Bila Anak Masuk Sekolah

admin Avatar

Awal tahun ni memang meriah anak2 rakan saya batch Hafiy (2007 borns) masuk sekolah (tadika). Macam2 ragam dan peel, tak cukup peel anak, peel mak ayahnya (update blog ^__^). Macam2 jenis tadika yang jadi pilihan – tadika Islam yang tentunya menjadi pilihan rakan2 yang beragama Islam.

Anak saya, Hafiy.. sambung pengajian (eceh.. Macam kat U le pulak) di tempat asal yang dah ‘dihuni’ sejak 3 tahun lepas. Dek kerana kat situ provide dari nursery ke tadika, jadi senang cerita semua letak situ saja.

Rasanya budak2 ni tak merasa pakai seragam tadika macam budak2 lain sebab kat situ takde pakaian seragam rasmi. Saya dulu ber-tadika di Taski ABIM. Jadi seragamnya hijau.


PuanBee, pinjam gambo!!!

Budak2 tadika sekarang cute2 je. Apsal saya dulu selekeh sangat >__< Hmmm, berbalik kepada topik, tak ada apa yang menarik tentang masuk sekolah anak2 saya, kecuali naik kelas. Dan tahun ni kami nak masukkan diorang ke extra class. Extra tak extra pun, kelas yang memang dah ada kat situ, cuma optional nak enroll ke tidak. Ada juga perasaan nak tukar ke tadika lain yang 'lebih akademik' tapi fikir2 mungkin better let them continue learning with current method. Lagipun saya suka dengan slot 'Bits of Intelligence'. Kalau tengok National Geographic tu depa yang duk explain kat kita ^___^ Ibu2 & bapak2 lain macamana ya? Apa pengalaman best bila anak mula masuk tadika? Ata ada tips2 nak kongsikan.. Moga bermanfaat buat semua.

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge