Setiap hujung minggu adalah masa riadah kami sekeluarga. Biasanya kami membawa anak2 ke taman-taman rekreasi di sekitar PJ Utara. Yang paling Kami gemari kerana keteduhan Dan kehijauannya ialah Lembah Kiara TTDI dan Taman Rimba TTDI. Manakala untuk ruang yang luas Dan kawasan permainan yang moden dan canggih mestilah Desa Parkcity.
Kawasan perumahan ni terletak bersebelahan Bandar Menjalara dan Sri Damansara. Bolehlah golongan middle class macam kami ni nak mengidam area yang lengkap dengan kedai, restoran, bank, klinik.. Kizsports pun ada. Nanti Akan naik hospital Dan International School.
Biasanya kami bermula dengan memberi ikan makan sambil tunggu Abiy jogging keliling tasik, kemudian baru main di playground di sebelah trek jogging.
Peralatannya lain sikit dari taman permainan di kawasan Kami. Canggih sikit kot. Buaian pun ala2 UFO.
Amalan beriadah bersama keluarga ni memang banyak faedahnya. Bukan saja kita Dan anak2 boleh menghirup udara segar, bersukan serba sedikit, ia juga bertujuan untuk mendidik rutin agar nanti bila mereka besar, takdelah weekend tu nak berkemul dalam selimut sampai pukul 12!
Leave a Reply