Soap Opera : Episode 21

admin Avatar

Duh! Terkena jugak. Har Har Har.

—————————

Soap Opera : Episode 1 (by Ms Lola)
download valiant dvdrip Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).

Soap Opera : Episode 2 (by Mrs Noba)
Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja…Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.

panic dvdrip download

Soap Opera : Episode 3 (by cik_yan)
Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?

Soap Opera : Episode 4 (by iszan)
Tiba-tiba..‘Ding Dong’Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan…………

Soap Opera : Episode 5 (by Kak Non a.k.a. anamiraa)
“Eh eh?”Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.“Sofea Jane?”Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang jelita, disegani dan ditakuti ramai.Aku harus berjumpa EDWARD CULLEN!

Soap Opera : Episode 6 (by n.i)
Lantas aku berlari-lari anak menuju ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit kesayanganku… “Aku mesti lekas menghubungi dia,” detik hati kecilku, termengah-mengah kepenatan.Sebaik sahaja telefon berada dalam genggaman, jari-jemariku yang sontot runcing ber’manicured’ terus mendail nombor keramat itu…Tiba-tiba… satu suara yang agak ‘familiar’ kedengaran dihujung talian…”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah….???

Soap Opera : Episode 7 (by Jua)
Woi!! aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen”. Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.“Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim” bisikku sendirian.“Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua” sambungku lagi.Lantas aku terus…..

Soap Opera : Episode 8 (by Mommysarah!!!)
tersenyum2 sendiri.ya…aku pasti. hanya 1 sahaja cara untuk menjadikan semua impian aku menjadi kenyataan. aku harus berjumpa Niyang Rapik. aku harus meminta dia menjampi muka aku, supaya aku setanding dengan artis2 hollywood.ehek ekk hek ekk!!!aku tertawa ala2 Cikgu Marlia Musa dalam AF. aku rasa cara ketawa itu pelik tapi unik. jadi aku harus ketawa sambil menahan napas 2 saat..3 saat..kemudian 2 saat semula.PERFECT!!!aku yakin aku sebiji MARLIA MUSA dalam AFtapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan Niyang Rapik??? Bagaimana???”WOI!!!Kau berangan ker? Muka pecah rumah, ada hati lagi nak berangan. apa ko buat dengan bunga yang aku dapat tu? Mana ko campak? Penat2 aku bayar gaji, ko sedap2 baca URTVlah, buku akulah! Mana Twilight aku? Kau bukan reti English pun. Setakat tengok2 cover pun ada hati tue.Sudah..aku nak pergi Shooting ni. Bunga tu pegi susun dalam vase, ganti yang lama punya.”ha..aku maid sahaja rupanya??? Sofea Jan*e ni memang kejam. suka menghina aku. takper, aku akan pastikan berjumpa dengan Niyang Rapik jugak. jangankan Sofea Jane, Jins Samsudi*n pun aku mampu tewaskan.Puaka pun puakalah…

Soap Opera : Episode 9 (by Mamadhea)
Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu.. ‘Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!’Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi…… Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkinkah setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..Aku berjalan perlahan ke dapur. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam cap gajah..Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh… Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK… Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!

Soap Opera : Episode 10 (by Ummi Sufira)
Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan…owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”..Owh! kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea J*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji…pelupa pulak tuh!Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu…”Kenapalah sengal sangat aku nih!” marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi….Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri…Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini…aku tidak mahu lagi derita…”Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya”….pujiku pada diriku…Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK…Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan..Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku…Yosh! aku harus segera bertindak demi impianku ini.Langkah pertamaku…..

Soap Opera : Episode 11 (by Zufa)
……..ialah merencana tindakan demi tindakan yang bakal kuambil untuk mengukir sebuah impian. Tika dan saat ini aku akan menjejak maju. Aku tidak akan menoleh lagi. Kugapai buku akaun Hong Leong Bank yang kuselitkan di antara helaian tinta cinta, lipatan kenang-kenangan yang masih tersemat rapi dalam Peti Rahsia. Niatku ingin memeriksa angka-angka baki yang terkini. Aneh, kerana walau mimpi-mimpiku ingin berlari di kaki pelangi dan mengecap sirna rembulan, namun dalam soal wang, kakiku nyata berpijak di landasan yang bernama hakikat. Peti Rahsia itu kubuka dengan cermat. Tanpa kusedari, jari-jemariku tersentuh warkah-warkah rindu yang pernah menjadi peneman di kala hati ini pedih menahan kedinginan malam yang menggigit. Mindaku menerawang. Terus-menerus menyusuri pantai kenangan. Menerobos segala isinya. Pada si dia. Dan tentang aku, sang pencinta. Aku digamit memori silam itu sekali lagi. Aku, dia dan sebalang almond London….

Soap Opera : Episode 12 (by Fid aka Lovebaby)
Aku, dia dan sebalang almond Londom yang dicuri dari rumah Mak Cik Leha jiran sebelah rumah. Ahh persetankan semua itu, aku harus teruskan. Aku mahu jadi apa yang aku impikan. Menerawang lagi fikirannya terkenang akan kisah filem Korea, 250 pound love. Selepas plastic surgery itu Kang Hannah nampak begitu anggun.Adakah dia akan jadi begitu>Plastik! Tidak…Aku tidak mahu menjadi plastic. Haruskah diteruskan niat bertemu NIYANG RAPIK???Tidak… Apa harus aku lakukan. Buntu jiwa….Aku bingkas bangun mencapai remote control ASTRO yang sudah rebeh sebelah dek sakit hatinya membaling ke dinding ketika mengamuk pada suatu masa dahulu kerana mengetahui kekasih lamanya mengorat kawan kepada Mak Tijah jiran selang 4 buah rumah dari rumahnya yang berusia 20 tahun lebih tua darinya…Gilaaaaa………

Soap Opera : Episode 13 (by Madam Za)
ya gila…..memang gila….dan mmg puaka….sepuaka kehodohan ku ini…Aku juga tahu yg kecantikan itu hanya sementara. Sementara jugalah yang bakal ku kecapi..seperti derita yang kualami ini. Mengapa aku ditakdirkan menjadi makhluk dua alam…eh..talam dua muka…eh..bukan…makhluk dua rupa!Ya…aku juga mempunyai `split’ personalitas.Jika Puteri Fiona ditakdirkan cantik rupawan di siang hari dan menjadi hodoh piang di malam hari…aku pula ditakdirkan menjadi cantik tatkala hujan mula menyimbah bumi dan akan bertukar menjadi hodoh piang tatkala sang suria sedang bermegah memanahkan cahayanya di muka bumi….dan kerana itu lah juga..rancangan kegemaranku hanyalah segmen `ramalan kajicuaca’..argh..mengapa donia seolah2 menangis melihat aku yg rupawan dan ceria tatkala melihat ku dirudung kehodohan? Mengapa tidak gembira dengan kecantikan ku…seolah2 kecantikan yg sementara itu mengundang kecelakaan kepada sesiapa sahaja yang memandangku..mengapa harus begini?…mengapa….ya…semasa jambangan mawar merah itu sampai pagi tadi, hujan masih lagi renyai2 di luar jendela. Kini matahari sudah pon memancar terik di atas kepala. Terasa panahan cahayanya ke atas kulit mukaku yang tiba2 terasa seperti permukaan bulan ini."Argh…mengapa tidak terus hujan sahaja hari ini?" bisik hati kecil ku…..

Soap Opera : Episode 14 (by Zety Zen)
Mentari semakin memancarkan cahayanya. Wajahku pula? Perlahan-lahan ianya bertukar menjadi seperti baru digelek steamroll. Sungguh buruk lagi memburukkan! Aku sendiri tidak berselera melihat wajahku di cermin di saat-saat begini.Ah! Aku bingkas. Meneruskan kerja-kerja ku sebagai seorang maid. Baldi yang penuh dengan baju yang baru selesai dicuci oleh sang mesin basuh kuangkat dan bawa ke ampaian. Nasib baik ampaian ini letaknya di belakang rumah. Kalau di depan rumah? Harus aku bertopeng seperti Michael Jackson, seperti yang pernah kulihat secara curi-curi dalam internet mem besar Sofea Ja*ne baru-baru ini. ‘Ding Dong’. Loceng pintu berbunyi. Ah siapa lagi ni? Sudahlah datang waktu matahari memancar. Waduh. Aku paling benci kehadiran tetamu waktu siang. Namun memandangkan ini bukannya rumah aku tetapi rumah mem besar Sofea Ja*ne itu, maka terpaksalah aku membuka pintu."Er…." Oh! Mamat penghantar bunga tadi rupanya. Dia terkejut beruk melihat aku. Aiseh! Mana aku nak sorok muka aku ni."Cik, mana Cik Sofea tadi tu? Yang ambil bunga masa saya datang tadi?" Begitu menggeletar mamat itu sewaktu bercakap denganku. Rupa macam nak termuntah pun ada juga. Dia memalingkan mukanya dariku agar tak perlu dia bertentang mata denganku. Hodoh sangat-sangat-sangat kah rupaku? Ya. Mungkin juga sebab sekarang dah waktu tengahari, di mana itulah saat wajah hodohku berada di tahap kemuncaknya. Namun aku sedikit lega sebab dia tak dapat nak cam aku."Dia tak ada. Ada apa?" Aku cuba ubah suaraku agar berbeza dari suara asal. Mamat itu menyerahkan sebuah bungkusan padaku….

Soap Opera (Episode 15 : by Intan)
……Aku menyambutnya, menandatangani resit penerimaan dan menghempas pintu betul-betul di depan lobang idung mamat penghantar barang itu tanpa bercakap sepatah pun, walaupun sebaris ucapan terima kasih kepadanya. Lantak ko laaaa mamat…nyampah aku, pesal ko datang tengahari bute nih…aku emo tawwww kalo terima tetamu masa nih….bebelku seorang diri. Bungkusan berbalut indah di tanganku tidak kubelek-belek seperti selalu. Buat hape aku nak belek, memang kompem bukan aku punye pon. Balik-balik kalo dapat bunga ke, bungkusan ke, hape ke…mestilah untuk si Sofea Jan*e tu. Mana pernah orang hantar apa-apa untuk aku. Mimpi jek laaaa ko Sofea Jun….Tiba-tiba kudengar derap kasut tumit tinggi JimmyChoo yang dipakai oleh Sofea Jan*e. Majikanku itu memang giler dengan rekaan cina kaya yang dah lama menempa nama di luar negara itu. Sofea Jan*e nampak jelita di dalam dress ungu singkat separas lutut. Ahhh…aku rasa kalo dia pakai kain batik dengan t-shirt pon mesti jelita..almaklumlah orang cantik kannn..lain laa aku nih..kalo pakai gaun malam rekaan VeraWang pon kompem memang huduh…huhuhuuuu…"Aku nak pergi Spa Q nih..ada appointment.." kata Sofea Jan*e sambil memasukkan handphone mahalnya ke dalam handbag LV terbaru yang baru dibelinya minggu lepas ketika bercuti di London. Bau haruman Jadore kesukaannya menerawang ke segenap ruang. Aku terbuai dengan keharuman itu."OOOOIIIII…aku cakap dengan ko nih. Yang ko pejam-pejam mata feeling tak pasal-pasal nih kejadahnyer????" herdik Sofea Jan*e. Aku terkesima. Cepat-cepat ku buka mata yang separuh terpejam dek kerana menikmati bau haruman SOfea Jan*e tadi. "Cik Sofea..tadi nih ada bungkusan untuk cik…" kataku sambil menghulurkan bungkusan yang ku abaikan tadi. Sofea Jan*e membelek penuh ghairah.. suka laa tu dapat hadiah lagi…huhhh… Kad comel yang ditampal pada hadiah itu dibaca.. Tiba-tiba wajahnya berkerut. Senyum manis yang terukir di bibir mongelnya tadi menghilang."Ooooiiiii….ko nak memainkan aku ke??? Bungkusan nih untuk ko lah…"katanya"Isy…takkanlah cik sofea. sapa pulak nak bagi hadiah kat saya??" balasku seraya cuba mengontrol lobang idungku yang mula mengembang ngempis seiring dengan debaran yang berombak secara tiba-tiba di dalam dadaku. "Ni ko tak baca ke…Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat. Samdol Kamat tu kan bapak ko…nama bapak aku lain.. Tu lah ko ni…dah berapa kali aku suruh tuko nama, ni nama nak sama dengan aku..isy…nyusah btol laaa….lain kali baca laa dulu. ko orang gaji ke aku orang gaji nak bacakan untuk ko??? ko nih potong mood aku jek ari nihhhh…nyampah tawwwwwwwww……." Sofea Jane sudah membebel panjang sambil menghentak-hentakkan tumit kasut Jimmy Choo nyer koleksi yang entah ke berapa ratus pasang itu lalu berlalu pergi. Elehhhh….bengang laaa tu…hahahhahahaa…aku terglak di dalam hati. Owhhh..aku segera mencapai bungkusan tersebut dan membaca sendiri…"Untuk Sofea Jun Bte Samdol Kamat…" btollahhh..aku laaa tu…e’ehhh siap tulis nama bapak aku pulak nih…isy…dari siapa nihhh…"Dari…dari…." e’ehhhh…kecik pulok tulisannya….Cepat cepat aku mencapai cermin mata ala-ala pelakon ‘Ku Untukmu’ dan kupakai..aaahhhhh…barulah jelas.."Dari…………………….. DETECTIVE CONAN?????????????????????????????"………………………………………………………

Soap Opera (Episode 16 : by Ealyie)
“Detective Conan???” Jadahnya budak kecik yang perasan besau tu bagi aku bungkusan yang tahapehape je isinya.. mana la tau kot2 dia taruk bom ke untuk menghapuskan aku bersama kehuduhan muka ku hasil persepakatannya dengan orang2 yg benci untuk menengok muka ku ini.. yela, ala2 kematian Altantuya kan ke boleh dijadikan inspirasi kepada mereka2 yang amat2 berniat jahat terhadap ku??? Habis lunyai lah tulang belulang ku nanti..“Arghhh… perlukah aku membukanya sekarang atau meminta bantuan unit pengesan bom untuk memastikan kandungan bungkusan ini benar2 selamat untuk aku buka???”“Ya ampunnnnn…mengapa mereka2 ini sering menambah kekusutan dalam hidupku…Mentang2 lah aku sendirian di bumi Malaysia ini yang sudah terkenal di seantero Indonesia sebagai lubuk emas bagi mereka2 yang ingin mencari dikit kesenangan untuk meneruskan hidup seperti ku…Wallah.. siapakah aku yang mahu menelepon ke ke sana sini untuk meminta perhatian.. Pasti aku akan diketawa’in.”Kejap pegangan tanganku memegang bungkusan tersebut, dan aku terus melewati dapur untuk ke rungan kecil aka stor yang telah aku diami selama aku bekerja di sini.. Tujuan ku ke situ hanya satu… untuk membuka bungkusan yang aku terima dari Detective Conan bentar tadi..“Bismillahirrohmannirrohim..” (ingat pulak aku dengan bacaan ini setelah kepala berhempas pulas dok mikioq aku bakal berhubungan dengan Puaka Niyang Rapik itu…;)) Jeng..jeng..jeng.. Huh!!! DVD rupanya… apakahhhhhhh????????…………………

Soap Opera (Episode 17 : by MummyHnH @ arnie)
…… Apakah aku bermimpi di siang hari? Aku yang pesan kah? hmmm… Ku garu kepala yang tidak gatal… Tapi jari jemariku tersangkut di celah2 rambut ku yang berketak2 itu… ouch! Yer, aku juga perlu rebonding rambut ini… Rambut yang kusut masai ni menambahkan lagi hodoh wajah ku… Apa lah nasib badan… Ku mengeluh lagi buat kesekian kalinya… Seumur hidupku, aku tidak pernah mempunyai dvd… Nak top-up kredit talipon bimbit pon tidak mampu, apatah lagi membeli dvd… Simpananku yang seciput dalam Hong Leong bank itu, hanyalah cukup2 sahaja untuk ku buat tambang Air Asia, sekiranya aku tiba-tiba perlu pulang ke kampung halaman di Jawa Barat, kot2 ada hal kecemasan… Tapi, nasib baik laa majikan ku si Sofea Ja*ne itu kaya raya… aku belajar guna dvd player di rumah nya ini… Ku belek2 dvd itu.. dan ternampak sehelai post-it-note yang di salotape di bahagian bawah covernya, yang tertulis….. "I know what you did last summer!" Aku terkesima… Ku ingat tiada siapa yang mengetahui rahsia keji ku itu, melainkan aku juga… Adakah aku di blackmail oleh Detective Conan? Ahh, berlari2 anak aku ke ruangan home theater… Kelam kabut aku masukkan dvd itu ke dalam dvd player, dengan hati berdebar-debar… Malangnya, yang terpapar di skrin plasma TV itu hanyalah warna biru sahaja… Seolah-olah blue screen di komputer… Ku ambil dvd cover dan belek di bahagian belakang…
Arghhh, kenapalah Detective Conan hantar dvd region 2 nie? NTSC pula tue… Tau lah duduk di Jepang, tapi format siap2 laa DVD nie… Sofea Ja*ne pon satu, belilah region-free DVD player… kedekut sungguh! Aku merengus kuat… Nasibku bagaikan sudah jatuh, di lenyek lori balak pula… Macam mana sekalipon aku wajib tengok isi kandungan dvd nie… Aku nekad…

Soap Opera (Episode 18 : by Rizza)
Aku nekad untuk melakukan sesuatu pada DVD player majikan ku itu… macam mana ya????.. aku tiba-tiba teringat akan kawan ku Minah yang tinggal di tingkat 12 tu katanya dia pernah nampak majikan nye melakukan operasi pada DVD player yang mereka beli untuk dapat kan “region -free” tu…. aku mesti cuba… Minah kata macam mudah sahaje tuan nye melakukan operasi tersebut… umpil2 aje ruang dalam tu…. mmmmm .. aku cuba imbas kembali perbualan dengan Minah 3 bulan yang lepas… “heh Pea, tuan aku tu punya DVD baru, udah dua minggu dibelinye tapi kata nya enggak boleh di mainkan dengan DVD dari negara lain….”cerita si Minah pada ku… “kok gitu.. rugi dong…”aku berkata dengan rasa hampa je…walaupun bukan aku punya…. “idak non…baru kelmarin tuan udah cuba melakukan operasi, kok sudah berjaya dimainkan apa sahaja DVD dari mana saja dong….” Minah bercerita penuh gembira… “bagaimana tuan ko bikin?”aku bertanya dengan perasaan ingin tau…. “Di buka, di putar dan di cungkil nye isi dalaman DVD player tu dan di cantum kembali semua nye hingga berjaya mengeluarkan gambarnya” cerita Minah penuh infomasi pada ku… “ooo gitu ya…. untung loo”kata ku penuh kagum … Masih tergambar apa yg Minah ceritakan itu dibenak otak aku yg dah serabut ni…. satu idea yang bijak… bijak jugak kepala otak aku ni.. begitu pantas berfikir…..“aku bisa buat begitu…umpil sahaja dalamannye..” detik hati ku…umpama aku seorang pakar bedah plastik… oooppps…silap… pakar bedah DVD player….aku nekad mencuba demi sebiji DVD dari Detective Conan itu… aiikkk apasal lak aku terasa sesuatu bermain di dalam hati aku bila ku sebut nama itu… dub dab dub dab……tak mengapa ..abaikan… yang penting… aku perlu mengoperasikan DVD player majikan ku itu……aku cuba dan cuba dan cuba lagi……. akhir nye…….

Soap Opera : Episode 19 : by Mommy2h
terburailah segala isi perut DVD player majikan ku itu…"hah sudah! apa seterusnya?" aku buntu. Aku belek satu persatu komponen-komponen kecil di hadapanku. "Apa benda ini?" Ahhh…sungguh asing bagiku. Tak pernah aku lihat benda serupa begini. "Minah takde pulak sebut ada pasal nih. Ishh, bagaimana ya?" kepala otak ku ligat mengingat kembali kata-kata Minah. “Di buka, di putar dan di cungkil nye isi dalaman DVD player tu dan di cantum kembali semua nye hingga berjaya mengeluarkan gambarnya” Hmmm.. Aku sudah buka, aku sudah putar, aku sudah cungkil isinya.. Ohh, sekarang hanya perlu cantumkan sahaja" detik hatiku dengan penuh gembira. Aku yakin kali ini aku pasti berjaya. Maka aku dengan penuh gigih cuba memasukkan kembali komponen-komponen kecil yang berselerak di atas lantai. Akan tetapi…"Hah, kenapa tak muat nih??" Aku terduduk. Di tanganku masih ada lagi saki baki komponen yang tak berjaya disumbat masuk ke dalam. Aku hairan. Aku buntu. Ahhh..macam mana nak tutup nih? Ligat otakku berfikir. Tiba-tiba mataku terpaku melihat jam di dinding. Hatiku berdebar kuat melihat jarum jam yang menunjukkan angka 8. Sekejap lagi majikanku akan pulang. Nasi belum ditanak, hidangan belum disediakan. Apa aku nak buat kalau si Sofea Ja*ne tu sedar aku dah jahanamkan DVD player nya. "Ahh..ni Minah la punya pasal, bawak dakyah palsu!" bentakku menyalahkan Minah, cuba untuk menutup kebodohan sendiri. Kalaulah aku tahu akan jadi begini, baik dari awal aku minta bantuan Wak Seman, region hacker yang terkenal di seantero Malaya itu. "Nak berdikari konon. Huh!" Rengusku sendiri. Lantas terbayang wajah Wak Seman yang tak kurang hensemnya walau dah berumur. Wajah itulah yang membayangi aku selama ini. Bertahun-tahun lamanya Wak Seman tidak putus asa melamarku untuk dijadikan isterinya yang keempat. Tidak! Aku tak mahu terhutang budi, takut nanti tergadai body!! Aku tidak sanggup hidup bermadu. Walau Wak Seman kaya dari hasil kepakarannya itu, tapi aku tidak sanggup berkongsi kasih. "Ahh Wak Seman, andainya engkau masih bujang…bukannya aku tak suka, kadang2 senyum manismu itu lah yang ku mimpikan saban hari" aku tersenyum sendiri dilamun angau asmara. Tiba-tiba, "Kringgg, rkingggg" telefon berbunyi…..

Soap Opera : Episode 20 : by Mamadanish
Dengan terketar-ketar dan sedikit gabra aku bergegas mengangkat telefon. “Hello, aku ni..aku balik lewat malam ni sebab ada jemputan makan malam di hotel, ko tak payah masak malam ni,kalau ko lapar mkn je maggy mee” lantas telefon dihempas tanpa sempat aku berkata-kata!!Sombong dan ego sungguh majikan ku itu.Patutlah sampai sekarang ko tak kawin-kawin!Tak reti nak hormat orang, walaupun aku hanyalah maid tapi aku tetap manusia, manusia ciptaan tuhan dan layak untuk dihormati!!
Kemudian aku teringat kembali kepada DVD tadi.Lega, sekurang-kurangnya aku mempunyai sedikit masa untuk membetulkan keadaan DVD ini.Bagaimana?Apa harus ku lakukan..?Think Think Think…Walaupun aku hodoh tapi aku sedar, aku ini bijak, kalau tak kerana gaji manager restaurant di Jawa Barat itu jauh lebih rendah dari gaji maid di Malaysia ini, harus aku pohon untuk jawatan itu,aku layak kerana aku yakin aku ini bijak.Ahh lupakan Wak Seman. Aku tak mahu terhutang budi padanya..aku yakin aku mampu! Bak kata Handy Manny.. “I break it, i fix it”
Ingat..Ingat kembali apa yang Minah cakap hari tu..ku buka kembali apa yang ku pasang sebentar tadi.Ayuh mulakan dari mula “buka, putar dan cungkil isi dalaman DVD player tu dan cantum kembali semua nye hingga keluar gambar”.
Kali ni aku terasa seperti segalanya dipermudahkan tuhan, berkat hobi bermain puzzle sewaktu kecil, aku berjaya memasang kembali semua komponen itu..yeah!!!Aku berjaya, syukur kepada tuhan dan aku amat berterima kasih pada Minah. Thank you Minah!Dan yang pasti aku akan berjaya merungkai satu misteri, misteri tentang DVD dan isi kandungannya.Misteri tentang apa yang ku buat waktu summer?Adakah musim summer di Malaysia ini? Bukankah di Malaysia ini hanya ada iklim khatulistiwa,panas dan lembap sepanjang tahun dan tiada musim-musim tertentu, apakah ini satu kesilapan?Tapi ku belek2 sampulnya, yea nama aku. Betul dan tepat sekali ejaannya.Oooh alangkah bestnya jika ini DVD Winter Sonata..
Ahh tak perlu berteka teki lagi,pasang saja DVD dari Detective Conan ini dan lihat apa isinya,aku mencapai remote control,butang play ku tekan..dan aku menantinya dengan perasaan yang berdebar-debar.Tiba-tiba…

Soap Opera : Episode 21 : by Mommy Lyna

…berkumandanglah satu alunan muzik yang amat kukenali. Kemudian, telingaku menangkap suara dari TV itu "Detektif Conan dalam episod ‘I Know What You Did Last Summer". Cesss, hatiku menyeranah. Perasaan berdebar tadi terus bertukar kepada ‘seperti menghempuk kepala sendiri ke dinding rumah’. Baru aku teringat hari ni adalah 14 Februari, hari yang telah ditetapkan oleh Badrolmuhayat yang tinggal di rumah kongsi sebagai ‘Hari Mengenakan Sofea Jun’ kerana memperingati ulangtahun aku merejeknya sebagai boifren.

Alah, nak kaver lah tu. Dah tak dapat tekel aku, dia buat-buatlah benda tu jadi mainan. Biasa la lelaki kan.

Tapi sebenarnya, cerita sebenar bukan macam tu…. Ceritanya bermula begini…

Masa tu aku baru sampai ke Malaysia, masih di agensi lagi. Aku terserempak dengan budak-budak lelaki yang sama sekapal dengan aku. Tiba-tiba sorang mamat Indon (eh, aku pun Indon kan?) datang mendekati dan memberitahu ada seseorang teringin nak berkenalan dengan aku.

"Nona manis, Bung Badrolmuhayat ngirimin salamnya buat Nona.. katanya mau kenalin sama nona…" Hatiku tersentap. Nona? Manis? Tak pernah wooo orang panggil aku macam tu. Biasa orang panggil aku "Hoi" aje. Terus aku pengsan dengan kaki naik ke atas.

free real mccoy the movie download

Hensem wooo Badrolmuhayat ni. Muka dia ala-ala Arjun Rampal hero Hindustan tu. Aku ni pulak memang minat gila dekat Arjun Rampal. Kat bilik aku di tanahair penuh poster Arjun Rampal.

Masa mula-mula dia kirim salam tu aku keliru juga. Maklumlah, takkanla dia tergamak nak tekel aku. Kalau aku offer diri ke Iqram Dinzly, konfem Iqram Dinzly terus kena penyakit pankreas berbulu, terus tak boleh berlakon dah. Kalau dia tak berlakon macamana dia nak cari rezeki. Tapi… selepas aku membuat sedikit pengiraan menggunakan teorem pitagoras, akhirnya kata hatiku yang gatal ini telah memaksaku untuk menerimanya.

Tepat pada 14 Februari 4 tahun lepas, konon-konon Valentine lah… Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku adalah antara pem-forward tegar email tentang haramnya menyambut Valentine dan menulis entry di blogku berjela-jela tentang Paderi Valentine, tapi pada tahun tu, aku buat-buat lupa password email dan buat-buat tak ada blog. Eh, kalau aku ingat pun bukan boleh tulis, aku mana ada PC. Nak guna PC majikan aku tu, maunya 3 bulan dia potong gaji aku. Lagipun PC dia tu pelik. Nipis, sekeping je. Entah-entah palsu. Maklumla sekarang banyak yang palsu. Gigi aku ni pun palsu jugak.

Hari itu Badrolmuhayat mengajak aku jalan-jalan di KLCC. Dia menyamar sebagai ejen aku dan menalifon ke rumah majikan aku. Katanya ada masalah di agensi dan aku kena pergi sana dengan kadar segera. Kebetulan majikan aku pun ada temujanji dengan boifrennya, so dia pun suruh aku pegi je, tambang sendiri.

Rupa-rupanya Badrolmuhayat dan kawan-kawannya telah berpakat mengenakan aku. Mereka membuat demonstrasi menentang hak untuk aku dicintai. Kebetulan masa tu ada demonstrasi apa entah di depan KLCC yang disertai orang-orang glemer dalam parti di negara ini, dan mereka sengaja menjoin untuk cari publisiti. Paling pedih, mereka menyanyikan lagu tema ‘Raja Lawak’ beramai-ramai. Aku malu… aku kecewa… aku terasa hina diperlakukan sebegitu… Walaupun aku huduh tapi aku juga manusia…

Oh, pipiku terasa panas. Tidak dapatku tahan airmataku dari menitis bila mengingati peristiwa itu. Sungguh kejam kamu Badrolmuhayat. Tanpa disedari tanganku telah memegang pisau yang tadinya kutinggalkan di meja selepas mengupas epal. Tiba-tiba aku berasa geram dan dendam yang amat sangat.

Kerana perbuatan terlampau Badrolmuhayat, gambarku telah disnap oleh beberapa jurugambar dan bloggers yang menyertai demo itu. Lalu mukaku telah menjadi penghias akhbar, majalah dan blog-blog terkemuka! Kalau jadi cover girl tak apa juga, ni headline nya ‘Makhluk Aneh di KLCC’. Patutkah!!! Mujurlah majikanku cuma membaca blog tentang beg-beg, baju-baju, kasut-kasut dan majalah fesyen saja. Kalau tidak, mahunya aku dihantar pulang ke tanahair atau difitnah sebagai PATI.

Aku menerung pisau di tanganku… Seketika kemudian, aku teringat pesanan Ustaz Zamri Mari Mengaji bahawa bila marah disarankan ambil wuduk. Maka aku terus berwuduk dan bertafakur di sejadah sambil mengenangkan dosa-dosa silam. Ya, mungkin semua yang terjadi adalah kafarah dosa-dosaku.

Suatu masa dulu, aku amat meminati seorang jejaka yang tinggal berhampiran rumahku di Jawa Barat. Beliau adalah Fedi yang berlakon sebagai Fahri dalam filem AAC. Aku amat suka padanya melebihi kesuakaan aku kepada Spongebob Squarepants.  Jangan tak tau aku pernah bercita-cita nak kawen dengan Spongebob. Sebenarnya aku pun turut berlakon filem AAC tu. Watak Aisyah tu akulah yang pegang, sebab tu muka bertutup aje.

Dosa yang aku lakukan ialah kerana aku telah membuat khianat kepada pelakon sebenar watak Aisyah tu yang digosipkan dengan Fedi. Aku telah…

 

Episode seterusnya bakal disambung oleh…..

.

.

Leen! Jangan kau ponteng pulakkk.

Zass…

admin Avatar

20 responses to “Soap Opera : Episode 21”

  1. LeeN Avatar

    ini adalah tugasan yg paling kejam utk abad ini… wakakakakakaka…

    ye baik!

    saya menyahut seruan dengan otak beku yg perlu dicairkan!

  2. Sufira Avatar

    Siap ada flashback kisah silam tuh..kukuikui..lawak giler..

  3. arnie Avatar

    akhirnyaaa, terjawab juga aper isi kandungan dvd tue… ekeke…

    lps sebut pasal region, kesemua 3 entry slps tue pon berkisar camner nak troubleshoot region issue… terel betul sumer orang berkarya… :p

  4. mama emma Avatar

    ha ha.. lawk giler!!!

    leh lawan novel ahadiat akashah nih!!!

    lyna, slang indon tu sure bibik yg ajak kan???

  5. suhainini Avatar
    suhainini

    lawakla lyna..i ni mmg dok follow soap apera ni..panjang gila cerita yg u sambung

  6. nor-mommy2h Avatar

    waduh buk, makin pusing kepala..hahaha..lawak la!

  7. mamadanish Avatar
    mamadanish

    kah kah kah..mekasih lina sebab tolong sambung dan merungkaikan apa isi kandung DVD tu..hahhaha

    jenuh la sapa nak sambung lepas ni..byk citer lama dah terungkai…hahah

  8. zety Avatar

    “Terus aku pengsan dengan kaki naik ke atas.”

    Adeh…. ayat ni antara yang paling tak tahan mak baca. Hahahaha.

  9. cik_yan Avatar

    episod terpanjang setakat ni.. kekeke.. kitorang awal2 dulu tak reti lagi.. 2-3 paragraph pun dah cukup OK la rasa.. kah kah kah..

  10. babycomel Avatar
    babycomel

    lawak banget operanye…1st time baca trus jatuh chinta sama ini opera…wakakaka….

  11. sya Avatar

    adui, lawak laa… (tengah ketawa guling2)

  12. mirah Avatar

    huhuh korang memang pandai lah merekakarya ni…

  13. mamadahterkena Avatar
    mamadahterkena

    Hi sitilina,
    selalu singgah but never leave any msg ..but today..I saw text mentioned that you knew I am regular cutomer of u;r blog..hehehehhe
    Selalu jengah ke sini dr blog Kak Non(my olskulfren)…kagum dgn lina dlm mendidik anak2..

  14. Yus Avatar

    Selamat…kalu tak mau gak pecah kepala pikir..

    Leen…kasi sambung kaw2..pastu ko jgn nak memandai kasik aku..
    Aku tgh ada connection problem nih..alamatnya nanti tak bersambung la cerita tuh…

  15. anamiraa Avatar
    anamiraa

    melampau korang ni tau! entah kemana edward cullen!!

  16. fid Avatar

    kahkahkahkah
    sudah ke mana ni??hahahaaa

  17. mimielola Avatar

    Kah kah kah… penat Kak Non introduce EC weihhhhh

  18. farah Avatar
    farah

    ahhh.makin confuse.siapakah ‘aku’ yang sebenarnya?????

  19. mamaDhea Avatar

    ala, dah komen tapi error pulak.. huhu

  20. rizza Avatar
    rizza

    lyna.. sampai sini je ke cerita soap opera??? mana sambungan nye….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge