Antara Sambutan Hari Lahir dengan Maulidurrasul

admin Avatar

Last week salah seorang teman baik saya (namanya tidak mahu disebut sebab tak best pun nama dia) meluahkan rasa tentang majlis hari lahir anaknya yang diabaikan, sedangkan majlis hari lahir anak teman-teman sangat gah dan beriya. Macam kenduri kahwin pun ada.

Saya katakan padanya, itu terpulanglah kepada kemampuan, niat kita, sebab musabab sendiri. Buat apa nak bermajlis2 bagai kalau hanya sekadar nak "sama standard dengan orang lain" atau "orang lain buat, takkan kita tak buat, malu lahh~~~", atau "nanti anak ai rasa rendah diri sebab takde birthday party dia". whateverlah. Bagi saya, kalau hanya sebab ikut orang, lepas tu mengeluh2 ‘penat’, ‘habis duit’, ‘tak berbaloi’, or apa-apa, baik tak payah buat 🙂

Kalau boleh kita niatkan sambutan hari lahir untuk menjamu orang makan sebagai tanda mensyukuri usia kita/anak kita yang masih panjang. Seronok-seronok dengan kawan-kawan. Buat apa buat majlis kalau kita rasa tak seronok dan membebankan, bukan?

Kalau hanya nak buat anak seronok, kata saya, sambutan dalam family pun dah cukup. Buat parti kecil2 dalam keluarga kita saja.

Jumaat ni kita akan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Yang berarak2, whateverlah. Ada satu riwayat yang menyatakan, sesiapa yang menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, akan mendapat syafaat di akhirat kelak. Sebagaimana Abu Lahab yang menyambut kelahiran Anak saudaranya (Nabi Muhammad) dengan jamuan besar-besaran, sembelih unta bagai.. walaupun tak beriman tapi di neraka dapat minum air yang sebanyak lekuk di ibu jarinya.

Adakah kita melebihkan sambutan hari kelahiran baginda? Atau cuma ingat cuti je?

Saya sedang merancang apakah aktiviti yang sesuai untuk dibuat bersama anak-anak bagi meraikan Maulidur-Rasul. Setakat ni yang dalam senarai saya:-

– makan makanan yang terdapat dalam Hadis dan al-Quran seperti kismis, kurma, madu, air zam-zam, susu kambing.
– menampal hadis di dinding rumah.
– melagukan selawat sepanjang hari.
– melagukan nasyid nabi-nabi.
– pakai pakaian menutup aurat (no romper & shorts).

Satu dua perkara di atas mungkin boleh diteruskan, insya-Allah.

Hmm.. apa pula plan ibu-ibu lain ya? Mesti lebih hebat lagi. Sama-sama kita kongsi!

admin Avatar

8 responses to “Antara Sambutan Hari Lahir dengan Maulidurrasul”

  1. AshAnas Avatar

    cuti maulidurrasul ni, AshA’s FaMiLy akan menemani kawan Ummi & Abah Anas bertunang…
    .-= AshAnas´s last blog ..Anas berwajah baru.. =-.

  2. Fid Avatar

    12 rabiulawal juga hari ulang tahaun kelahiran suami saya
    plan kami…balik kampung! meriah kan!

  3. sya Avatar

    macam biasa, menghadiri solat jemaah bersama2 jemaah sekolah, dan ceramah… jom sertai!
    .-= sya´s last blog ..sungai kita tidak lagi bersih =-.

  4. yong Avatar

    kalau kat sekolah, berarak keliling skolah, pastu ada ceramah kat dewan besar..siap ada persembahan nasyid lagi..hehe
    .-= yong´s last blog ..‘trade-in’ emas termasuk dalam riba? =-.

  5. mamadanish&arissa Avatar

    SAlaaaammm…:)
    Best..citer la lagi mcm maner sambutan Maulidur Rasul ni..i mmg nak tau sgt2..

    I azam nak sambut sungguh2 Maulidur Rasul tahun ni la..cos before this tatau sangat..uwaa–jahil!
    .-= mamadanish&arissa´s last blog ..Ingin Menjadi Pengedar =-.

  6. yatica Avatar
    yatica

    12 rabiulawal tahun ni juga adalah ulangtahun pertama kelahiran anak perempuan saya, Naurah Adni.. nak buat juga mkn2 sikit. tanda kesyukuran serta mengeratkan silaturrahim dgn rakan2 juga sedaramara

  7. ummuabdullahsyaakir Avatar

    Salam Mommy Lyna,

    Terima kasih kongsikan tentnag aktiviti Maulidur Rasul bersama family,bolehlah saya praktikkan dgn ank2 juga ^_^
    .-= ummuabdullahsyaakir´s last blog ..12 Rabiul Awal 1431Hijrah =-.

  8. Asiah Abd Jalil Avatar

    Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyambut birthday baginda, malah sahabat-sahabat pun tak pernah celebrate tarikh 12 Rabiulawal. Sebenarnya sambutan hari lahir ni budaya orang kafir, macam orang Kristian yang sambut Christmas pada tarikh kelahiran Nabi Isa.

    Tapi apa salahnya kalau dengan menyambut hari lahir tu, kita ada specific time yang special untuk meraikan, menghargai, menunjukkan kasih sayang, bergembira dan bersyukur. Memang semua tu boleh aje nak buat bila-bila masa pun. Tapi bila ada one special day, ia menjadikannya lebih istimewa dan ditunggu-tunggu.
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Haid =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge