Anak Kecil Main Api

admin Avatar

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

Lagu ni kami selalu nyanyi masa minggu orientasi di SMACH dulu. Sedih gila saya bila nyanyi lagu ni. Maklumlah saya ni walaupun agak ganas tapi jenis dalam hati ada taman. Peminat rock leleh nan jiwang kata orang.

Mungkin bagi orang lain lagu ni takde bawa makna apa2 tapi bagi saya ia cukup untuk menggambarkan keadaan kita sekarang.

Bumi dipijak milik orang… Kita sendiri tak ada apa2, harta tak seberapa… nak beli rumah pun tak mampu. Tanah pusaka direbut2, last2 jual sebab nak beli kereta..

Nenek moyang kaya raya.. Tapi sebab sengketa sesama anak cucu, semua dah tak ada… Kalau kata Islam, Islam dulu capai peradaban, tapi hari ni kebanyakan orang yg mengaku Islam hidup macam orang takde tamadun. Kalau kata Melayu, orang Melayu dulu darah pahlawan, sekarang tengok darah pun pengsan, LOL. Sekarang kalau sebut Melayu tu, ramai yang layu macam namanya..

Apa taknya… Sesama Melayu ni la nak dengki mendengki, kata mengata, fitnah memfitnah…

Lumrah orang memang senang nampak benda tak elok dari benda elok. Nak dapat pujian kena buat benda yang outstanding gila tapi nak dapat kejian dan caci maki tu mudah. Kadang2 kita tak buat pun, tapi kena juga bila ada yang manipulasi.

Apa nak buat, carry on aje lah… Tapi.. Jangan main dengan api ya!

*Entry ini untuk seorang teman yang sedang berada dalam pengandung tekanan tak berapi.

admin Avatar

6 responses to “Anak Kecil Main Api”

  1. SAHROM Avatar

    assalamualaikum..

    lagu ini cukup terkesan semasa saya kursus orientasi dahulu..cukup hiba sehingga jatuh titisan air mata saya di celah kelopak mata mengenangkan nasib kita khususnya nasib generasi akan datang..
    apa akan jadi pada mereka?? dimana mereka mahu tinggal..mereka tidak boleh ke china, india jauh lagi indonesia…
    apalah ansib generasi akan datang..itulah yang merisaukan kita semua…

  2. Fara Avatar

    malangnya, ada juga bangsa kita perjuangkan keadilan sama rata.

    bodoh ke cerdik?

  3. fid Avatar

    masa kekecil dulu nyanyi lagu nih tapi da diharamkan kan?

    ohh jangan main api padah akibatnya

  4. insan kerdil Avatar
    insan kerdil

    sehinggakan suatu perjuangan….yang pada awalnya….merupakan perjuangan dalam memerdekakan negara…mendaulatkan bangsa…mengangkat kesucian agama Islam…..ke tempat paling tinggi….akhirnya kini….menjadi seperti tidak bernilai untuk dipertahankan….hanya kerana nikmat dunia dan kuasa……….

    apakah ‘mereka’ mengerti nilai suatu perjuangan….jika yang diperjuangkan kononnya atas nama ‘prinsip’…… kini bukan sahaja menjadi gadaian….yang telah di’relevan’kan….di’selaraskan’…… atas nama ‘kehendak semasa’….malah yang jelas terpampang pada rupa ‘mereka’ hanya menyerlahkan lagi ‘keangkuhan’….hanya tahu ‘mendabik dada’……sedangkan yang ‘mereka’ perlakukan cuma ‘memecahbelahkan perpaduan’……tanpa sedikit pun rasa kecintaan…..pada bumi bertuah yang aman damai ini…..

    dan ‘mereka’ masih lagi di sini….tidak ‘berjuang’ pun untuk saudara2 yang dalam kesusahan di kejiranan yang lain……apakah ‘persahabatan’…..dan ‘persaudaraan’ bagi ‘mereka’….hanya sesama ‘mereka’…? atau hanya untuk ‘kepentingan agenda masing2’…?

    buat ‘mereka’….
    jangan berbicara tentang perjuangan….jika belum teruji dan diuji…..
    jangan berbicara tentang kebenaran…..jika yang hanya ada ‘keangkuhan’….fanatik….taksub….
    jangan bicara tentang hati….jika yang hanya ada hasad dengki….

    wallahu’alam….

  5. kinna Avatar

    dulu abang selalu nyanyi lagu ni..sedikit sebanyak, ia membakar jiwa anak muda dulu2…tak mcm anak muda sekarang..

  6. juanita Avatar

    semakin bersemangatttttt 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge