Seorang bapa yang sakit mental telah menyembelih anaknya yang sebaya anak saya, Hafiy, pada hari ulangtahun perkahwinan saya yang keempat, semalam 🙁 Lokasinya di Kota Bharu.
Baru last 2 weeks kejadian bapa sakit mental menetak isterinya hingga mati di Perak.
Kedua-dua kejadian adalah melibatkan pesakit mental yang pernah mendapat rawatan, tapi kejadian di Kota Bharu dilaporkan dah lama si bapa tak mendapat rawatan susulan. Natijahnya sehingga si bapa hilang kawalan dan sanggup membunuh ahli keluarga sendiri.
Belum banyak maklumat tentang kejadian ni, tapi dalam kejadian2 yang melibatkan pesakit mental sebelum ini, mereka dikatakan mendengar suara2 yang menyuruh mereka buat itu buat ini termasuk menyembelih ahli keluarga.
Ada yang terlepas rawatan susulan, dan ada yang langsung tak mendapat rawatan.
Kejadian macam ni walaupun tak sekerap buang bayi, tapi sedikit sebanyak ia mendatangkan kesan terhadap ahli keluarga yang terlibat tambah2 kes macam ni mendapat liputan media yang meluas. Secara tak langsung ada yang akan buat cerita bukan2.
Mungkin peranan keluarga dan masyarakat boleh membantu mengurangkan kejadian sebegini:
– Pastikan pesakit mental mendapat rawatan yang sepatutnya.
– Memberi sokongan kepada pesakit mental dan menggalakkan mereka menyertai masyarakat.
– Sentiasa mengambil berat hal ehwal pesakit mental terutama melibatkan rawatan, ubat dan sebagainya, terutama bagi mereka yang berkahwin dengan pesakit mental.
– Ibu bapa pesakit mental berterus terang tentang keadaan anak mereka sebelum mengahwinkannya.
Semoga mental kita sentiasa terjaga. Jauhi perkara2 yang merosakkan mental, dekatkan diri dengan Allah SWT.
Leave a Reply