Tahun depan insya-Allah Hafiy Al-Fateh mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan, darjah satu! Hafiy diterima masuk ke sebuah sekolah rendah berhampiran rumah.
Ramai juga kawan2 yang bertanya kenapa tak hantar sekolah private? Kenapa sekolah kerajaan juga?
Ya, kami ada sebab tersendiri… Yang saya rasa tak perlulah nak dikongsi..
Bila anak dah masuk darjah satu, saya pun kena ubah jadual. Mungkin kena sediakan bento. Di tadika tak boleh bawa makanan luar jadi cuma perlu hantar mereka ke sekolah, walaupun belum mandi pun tak apa. Tapi bila masuk darjah satu, dah tak boleh tak mandi, kena mandi dan bersiap cantik-cantik.
Baju sekolah setiap hari harus kelihatan kemas. Bukan macam tadika sekarang, uniform pun tak ada. Cuma pakai pakaian biasa.
Namun yang senang hati kerana bole hantar dan ambil sendiri dari sekolah.
Satu lagi, di tadika tak biasa dengan exam. Tiada exam cuma assessment yang dibuat oleh cikgu atas pencapaian anak-anak. Di sekolah, walaupun tak ada exam besar tapi masih ada test dan ujian. Harap2 tahun ni benar-benar lah sistem dah berubah ya? Sekurang-kurangnya tak terkejut anak saya.
Masuk darjah 1 bermakna penekanan solat perlu lebih tegas.
“Perintahkanlah anak-anak kamu dengan solat ketika sampai umur 7 tahun, dan ketika sampai umurnya 10 tahun, maka pukullah atasnya (jika tidak mengerjakan solat)”
[HR Abu Daud]
Darjah satu sekarang anak-anak dah semakin matang, jadi pergaulan harus diawasi dari awal. Pelbagai pendedahan yang dialami oleh mereka. Oleh itu pemilihan sekolah dan kawan-kawan sangat penting.
Mendidik anak di zaman ini, cabaran yang sangat tinggi, ditambah lagi dengan fitnah dunia dan juga rutin hidup yang semakin stress.
Jadi saya kena menjadi teman akrab anak-anak, sebelum mereka memiliki teman akrab yang lebih mereka ‘percaya’ kerana kita semua ada kecenderungan mengikuti apa yang ada sekeliling kita.
Mode berdebar..
Leave a Reply