuh. Then Allah gives His answer, my sis-in-law is willing to continue paying for the car. Lega!!! So now I’m a SAHM, the down-side is that i can no longer spend mcm shopaholic, kena restrain diri sket… 🙂 so good luck to you Along!!!

  27. ummuwafi Avatar

    Mmm….pernah bekerja sepenuh masa…pernah belajar sambil bekerja…pernah juga kjadi surirumah sepenuh masa…memang susah..
    .-= ummuwafi´s last blog ..Negeri Di Bawah Bayu – Part 2 (24-27 July 2009) =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge