Anak Taknak Belajar

admin Avatar

Baru-baru ni ni sy membaca 2-3 perkongsian ttg anak2 sekolah yg dibunuh semangatnya utk belajar… sy sendiri pernah dgr cerita kawan2 yg mana anak2 mereka beritahu dah hilang minat belajar…. Belajar teruk2 pun tak faham juga. Baik tak payah belajar…

Sy nak share ttg salah seorang anak saya… masa usia tadika huruf pun tak kenal, apa lagi membaca. Bukan kita tak usaha, siap hantar extra class tp hasilnya buat penat je. Di pihak dia pula, mmg tak minat belajar. Homework tak pernah siap. Depan2 cikgu dia boleh conteng buku.

Tapi sy tak putus berdoa, & dgn guru2 dia yg dia buat perangai, mmg minta maaf aje lah kerja saya. Cikgu pun pening, mak bapak dia apatah lagi.

Masuk darjah satu dgn taktau membaca, taktau mengira… masuk program Linus. Berterusan perangai sampai lah darjah 4.

Tp saya tak pernah rasa ’tercabar’ dgn kawan2 yg anak mereka dah mahir membaca seawal 2-3 tahun, umur 6 tahun dah buat Add Maths… sy tetap percaya anak sy akan bloom bila tiba masanya.

Sy terus minta doa cikgu2 dia.. sampaikan ada sorang cikgu bila saya cuba nak cakap dgn dia, cikgu tu kata “Takpelahhhh, OK je semua Puan”. Sy bg izin cikgu2 kalau perlu rotan, rotan je.

Mana tak pening…. Umur2 7-8 tahun dah cakap dia taknak belajar, taknak masuk U, taknak ada future, taknak kahwin, taknak kerja profesional… belajar tinggi2 pun tak semestinya kerja bagus… nak marah, tp kena sabar… rasa nak marah, tp kena sabar… Mokmung layan aje. Ooo taknak belajar ye… takpelah Mami pun tak suka jugak belajar.. Ooo taknak masuk U, Mami pun tak suka juga…. Begitulah. Bila dimarah, makin dia memberontak, jadi kita layan saja lah..

Allahul Khafid, Rafi’ wa Muzil… masuk darjah 5 dia berubah sikit2. Darjah 6 mula nampak rajin sikit. Masa tu PKP, masuk kelas PDPR tanpa disuruh. Dah mula ada impian nak masuk sekolah menengah bagus2.

& the rest is history…

Skg dah tingkatan 2 in one of the best school in Malaysia & tak melampau kalau sy katakan dia antara pelajar yg terbaik. Sering menjadi tempat rujukan rakan2, antara pelajar harapan. MasyaAllah…. Allahul muqollibal qulub..

Semoga sharing ni boleh melegakan hati rakan2 ibu bapa yg dilema bila anak tak sehebat rakannya yg lain.

Yg penting,

✅ jgn compare anak kita dgn sesiapa.
✅ jgn cakap dia tak pandai, lebih2 lg kalau depan dia. belakang pun tak payah la cakap… jaga maruah anak.
✅ hormati cikgu2nya, mohon doa dan restu cikgunya.
✅ doa yg tak putus.
✅ diri sendiri tunjukkan contoh yg baik – bekerja dgn tekun, jaga ibadah, jaga perangai

InsyaAllah… mudah2an Allah licinkan urusan.

(Post banyak shortform, ambil dari FB..)

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Anak Taknak Belajar”

  1. Yoyooh Avatar

    Perkongsian yang sangat berguna.. Sememangnya jangan bandingkan anak sendiri dengan orang lain.

    1. admin Avatar
      admin

      Benar sekali

  2. Adi Channel Avatar

    Ya sangat betul, jangan compare anak kita dengan anak orang lain sebab itu boleh mengganggu emosi anak kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge