Ada kawan tanya saya “Macamana nak dapat anak?”
Saya jawab “Kau buat dengan cara yang betul”
Betul!! Ada satu couple mat saleh dah kawen lebih 10 tahun tak dapat anak. Bila diperiksa rupanya sepanjang kahwin tu diorang tak pernah buat hubungan badan. Diorang ingat, dah kawin – duk sama – dapat anak. Ayo! Tak tau la orangnya macamana. Org buta pun boleh dapat anak. Isk3x.
Ni cerita kawan saya. Kakak dia doktor, satu hari didatangi pasangan yang dah 4 5 tahun kahwin tapi tiada anak. Rupanya si isteri masih dara! Rupanya lagi, suami isteri tu menyangka depa buat hubungan badan, tapi tak. Suami cuma ges*l-ges*l di peha isteri dia je.
Mereka di atas akhirnya menjalani terapi.
It’s not funny!
Saya tak boleh bayang macamana karakter mereka ni sebenarnya. Pasangan buta pun boleh dapat zuriat, ini pula yang celik dan bijak. Adakah mereka tak pernah dapat pendedahan tentang seks? Sekarang budak2 pun ada yang dah expose dengan benda ni sampai boleh lahir anak di luar nikah.
Rupanya di sebalik gejala sosial berunsur aktiviti haram lelaki-perempuan, ada juga gejala rumahtangga yang tak tahu nak buat hubungan badan.
Luckily mereka dapatkan bantuan pakar. Macamana kalau yang saling menyalahkan “You mandul!” “You tak mampu beranak!” padahal dua2 pun tak pernah buat dengan cara yang betul, macamana nak dapat anak?
Hehe. Sebenarnya tengok kawan2 satu persatu pregnant (lagi) dan dapat baby (lagi) terasa juga di hati nak mencium bau baby kecik. Tapi ukur baju di badan sendiri… Mak tak mampu lagi nak beranak buat masa sekarang. At least tunggu Fahry dah habis cycle menyusu (genap usia 2 tahun). Takmau pisang masa Hafiy dulu berbuah lagi kali kedua.
Takpa kita bergomol dulu puas2 dengan Bang Hafiy & Dik Fahry!
Leave a Reply