Ar-Rayyan ialah drama yang disiarkan dalam slot Cerekarama di TV3 4 September, ni bukan slot yang dihoskan oleh Dr Fatma Az-Zahra di Astro Oasis.
Sinopsis dari budiey.com:
Suraya adalah seorang arkitek di sebuah syarikat design & build antarabangsa. Walaupun pangkatnya tinggi, dan sering bergaul dengan orang-orang berbangsa asing, Suraya bersikap rendah diri dan masih mengekalkan adat kesucian gadis timur.
Dia memakai tudung dan mengamalkan cara hidup Islam dengan tegas. Boss Suraya, Dato’ Hamdi telah bersara dan digantikan oleh Ryan Zachary, seorang warga asing. Ryan merupakan seorang yang bukan sahaja tidak hormat akan adat orang Melayu, malah sering memandang Islam sebagai agama kuno.
Pada hari-hari yang berikutnya, Ryan memerhatikan segala tingkah Suraya yang pada mulanya dianggap sebagai menjengkelkan.
Kerap kali, mereka akan berdebat secara sihat tentang Islam dan lama-kelamaan hatinya menjadi terbuka untuk menerima Islam dan juga Suraya sebagai teman hidupnya. Atas urusan kerja, Ryan terpaksa ke kota London dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan bulan Ramadhan.
Ryan terkejut apabila mendapati Suraya sudah tiada sewaktu kepulangannya ke Malaysia. Dia cuba mencari Suraya namun mendapati gadis itu telah meninggalkan Malaysia untuk mengerjakan umrah dan menyambut Aidilfitri di Mekah. Ryan kecewa. Apakah yang akan terjadi seterusnya?
Seterusnya… Seperti biasalah happy ending. Akhirnya mereka bertemu semula setelah Rayyan mendalami Islam.
Ada juga la watak tambahan dalam drama ni, seperti Farahdhiya yang memang menjadi kalau bawa watak gedik. Ohh gediknya kau, mak teringin menjadi gedik sepertimu, muahahaha.
Saya ingin menyentuh tentang perihal ciri-ciri Muslimah sejati yang sering dipandang slack, tak usah katalah kalau warga asing seperti Ryan Zachary, orang Malaysia sendiri malah orang Islam sendiri pun biasa memandang wanita Islam yang cuba memenuhi tuntutan agamanya sebagai makhluk ajaib yang pelik.
Saya sendiri pernah di-diskriminasi kerana pemakaian saya. Secara umumnya, seorang wanita Islam yang menutup aurat, menjaga perwatakannya seringkali diragui kebolehannya terutama dalam pengurusan yang melibatkan perkara2 besar. Tanggapan sebagahagian masyarakat melihat wanita Muslim yang cuba menjaga maruah diri dan agamanya sebagai lembik, pemikiran jauh ke belakang, kuno, dan sebagainya.
Contohnya saya (contoh wanita bertudung walaupun tak lawa macam Wardina) selalu dilayan dengan layanan kelas kedua atau lebih rendah dari itu berbanding dengan akak-akak yang pakai seksi mekap tebal 14 inci yang selalu dapat layanan kelas pertama (termasuk mat saleh lah, tak kisahla siapa2 pun). What makes the akak-akak better than me? Bukan nak marah tapi memang biasalah bila perwatakan kita nampak kampung, orang layan kita macam kita ni bodoh aje.
Mungkin kena pakai tudung fesyen2 macam Farah Adeeba kah (sekadar contoh)? Atau pakai tudung sanggul tinggi baru nampak moden?
Walau bagaimanapun, bagi saya itu sebenarnya cuma penerimaan masyarakat yang masih berminda kelas ke-3. Kerana di arena profesional yang international, tak ada masalah dengan pemakaian, yang penting otak dan kerja jalan. Saya pernah bekerja dengan orang UK, Holland. Norway, India (bukan kaum Malaysian Indian tapi orang dari India), Sri Lanka… dan mereka tak ada masalah pun. Tak pernah pun saya kena buli sebab bertudung dan tidak secantik Wardina. Malah mereka amat menghormati agama kita dan mendorong saya untuk jadi lebih baik (dalam buat kerja).
Sebenarnya wanita Islam memang progresif dari dulu, tapi entah macamana ya… sekarang ni jadi sebaliknya. Kalau zaman Rasulullah SAW dulu, ramai wanita Muslim yang terlibat dalam pelbagai sektor, contohnya bisnes dan korporat, seperti isteri Baginda sendiri, Saidatina Khadijah, dan ramai wanita2 zaman tu yang menjual2 di pasar dan dari rumah ke rumah. Malah mereka terlibat dalam peperangan, bukan saja sebagai jururawat malah turut turun berperang angkat senjata.
Sekarang pun ramai wanita berperwatakan Muslimah sejati yang turun-naik chopper pegi ke platform minyak di tengah laut, bawa kapal terbang tentera, dan sebagainya.
So, takde hal la kan? Se-sejati mana pun seorang Muslimah tu dia tetap ada peranan dalam masyarakat.
Leave a Reply