Makanan Tambah Susu Ibu

admin Avatar

Kaedah paling berkesan untuk menambah dan membanyakkan susu ibu ialah dengan stimulasi – kerap menyusukan dan kerap mengepam. Namun sejak zaman-berzaman, sesetengah makanan dipercayai membantu untuk menambahkan susu badan. Zaman purba tatkala pam susu belum dicipta dan ibu-ibu tak keluar bekerja pun penggunaaan milk booster atau galagtogue dah ada.

Jadi, di samping mengepam dan direct feeding, apakah makanan yang ibu menyusu patut ambil untuk membantu banyakkan susu?

1. MAKANAN YANG TINGGI PROTIN


Protein adalah antara komponen terbesar dalam susu ibu. Jadi untuk penghasilan susu yang lebih sihat dan berkualiti (hakikatnya susu ibu memang high quality, jadi kita upgrade lagi), tingkatkan pengambilan protein dalam diet harian.

2. MAKANAN YANG TINGGI BETA KAROTENA


MOBI Motherhood International mengkelaskan beta karotena sebagai salah satu sumber penting dalam laktasi. Jadi banyakkan mengambil sayur dan buah yang berwarna oren dan merah.

3. MAKANAN YANG TINGGI SERAT


Makanan berserat tinggi membantu tubuh kita untuk mendapatkan kalori yang diperlukan dalam penyusuan. Bukan itu saja, untuk elakkan sembelit juga.

4. MAKANAN YANG TINGGI KALSIUM


Kalsium bukan saja diperlukan untuk penyusuan tapi juga untuk bekalan kalsium ibu kerana wanita mengalami penyusutan kalsium semasa haid, mengandung dan menyusu.

Pendek kata, ibu menyusu harus menjaga pemakanan… Kita adalah apa yang kita makan. Jadi makanlah yang baik2 untuk yang tersayang, agar si manja dapat yang terbaik dari tubuh kita 🙂

***Kalau nak tahu tentang pemakanan di atas dari perspektif Shaklee boleh hubungi saya di mommy(@)fahry.net.

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Makanan Tambah Susu Ibu”

  1. ummu affan Avatar
    ummu affan

    mommy lyna…saya cuba send email ke alamat lyna tak dapat la…
    boleh tak terangkan tentang letdown dan cara nak dapatkannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge