Minggu lepas saya dapat satu email bertajuk ‘Janin Berusia 15 Minggu Hidup di Dunia’… Dan beberapa blog menulis entry tentang Kimberly Muelley yang katanya dilahirkan semasa umur 15 minggu dalam kandungan ibunya. Sebenarnya Kimberly bukan lahir pada minggu ke-15 kehamilan, dia lahir pada minggu ke-25, iaitu 15 minggu sebelum cukup bulan (40 minggu).
Dalam Bahasa Inggeris, usia pramatang disebut begini:
– 28 weeker
– 28 week baby
– 12 week premature
– premature at 12 week
– 12 week prematurely
Semua statement di atas adalah merujuk kepada bayi yang sama iaitu lahir pada minggu ke-28 kehamilan dan tak cukup 12 minggu untuk due date.
Kimberly lahir seberat 10 oz atau 289 gram saja semasa lahir, kecik sangat kan? Tapi dia bukan yang terkecil.
Melinda Star Guido lahir setelah 24 minggu dalam kandungan (16 weeks premature) seberat 9.5 oz (269 gram).
Baby ni dipanggil Tom Thumb, juga lahir pada minggu ke-25 (15 week premature ;>) seberat 9 oz (255.6 gram).
Dan di bawah ni sebenarnya bayi pramatang termuda, namanya Amilia Taylor yang lahir di Amerika pada tahun 2006.
Amilia lahir pada usia kehamilan 21 minggu 6 hari.
Itu pula fetus pada 15 minggu kehamilan.
Mengikut prosedur, ‘bayi’ yang lahir sebelum 23 minggu dianggap keguguran, malah di negara kita kelahiran sebelum 21 minggu tidak dibawa ke bilik bersalin, cuma diselesaikan di E&A sahaja. Biasanya ‘bayi’ ini tidak diberi sebarang life support kerana di bawah level survival. Walaupun semasa lahir dia bergerak-gerak…
Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk membuka minda kita semua, jangan cepat sangat percaya pada email dan blogpost.. Saya sendiri dah biasa dengan hal-ehwal pramatang (anak saya pun pramatang, 12 weeks premature, hehe). Dan salah satu gambar Kimberly yang di-forward tu saya rasa gambar Amilia, sebab gambar itu gambar pertama Amilia yang saya tengok dulu-dulu.
Benda sebegini sebenrnya boleh membawa kepada kekeliruan.. Misalnya orang fikir janin 15 minggu boleh hidup (memangler boleh kalau kun fayakun, kucing pun boleh bertanduk, tapi tu cerita lain, kita cakap tentang realiti)… Sekali ada orang mengandung 15 minggu dah ‘lahir’, dah taknak panggil ‘keguguran’ sebab katanya bayi lain boleh hidup, kenapa bayi dia tak boleh diselamatkan. Benda2 macam itu lah…
Jadi kita kenalah sebarkan ilmu dan perkara yang betul.. Bukan main forward saja OK.
Leave a Reply