Alhamdulillah, dah 3 tahun saya bersama dengan family Shaklee. Bermula dengan group Euphoria, kemudian group Jutawan Shaklee berkembang, dan group Solaris atau Lady&Boss (nak rebrand lagi nih) makin berkembang biak dan bertapak kukuh.
Pelbagai mehnah, tribulasi dan rintangan, terutama dari kalangan masyarakat yang memandang skeptikal terhadap bisnes MLM. Sehingga produk Shaklee pun pernah di-ban kerana direct selling.
Namun syukur pada Allah yang membantu perjalanan. Sepanjang jalan ni kami tidak berbisnes untuk menjadi lebih bergaya atau memiliki kemewahan dunia terlampau (semoga kekal begitu). Pasukan bisnes ni banyak merubah persepsi saya dan pembisnes yang hebat ni.
Ramai orang memandang bisnes MLM sebagai ‘menindas, haram, tidak adil’ dan sebagainya lah. Ya, saya memang akui sesetengah orang yang menjalankan MLM memang begitu. Hingga MLM sering dikaitkan dengan Manusia Lelong Manusia, Meeting Larut Malam dan sebagainya.
Saya tak mahu mengulas panjang tentang ni, kerana memang banyak yang pernah terkena dengan MLM haram jadah (termasuk saya!). Setelah mengetahui hakikat sebenar bisnes MLM, saya rasa amat kesal dan ralat dengan mereka yang menggunakan ‘sistem MLM’ sebagai alat untuk aktiviti haram jadah mereka.
Kini kami sedang membina team2 lain yang lebih hebat seperti Supermom, Lady Comel in Business, Rich Family, Naila, Rich Aurora, Our Team, Jutawan AlFatih, Mumtaz Falah, dan banyak lagi team yang hebat dan mantap. Team yang bukan saja beruntung di dunia, malah lebih-lebih lagi di akhirat.
Bisnes ni menyediakan mentor bisnes yang membantu sesiapa yang nak merubah pandangan peribadi terhadap usaha yang bernama bisnes. Ia bukan sekadar ‘jual barang’ tapi mempelajari pelbagai ilmu termasuk skill mengurus diri dalam kehidupan ni. Best ke? Memang sangat best.
Yang paling best ialah how we enjoy doing this business. Ukhwah yang terbina bukan atas dasar ‘bisnes’ tapi banyak perkara yang menyatukan hati-hati. Walaupun belum semua lagi yang sudah berjaya menaiki tangga dalam bisnes ni, tapi pembinaan persaudaraan atau ukhwah, bukan dengan bersaing membabi buta.
Hanya yang dah melaluinya saja yang dapat rasa. Tapi.. Kalau SID yang bukan dalam group seperti yang tersebut di atas, saya tak pasti bagaimana modus operandinya. Mungkin tak sama dari cara kami. Tapi inilah kami & kami selesa begini.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang team ni (yang dapat jolokan ‘geng usrah’) & bisnes ni boleh hubungi saya di sauberlina(@)gmail.com. Tapi kalau dah sign up tak dapek nak nolong dah lah.
Leave a Reply