Biasanya kalau budak2 terutama bayi yang jatuh dari tempat tinggi,orang tua2 kata “Jangan risau, dia OK tu… Malaikat sambut”.
Persoalannya, betul ke malaikat sambut bayi jatuh?
Saya ni bukannya percaya benda2 macam ni. Bagi saya itu cuma satu kata-kata nak menyedapkan hati mak ayah bila anak terjatuh. Supaya tak risau.
Walaupun Danny pernah tergolek dari tangga umah semasa usia 7 bulan (dia sedang tidur di tingkat bawah, saya naik ke atas sekejap mengambil barang, tau tau rupanya dia merangkak ikut tanpa saya sedari) tanpa sebarang kecederaan mahupun lebam, tapi bagi saya itu cuma kebetulan. Walaupun tergolek dari atas ke bawah dekat 10 anak tangga juga.
Tapi kejadian2 di bawah ni dah ubah persepsi saya.
1. Siapa pernah jatuh bilik air? Sakit tak? Saya pernah jatuh terlentang beberapa kali. Sakit betul. Kadang tu kena baring kejap bagi hilang sakit baru bangkit.
Tapi ada satu hari saya dukung Fahry masuk bilik air. Fahry ni pulak bukan boleh duduk diam. Jatuh.
Tapi… Terasa macam disambut sesuatu yang lembut. Jatuh terlentang bagaikan jatuh ke atas hamparan kapas.
Hairan betul. Sikit pun tak sakit.
Saya beritahu kawan2, mereka kata “Belum sakit lagi tu, esok2 tengoklah…” Lepas esok, esok… Alhamdulillah takde sakit apa2.
2. Saya ni kadang jalan selalu tersadung. Dah tersadung, jatuh lah.
Itu hari saya dokong Irene. Tersadung. Dalam hati dah kata “Alamak… Ya Allah lindungi anak aku”. Namun umpama ada yang menahan, tak jadi nak jatuh walaupun berat kat depan, belakang dengan beg besar lagi.
Jadi betul ke malaikat sambut kalau baby jatuh?
Leave a Reply