Bagaimana Mengajak Anak Membaca di Rumah

admin Avatar

Kini budaya mengajar anak di rumah kembali mendapat tempat. Malah kita boleh dapati ramai budak2 kecil seawal umur 2-3 tahun dan pandai membaca. Sedikit sebanyak prestasi anak2 kecil ni mendorong ibu bapa lain untuk buat benda yang sama dengan anak2 di rumah.

Kalau ikut mereka yang pro-ECE, usia di bawah 3 tahun adalah masa yang paling bagus untuk ajar anak membaca, mengira dn sebagainyalah. Walaupun ramai lagi ibu bapa tak bersetuju atas alasan awal sangat.

Dari pengamatan saya, ada 4 jenis ibu bapa yang mengajar anak di rumah:-

(1) Peminat ECE – mereka ni sebelum anak lahir dah korek info tentang ECE, kaji method yang sesuai, keep record, letak target dan sebagainya.
(2) Kebetulan – mak ayah memang jenis ‘belajar’ di rumah, jadi secara tak langsung anak terikut-ikut
(3) Dari taska – ada taska/tadika yang memberi homework kepada anak2, jadi alang2 buat homework, ibu bapa ajarkan benda lain sekali
(4) Kepelbagaian aktiviti – nak memberikan aktiviti untuk anak buat, kalau tak ada benda nak dibuat kang buat mereka restless

Apa-apa pun langkah pertama untuk buat anak minat dengan buku ialah dengan memperkenalkan asas membaca. Antara asas2 membaca ialah:

– ibu bapa yang membaca
– storytelling
– read aloud
– membaca bersama

Untuk mendapatkan anak yang suka membaca, ibu bapa kena lah rajin membaca. Sangat tak kena bila ibu suruh anak baca buku tapi dia terlopong tengok Cerekarama. Anak besar takpe kot, tapi anak2 kecil dia akan ikut apa kita buat. Bagi dia bila mak dia buat pasti benda tu seronok.

Storytelling atau bercerita tentang kisah2 dongeng atau kisah2 ambiya’ yang mana buku2 nya boleh didapati di mana2. Jadi bila kita membawa anak ke kedai buku, dan dia mendapati ada buku yang kita selalu ceritakan pada dia, anak akan lebih appreciate.

Read aloud adalah tricks untuk ibu/bapa yang sibuk dan tak ada masa nak baca buku. Baca buku yang kita nak baca semasa sesi read aloud (buku yang sesuailah), pada masa yang sama, kita pun dapat gunakan masa untuk membaca.

Baca buku bersama dengan anak pasti lebih menarik. Macam2 jenis buku kanak2 yang berwarna-warni boleh didapati sekarang ni. Antaranya:-

– buku cerita (bergambar dan tulisan tak banyak)
– ensaiklopedia kanak-kanak
– buku2 tentang watak kartun yang anak suka

Walau apa pun, jadikan membaca tu satu aktiviti yang menyeronokkan.. Bila anak seronok, kita seronok, then takdela rasa ‘nak dera anak’ atau rasa dia bosan.

& kalau kita bukan peminat ECE tegar, ‘niatkan’ untuk isi masa anak2 di rumah je… Daripada melopong depan TV kan. Bukan nak suruh dia cepat pandai baca ..(kalau risau anak bosan bila masuk sekolah).

Saya paling suka ensaiklopedia kanak2.. Sebab maknye boleh belajar juga 🙂


Selamat membudayakan membaca di rumah!

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Bagaimana Mengajak Anak Membaca di Rumah”

  1. zaila Avatar

    AKU BELI BUKU UNTUK ANAK-ANAK AKU TAPI DIORANG KOYAK..CAMNO TU?? HUHUHUHU

    1. zuhaini Avatar

      sama la kite.. huhuhuhu 🙁

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      beli buku kat anak takleh suruh dema baca sendiri2, kena kita yg tunjukkan. & kena expect bduak2 koyak buku. hehe. oleh itu sediakan selotep.

  2. kakyong Avatar

    anak2 kakyong suka sesi read aloud..

    awal2 dulu depa selalu koyak buku.. now dah besor sikit , dah pandai appreciate buku..

  3. eliss Avatar

    harap2 anak2 suka membaca lah sebab tengok bapaknya baca paper hari2.hehehe. tapi my nuha pantang jumpa buku mesti nak beli. memang belikan pun even dia x reti baca lagi pun.

  4. beba Avatar

    my son sekarang dah nak masuk 3 years old..kalau nak diikutkan buku2 yang dia dah koyak mmg dah tak boleh bilang ngan jari tangan kot..heheh..eventho beli board book yg tebal tu..huu ..marah tu marah la jugak..dah asik dok koyak buku..but redho jek la..
    yang penting dia minat dengan buku tu ade..sometimes tengok dia duduk diam2 belek2 buku or dok ‘bace’ kuat2 tu berbunga jek rasa hati.. 😀 alhamdulillah, sekarang ni dia dah boleh gak kenal banyak gak words..even takde gambar dia boleh tau ape bendanya..

  5. bardboo Avatar

    saya memang jenis suka membaca…dan memang berminat sangat2 dengan ECE…now my ammar dah 8bulan, dan saya dah start ajar dia baca menggunakan flash card…

  6. Mohd Nadzri Avatar

    Salam akak… saranan yang berguna….

    saya nak kongsi bbrp perkara:

    1. Fadilah Kamsah kate 80% org kite tak solat. Y not Ibu bapa solat jemaah kat rumah. Anak akan ikot ibu bapa dia buat apa. kalau bz sangat, pilih hanya 1 waktu untuk biasakan jemaah di rumah contohnya Isya atau subuh.

    2. Baca Quran OUTLOUD di rumah. Supaya anak2 boleh pandai dan ikut sama2 baca. Tak salah kan tunjuk kat anak yang ibu bapa dia pandai baca. Pandai baca quran.

    3. Waktu anak2 di awal usia nilah latih anak2 supaya menghafal quran… Kalau pun ibu bapa tak hafal, at least jgn sia-siakan waktu otak anak2 tengah berkembang ni. Kitakan tahu otak anak2 macam ‘sponge’. serap sebanyak mungkin… So kita ‘corak’ die dengan menghafal quran di awal usia. mulakan dengan juz ‘amma. Caranya? Mommy Lina dah tunjuk caranya….

    “Apa-apa pun langkah pertama untuk buat anak minat dengan buku ialah dengan memperkenalkan asas membaca. Antara asas2 membaca ialah:

    – ibu bapa yang membaca
    – storytelling
    – read aloud
    – membaca bersama”

  7. salehsobri Avatar
    salehsobri

    Pesan Dr MUHAYA (sapa x kenal?)…lebih kurang berbunyi.
    masa anak2 umur 0-6 tahun adalah masa yg paling kritikal utk kita install software yg seswai kepada anak2. Jadi bila dh install software yg baik..insyaAllah senang di kemudian hari sbb masa2 begini anak2 hanya menerima tanpa akal,so kita perlu corakkan mereka.

    Seingat saya jg ada hadis yg mengatakan umur anak 0-6 tahun ni lah kita kena berkawan,bermain dgn mereka sampai ke tahap merakalah raja.

    wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge